Pada 22 Mac 2023 yang lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh penting dalam Islam iaitu hari pertama bulan Ramadan umat Islam mengenai tarikh permulaan puasa awal Ramadan ialah pada hari Khamis atau 23 Mac 2023.
Pada tahun 1444 hijrah, bulan ramadhan 2023 ini juga, ibadah puasa yang merupakan tarikh penting dalam Islam disambut dengan keadaan yang sangat meriah oleh umat islam dan sudah tentunya pelbagai persediaan telah dilaksanakan seperti kelengkapan untuk bersahur dan buka puasa ramadhan.
Selain buka puasa dan sahur di rumah, umat islam di Malaysia juga sangat gemar beriftar dan moreh di kedai, restoran atau mana-mana tempat yang menarik bersama keluarga tersayang.
Oleh itu, untuk lebih pilihan tempat iftar yang menarik sempena bulan ramadan yang dinantikan umat islam tahun ini, kami senaraikan beberapa tempat buka puasa di kuala lumpur, negeri sembilan, dan lain-lain lagi yang popular untuk dijadikan pilihan anda. Jom lihat!
Senarai Tempat Berbuka Puasa Yang Best Ramadhan 2023 di Malaysia
Pada bulan puasa pada ramadan kali ini, kami pasti anda semua lebih teruja untuk menyambutnya berbanding pada tahun yang lepas kan?
Sempena menyambut kedatangan bulan ramadan yang mulia ini, jom jadikan ibadah puasa bulan ramadan anda lebih meriah dengan beriftar di luar bersama-sama keluarga atau sahabat handai dengan berkunjung di tempat-tempat menarik di bawah ini iaitu:
1. The Acre, Farm Fresh UPM Serdang
Jom berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang di The Acre, Farm Fresh UPM Serdang bermula pada hari tarikh mula puasa yang diisytiharkan. Anda boleh berbuka secara santai-santai dengan suasana ladang di tengah-tengah bandar pada permulaan puasa bulan ramadhan tahun ini.
Pelbagai juadah berbuka dihidangkan antaranya kambing golek Bukhary, ikan bakar, sate ayam, aneka air balang, cendol, abc, dan banyak lagi untuk dijadikan pilihan. Memang sukar untuk menahan diri daripada makan di sini!
Paling best dekat sini anda juga berpeluang untuk dapatkan aiskrim Kurma milk soft secara PERCUMA dekat CreamHauz.
Selain menjamu selera, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti naik tractor barrel rides, berkunjung ke mini zoo dan banyak lagi.
Tempat ini juga turut menyediakan kemudahan surau yang dibina menggunakan dua kontena besar untuk lelaki dan perempuan. Datanglah beramai-ramai, anda pasti seronok!
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini http://bit.ly/DetailsJa-MooSelera
2. Bbq Lamb KL Kemensah
KEMENSAHKL BBQ LAMB yang ditubuhkan pada tahun 2017 merupakan usahasama oleh sepasang suami isteri iaitu Tuan Zainuddin Yatim dan Puan S.ibariyanurmi.
Bbq Lamb KL Kemensah menghidangkan makanan Smoke, BBQ dan Grill dan mempunyai meja makan dan kerusi yang diletakkan di dalam sungai bagi memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman alam semula jadi di bandar.
Sempena bulan Ramadhan ini, tempat ini turut menyediakan hidangan buffet untuk iftar iaitu dengan RM68 per head untuk anda buka puasa pada hari restoran ini buka.
Terdapat pelbagai juadah makanan yang anda boleh makan bermula pada tarikh permulaan puasa ramadhan yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia setelah melihat anak bulan ramadan pada hari rabu 22 Mac 2023 yang lalu!
Kalau tak mahu beratur panjang, anda digalakkan untuk booking terlebih dahulu!
3. Oh My Bunda
Tengah cari tempat yang best, makanan sedap-sedap tapi murah? Jom datang ke OMB ini. Apa yang anda nak, semuanya ada.
OMB juga ada hidangkan Set Menu Berbuka Puasa dengan harga RM19.90 sahaja, anda boleh pilih mana yang kena dengan selera tekak!
Malah, setiap set yang dihidangkan ini juga didatangkan dengan Set Nasi, Buko pandan, Keropok Ikan, dan air free flow Teh O Ais atau Sirap Ais.
Kalau tak mahu makan dekat sini, OMB ada buat delivery service dan Takeaway juga tau!
Kalau anda ada anak-anak kecil, boleh je biarkan mereka bermain dekat indoor playground yang OMB sediakan, nak berbuka pun tak kelam kabut sangat!
Tempat ini memang sesuai sangat untuk iftar ramai-ramai terutama buat anda yang mempunyai anak yang ramai!
Boleh layari laman facebook ini untuk maklumat lanjut https://web.facebook.com/ohmybunda
4. Kantin Gombak
Dengan kemudahan seperti parking percuma, taman Permainan, bilik menyusu, Buskers, Kiddies Ride, Bazaar Karat serta banyak lagi, tak hairanlah mengapa tempat ini sentiasa penuh dengan orang ramai.
Jadi, bagi anda yang belum pernah menjejak kaki di sini, apa kata sempena bulan Ramdhan yang mulia pakat-pakat datang support Kantin Gombak!
Memang puas hati dengan kemudahan yang disediakan serta pelbagai hidangan menu yang boleh anda pilih!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi http://www.wasap.my/60173223829/KantinSG
5. Aloha By The Beach
Kalau nak beriftar sambil menikmati deruan ombak boleh datang ke Aloha By The Beach yang terletak di Bengkel 12, Pantai Bersih, Bagan Lebai Tahir, Malaysia ini.
Terdapat pelbagai jenis hidangan yang menarik dan sedap untuk dinikmati. Permandangannya yang sangat cantik dengan suasana yang cukup happening pasti akan membuatkan waktu berbuka anda penuh dengan kenangan indah!
Untuk membuat tempahan boleh hubungi www.wasap.my/60194578733/berbuka
6. Restoran Star Hadramout
Buat anda penggemar makanan arab, jom singgah di Restoran Star Hadramout yang terletak di No 3a jalan tebrau, kampung wadi hanna, Johor Bahru, Malaysia ini.
Rasai keenakan menu istimewa citarasa masakan Arab Yemen original dari air tangan Chef Yemen. Tak ada dekat tempat lain tau!
Bukan itu sahaja, anda juga turut disajikan dengan pilihan lebih 50 menu menarik dan menu istimewa yang disediakan khas buat anda yang datang di Buffet Ramadhan pada tahun ini.
Tempatnya pun sangat-sangat selesa, cantik dan tenang serta dilengkapi penghawa dingin buatkan waktu berbuka anda terasa lebih mudah dan menggembirakan!
7. Restoran Singgangbudu
Tekak tiba-tiba teringin masakan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu? Jom serbu Restoran Singgangbudu yang sangat sohor di negeri Terengganu ini. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk kampung yang memang terbaik rasanya dan servisnya pun tip top.
Menu yang paling utama tentulah singgang ikan cicah budu kesukaan ramai. Rugi sangat kalau anda tak datang cuba semua makanan yang super enak ini!
Untuk makluman juga, Restoran Singgangbudu ini beroperasi pada jam 3.00 petang sehingga 12.00 malam.
Bagi anda yang tinggal di luar Terengganu, bolehlah rancang waktu perjalanan.
8. Restoran & Hotel Pen Mutiara
Mana nak cari kari kepala ikan terbaik? Haa, memang tak jumpa dekat tempat lain kalau sebut kari kepala ikan, anda kena datang iftar di Restoran Pen Mutiara dekat Batu Maung Pulau Pinang ini.
Menu masakan yang disajikan adalah hasil air tangan turun temurun yang memang sangat enak dan penuh klasik dengan kuahnya yang pekat secukup rasa, menjadikan waktu iftar anda nanti penuh dengan rasa teruja!
Selain kari kepala ikan, banyak lagi menu lain yang disediakan dalam 1 set seperti sotong celup tepung, tomyam campur, ikan siakap masak tiga rasa dan lain-lain lagi.
Di restoran ini juga disediakan mini stall yang menyajikan makanan seperti kambing grill, satay, bihun sup, laksa, cendol, koktel buah dan macam-macam lagi menu yang menarik.
Anda boleh hubungi talian ini untuk membuat tempahan www.wasap.my/60194410488
9. Jasper Cafe
Pilihan tempat iftar yang seterusnya adalah di Jasper Cafe yang terletak di No 261, Medan Sejati 2, Taman Sejati, Sitiawan, Malaysia ini.
Cafe ini menyediakan hidangan percuma sepanjang bulan ramadan untuk juadah iftar iaitu buah kurma premium dan pencuci mulut seperti kuih, kek dan juga puding.
Selain menyajikan menu barat, kafe ini juga turut menyediakan makanan jepun dengan pelbagai pilihan yang menarik.
Bagi anda yang sukakan makanan jepun serta barat, bolehlah datang beramai-ramai memeriahkan majlis iftar di sini!
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi http://www.wasap.my/601121575458/BUKAPUASA
10. Kodai Makan Ain
Mana lagi tempat best untuk berbuka? Tak payah pening-pening, jom singgah di Kodai Makan Ain yang terletak di Block A Perkampungan Budaya Terachi, 71500 Tanjong Ipoh Negeri Sembilan ini.
Buka puasa bersama insan tersayang sambil menikmati permandangan sawah padi yang sangat cantik disertai pula angin yang sepoi-sepoi bahasa memang lagi syok!
Terdapat lebih dari 20 jenis masakan lemak cili padi dengan kemudahan ruang makan yang selesa dan luas, dilengkapi pula dengan taman permainan kanak-kanak menjadikan ia mesra pelanggan dan ibu bapa juga lebih tenang untuk duduk secara santai sambil menikmati semua hidangan lazat.
Kedai makan ini juga turut menyediakan kemudahan parkir yang luasa serta ruang untuk solat.
Jadi, anda tidak lagi perlu kelam kabut untuk habiskan makanan kemudian berkejaran pula untuk menunaikan solat. Dengan adanya tempat solat, anda sekeluarga sudah boleh solat dengan sangat tenang dan kemudiannya boleh sambung makan semula!
Menyambut puasa ramadhan di bulan ramadhan ini bersama dengan insan tersayang merupakan satu momen yang indah. Apatah lagi bulan ramadan ini hanya datang setahun sekali, jadi adalah lebih baik sekiranya anda memenuhinya dengan beribu kenangan yang indah dan bermanfaat.
Semoga di bulan ramadan yang mulia ini ia akan memberi beribu keberkatan dalam ibadah yang anda lakukan dan dipermudahkan setiap urusan ibadah oleh Allah swt. Jadikan permulaan puasa di bulan ramadhan ini juga sebagai titik terbesar untuk kita sama-sama berhijrah ke arah lebih baik kerana Allah.
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]