Anda ingin simpan duit, tapi tidak kira sedaya mana anda mencuba, masih sukar untuk mencari jalan untuk menyimpan.
Dengan penggunaan telefon pintar yang punyai pelan dan aplikasi yang boleh bantu anda menganggar perbelanjaan bulanan, ada sahaja yang perlukan pembiayaan kewangan anda.
Mungkin modal untuk pembayaran rumah pertama? Atau niat anda untuk berumah tangga? Kadang-kala kecemasan yang tidak dijangka yang mendesak anda untuk berbelanja.
Berikut adalah 5 cara simpan duit untuk membantu perbelanjaan anda; tentukan aset dan liabiliti, singkirkan aliran tunai keluar yang tidak diperlukan, belajar merancang dan menguruskan aliran tunai anda, cari seorang mentor kewangan, dan belajar dari kesilapan, dan ambil iktibar.
Untungnya, ada pelbagai petua mudah untuk menyimpan wang dan bantu anggaran perbelanjaan anda. Dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut merancang anggaran dan menyimpan wang anda akan menjadi mudah dan mengambil masa yang singkat!
1. Tentukan aset dan liabiliti anda
Sebelum anda memulakan simpanan duit anda, fahami definisi aset dan liabiliti;
Aset – Apa yang membawa anda pendapatan harian, mingguan, bulanan seperti perniagaan, pelaburan, hartanah.
Liabiliti – Apa yang akan membebankan wang seperti pinjaman, gadai janji, hutang kad kredit dan sebagainya.
Pembelian harta boleh dilihat dengan dua cara – aset atau liabiliti. Contohnya, jika anda membeli rumah di Shah Alam dan mula membina kehidupan di sana, komitmen bulanan anda menjadi liabiliti.
Manakala, beli hartanah di Kelana Jaya untuk memasarkannya sebagai sewa penyewa baru, dan anda telah menambah aset.
Dengan pelaburan ini, anda menghasilkan pendapatan yang tidak terbatas kerana orang ramai selalu memerlukan sewa.
Erti lain, ubah sebarang liabiliti menjadi aset = pendapatan pasif!
2. Singkirkan aliran tunai keluar yang tidak diperlukan
Salah satu sebab sukarnya untuk simpan duit ialah masalah hutang. Mempunyai hutang bulanan merupakan satu beban ketika menabung untuk masa hadapan.
Dengan mempunyai hutang yang banyak, anda perlu selesaikannya dalam masa yang singkat. Terdapat pelbagai cara untuk bantu anda selesaikan hutang anda, seperti Avalanche, Snowball, dan Snowflake. Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat selesaikan hutang anda yang kecil dan meringankan beban anda untuk penyimpanan!
Takut terbelanja kewangan anda? Gunakan kaedah SI atau standing instructions di mana bank akan tolak secara automatik tiap-tiap bulan pada tarikh yang ditetapkan. Ia memudahkan pelanggan dengan tidak perlu melakukan transaksi secara manual setiap masa.
3. Belajar merancang dan menguruskan aliran tunai anda
Cara ketiga untuk simpan duit anda ialah dengan merancang dan menguruskan aliran tunai anda. Salah satu masalah apabila berhutang dan berbelanja adalah ramai tidak tahu bagaimana untuk rancang dan uruskan aliran tunai mereka. Pada hujung bulan, kebanyakan akan ketandusan duit dan tidak dapat menyimpan.
Cara paling mudah adalah dengan mencatat nota perbelanjaan anda serta hutang-piutang anda. Anda boleh gunakan aplikasi yang boleh dimuat turun kepada telefon pintar anda, atau anda nak old school seperti buku jurnal.
Dengan mencatat perbelanjaan anda, lebih mudah untuk anda lihat aliran tunai anda dan niat berboros itu akan berkurangan kerana anda tahu keutamaan kewangan anda.
Apabila anda sudah selesa merancang kewangan anda, lebih mudah untuk anda menyimpan wang dan seterusnya anda perlu sediakan satu matlamat supaya ia dapat mendorong niat penyimpanan anda!
Baca selanjutnya:
▶️ Menjadi usahawan berjaya tahun 2021 dengan 3 tips!
▶️ 4 pekerjaan gaji tertinggi di Malaysia!
4. Cari seorang mentor kewangan
Seorang mentor merupakan seorang yang akan bimbing dan berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dengan harapan kita berjaya dan mampu membina diri kita sendiri.
Seorang mentor kewangan mampu bantu anda untuk susun atur kewangan anda, perbelanjaan anda, dan cara-cara untuk mencari kewangan lebih untuk anda mulakan penyimpanan.
Terdapat banyak kriteria sebelum mencari seorang mentor, dan kadang-kala mentor ini tidak perlu orang yang jauh, malah ahli keluarga anda sendiri pun boleh jadi seorang mentor.
5. Belajar dari kesilapan dan ambil iktibar
Perjalanan ke arah kebebasan kewangan berbeza bagi setiap insan dan individu, anda pasti akan mengalami pelbagai kekecewaan dan kemunduran, dan adalah normal untuk gagal dalam pelaburan dan perancangan anda.
Tetapi jangan mudah mengalah dan gunakan kaedah berlainan kerana tidak semua orang boleh berjaya dengan menggunakan jalan yang sama.
Setiap kegagalan adalah peluang terbaik bagi anda untuk mendapat inspirasi, dan menangani mereka tidak lebih dari sekadar perhatian.
Selagi anda fokus belajar dari kesilapan anda, anda akan menjadi lebih tabah dan melihat banyak peluang pertumbuhan.
Gunakan 5 cara ini untuk simpan duit anda dan bantu anda menabung serta menggunakan duit anda untuk masa hadapan. Dengan kaedah yang pelbagai, setiap individu mampu simpan duit mereka!
Anda sedang berusaha untuk tingkatkan pendapatan anda dan capai kebebasan kewangan? Dengan menjual hartanah bersama IQI, anda mampu capai aspirasi anda!
Hanya dengan RM188 (Harga asal RM460), anda boleh mulakan perjalanan karier anda sebagai seorang REN!
Dengan kempen #TheRisingStar, anda boleh selami kerjaya REN yang tiada batasnya.
Ambil peluang ini sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]