Hanya beberapa hari lagi sebelum Hari Raya, namun masih banyak perkara yang harus dilakukan untuk persiapan Raya. Sudah dua tahun rakyat Malaysia menyambut hari raya secara mengejut, jadi buatlah persiapan awal untuk membeli barangan persiapan raya untuk keluarga tercinta. Tetapi sebelum kita lihat diamana tempat untuk membeli persiapan raya. Mari kita lihat apakah yang tergolong dalam persiapan raya.
Senarai Checklist Persiapan Raya
Item | Status (Selesai/Belum) |
Baju Raya
|
|
Kuih Raya
|
|
Hiasan Rumah
|
|
Bahan memasak Juadah Raya
|
|
Sampul Duit Raya | |
Perjalanan Pulang ke Kampung
|
Dengan senarai ini harap ia dapat membantu anda untuk menyanangkan anda membuat persiapan raya. Senarai ini boleh ditukar mengikut keperluan dan kehendak anda. Setelah anda kenal pasti apakah perisapan raya atau barangan yang anda perlu membeli, sudah pasti anda ingin tahu dimanakan pasar pop-up atau bazar menjual persiapan raya yang menarik untuk anda kunjungi.
Berikut adalah beberapa pasar pop-up yang akan diadakan di sekitar KL untuk membantu anda memenuhi keperluan Raya anda pada saat-saat terakhir:
Corak Hati Raya Pop Up |
1.Corak Hati Raya Pop Up di Rumah TangsiĀ
View this post on Instagram
Tarikh: 15-16 April
Lokasi: Rumah Tangsi
Kelab Messy telah kembali mengadakan pasar pop-up yang penuh warna, iaitu Corak Hati Raya. Setelah selesai pop-up hujung minggu pertamanya di Kedai KL, pasar pop-up ini akan pindah ke Rumah Tangsi di Taman Botani Perdana untuk dua hujung minggu berikutnya.
Corak Hati Raya memiliki vendor yang menjual pakaian, kosmetik, aksesori, kraftangan, dan termasuk kuih raya. Selain itu, akan ada pelbagai makanan enak yang dapat dinikmati oleh pengunjung untuk berbuka puasa. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan kunjungi Rumah Tangsi untuk memenuhi keperluan belanja Raya anda!
2.Raya Hype Club di Kedai KL (15-16 April)
View this post on Instagram
Tarikh: 15-16 April
Lokasi: Kedai KL
Jika anda kenal Kedai KL, anda pasti tahu bahawa hampir setiap minggu terdapat aktiviti menarik yang berlangsung di sana. Kali ini, Kedai KL akan menganjurkan bazar Raya yang dipanggil Raya Hype Club. Bazar ini akan berlangsung selama dua hujung minggu, bermula dari jam 2 petang hingga 9 malam.
3.Starvendors KLCC (13-17 April)
View this post on Instagram
Tarikh: 15-17 April
Lokasi: Dewan Konvensyen, KLCC
Masih mencari baju raya yang sesuai? Jom pergi ke StarVendors KLCC pada hari Khamis sehingga Isnin ini untuk mendapatkan koleksi baju raya yang pelbagai dan menarik serta berkualiti. Seronoknya dapat sepadan baju raya dengan ahli keluarga! Jom kunjungi pelabagai booth disana untuk melihat keunikan dan kepelbagaian pilihan baju untuk semua golongan. Selain itu, booth ini akan berlangsung selama 100 jam. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baju raya idaman anda!
4.Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR)
Tarikh: 29 Mac – 21 April
Lokasi: Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman)
Jalan Tunku Abdul Rahman, terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, adalah tempat yang paling sesuai untuk membeli pakaian Hari Raya anda. Di sini, anda akan menemui pelbagai jenis pakaian dan aksesori Hari Raya yang mampu memenuhi citarasa anda. Terdapat pelbagai jenis baju kurung, kebaya, baju Melayu dan pelbagai jenis pakaian moden yang menarik perhatian. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pakaian Hari Raya yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
5.Jakel Mall
Tarikh: 24 Mac – 21 April
Lokasi: Jakel Mall, Kuala Lumpur
Jakel Mall adalah destinasi yang tepat untuk semua keperluan pakaian Hari Raya anda. Jakel Mall mempunyai pilihan pakaian Hari Raya yang luas yang memenuhi pelbagai gaya dan citarasa. Sama ada anda lebih suka baju kurung tradisional atau pakaian moden dan trendi, semua boleh didapati di Jakel Mall. Mall ini menawarkan pilihan kain, warna, dan rekaan yang luas untuk dipilih.
Apa tunggu lagi, mari serbu pasar dan bazar yang menawarkan pelbagai pilihan untuk persiapan raya. Sudah dua tahun kita beraya secara terkejut. Jadi, silalah membuat persiapan awal sebelum terlambat. Kepada mereka yang selalu membeli di saat-saat akhir juga jangan risau, kerana di Jalan TAR, anda boleh mendapatkan persalinan untuk raya sehingga malam raya. Akhir sekali, rangcanglah segera untuk membeli persiapan hari raya anda bersama keluarga anda.
Jadilah sebahagian daripada pasukan IQI Global, kumpulan proptech hartanah yang berjaya membuat & menawarkan transaksi hartanah tempatan dan global. Bergabunglah dengan 30,000 ejen kami hari ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]