Tanya diri anda, adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah?
Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah semangat membantu orang.
Ada sesetengah orang, pada awalnya tidak meminati sesuatu pekerjaan, tapi lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri – yang penting ialah keinginan untuk belajar!
Apakah kelebihan menjadi seorang ejen hartanah?
- Jadual yang fleksibel
- Komisen yang tiada had
- ‘Networking’ dengan banyak pihak
- Ilmu dan pengalaman berharga
- Cabang yang besar
Meninjau agensi hartanah yang anda minat.
Bagaiamanakah nak pilih agensi hartanah yang terbaik untuk anda?
- Sistem komisen yang terbaik untuk anda
- Latihan eksklusif dan komprehensif
- Suasana Positif
Ingat, jangan hanya memilih syarikat tanpa melakukan penyelidikan, termasuk dalam talian dan luar talian.
Apakah kursus dan latihan yang perlu dilakukan?
Melalui laman web BOVAEA:
Perunding Hartanah perlu lulus Kursus Persijilan Perunding dan dalam tempoh itu, anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.
Klik disini untuk mengetahui langkah-langkah permulaan kerjaya ejen hartanah di Malaysia.
Tiba masanya untuk memohon lesen Ejen Hartanah (REN).
Di Malaysia, anda perlu mengikuti kursus wajib selama dua hari sebelum anda boleh mendaftarkan diri sebagai Ejen Hartanah (REN) – sebahagian daripada usaha BOVAVEA untuk meningkatkan profesionalisme dalam industri dan menyingkirkan broker haram.
Adakah anda berminat untuk menjadi seorang perunding hartanah? Ambil peluang ini dan sertai kami di IQI!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]
Sumber;