Kerjaya sebagai seorang REN sama seperti seorang usahawan yang perlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Walaupun boleh dilakukan separuh masa, seorang REN masih perlu promosikan diri mereka dan listing mereka untuk menarik perhatian pelanggan.
Sama seperti mereka yang punyai perniagaan dalam talian, seorang REN harus menggunakan kemahiran digital serta komunikasi untuk capai target jualan.
Artikel ini akan bincangkan mengapa seorang REN harus anggap pekerjaan REN sebagai perniagaan mereka sendiri.
Terdapat beberapa asbab, antaranya pendapatan seorang REN berdasarkan jualan, komitmen dan disiplin, pasaran tidak menentu, dan perniagaan dalam dan luar talian.
Apa maksud pembantu ejen harta tanah (REN)?
REN merupakan individu yang bekerja di bawah sebuah agensi hartanah samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).
REN merupakan individu penting dalam industri jual beli hartanah yang bekerja dengan ejen hartanah (REA) berlesen, tetapi tidak mempunyai kelayakan dan akreditasi penuh seperti ejen hartanah itu sendiri.
Kehidupan harian seorang REN termasuk mencari listing hartanah dan mempromosi hartanah dalam listing mereka. Sesiapa sahaja boleh mulakan kerjaya sebagai seorang REN dan dengan usaha, mereka mampu capai matlamat dan target mereka.
▶️ Pembantu Ejen Harta tanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA). Apa beza mereka?
1. Pendapatan seorang REN berdasarkan jualan
Bayangkan seorang nelayan yang tidak ke laut untuk mencari rezeki mereka, sebati juga seorang REN yang tidak berusaha untuk mencari para pelanggan untuk menjual hartanah listing mereka.
Pendapatan seorang REN mengikut kadar komisen mereka peroleh dari hasil jualan hartanah. Bermaksud, tiada transaksi jualan, maka tiada pendapatan, dan sebaliknya.
Oleh itu, seorang REN harus bekerja keras untuk mendapatkan jualan demi mengais pendapatan yang lebih tinggi.
Bagaimana seorang REN ingin dapatkan jualan?
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk pemasaran sesebuah listing seorang REN. Dengan menggabungkan cara tradisional dan moden, seorang REN mampu mencapai pemasaran yang lebih luas.
Abad ini lebih mudah untuk seorang REN melakukan pemasaran yang berada di hujung jari, mudah, murah, dan mampu capai lebih ramai bakal pelanggan.
2. Komitmen dan disiplin
Kerjaya REN memerlukan komitmen seseorang individu dan mereka harus ada disiplin yang tinggi dalam menguruskan kerjaya mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana seorang REN perlu lakukan kerja admin, pengiklanan, promosi, perundingan, komunikasi, serta hadiri latihan.
Jika seseorang individu menjalankan kerjaya REN sekadar suam-suam, sukar untuk mereka capai sasaran jualan dan mencari pelanggan. Ramai yang menyangkakan kerjaya REN hanya sekadar menjual hartanah dan masa yang lain tidak lakukan apa-apa.
Seorang REN yang berdedikasi akan bekerja sepanjang masa dan akan fikirkan cara-cara baharu untuk mendapat perhatian masyarakat umum demi mencari jualan.
Tambahan, seorang REN perlu hadiri sesi-sesi latihan untuk pelajari ilmu-ilmu baharu yang boleh bantu perbaiki jualan mereka.
Baca juga: REN Separuh Masa atau Sepenuh Masa? ⏰
3. Pasaran tidak menentu
Seperti perniagaan yang lain, perniagaan hartanah turut ada naik turunnya. Jadi seorang REN harus bersiap sedia dengan kurangnya pendapatan dan harus minimakan perbelanjaan mereka sama seperti usahawan-usahawan lain.
Dalam masa yang sukar, seorang REN harus bijak mengatasi kekurangan serta cari jalan lain untuk hidupkan perniagaan.
Juwai IQI catat penjualan rekod walaupun Covid-19
Dengan pandemik yang melanda negara, kebanyakan perniagaan lalui masa yang sukar dan ramai tidak daapt meneruskan perniagaan mereka, tetapi dengan menggunakan teknologi untuk lakukan transaksi jualan, Juwai IQI berjaya catat penjualan rekod pada tahun 2021.
Sertai kami sekarang dan rancang kerjaya anda!
4. Perniagaan dalam dan luar talian
Dalam abad kini, setiap usahawan dan perniagaan sudah beralih ke platform digital. Dengan menggunakan teknologi dan platform digital, ianya mudah untuk kenali jenis pelanggan serta menjangkau masyarakat umum.
Penggunaan media sosial untuk perniagaan
Seorang REN juga harus mengambil peluang ini dan mahir promosi perniagaan hartanah mereka dalam talian kerana terdapat ramai prospek yang boleh dijadikan pelanggan mereka. Antara cara berikut adalah dengan menggunakan pengiklanan berbayar mahupun LIVE melalui aplikasi media sosial.
Terdapat pelbagai aplikasi media sosial yang wujud pada masa sekarang dan kebanyakannya adalah percuma. Dengan menggunakan segala platform, ia dapat membantu capai lebih ramai pengguna dan mencari lebih ramai pelanggan.
Selain itu, seorang REN harus fikir bagaimana untuk capai mereka yang berdekatan seperti jiran tetangga. Dengan menggunakan cara luar talian – bunting, banner dan sebagainya, seorang REN boleh promosi perniagaan mereka dengan menggunakan dua cara berlainan.
Berikut adalah mengapa anda sebagai seorang REN harus anggap kerjaya anda sebagai perniagaan anda sendiri. Dengan hasil usaha dan kerja keras, anda mampu untuk membina diri anda dan capai lebih lagi dari kemampuan anda sendiri.
Ingin mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN tapi tidak tahu bagaimana? Kami di IQI Global boleh bantu anda realisasikan impian itu!
Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]