Jika anda ingin mempunyai kebebasan untuk berbelanja dan kewangan yang stabil, anda haruslah belajar cara untuk melabur selain daripada menyimpan wang. Terdapat pelbagai jenis pelaburan dan produk untuk dipilih. Pelaburan mana yang sesuai buat anda? Dari mana harus anda mula?
Anda tiba di tempat dan waktu yang tepat kerana kami sedia membantu anda. Jom kita kenal pasti ciri-ciri pelaburan yang ada di Malaysia dan juga risiko disebaliknya. Jika anda berminat dan sedang belajar untuk melabur, anda haruslah mempunyai pemahaman mengenai pelaburan tersebut setelah itu anda boleh memilih pelaburan yang terbaik buat anda.
1. Pelaburan Simpanan Tetap 2. Pelaburan Saham 3. Pelaburan Dana Saham 4. Pelaburan Emas 5. Pelaburan Hartanah |
1. Pelaburan Simpanan Tetap
Simpanan tetap ataupun fixed deposit merupakan simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan para pelabur satu kadar faedah yang tetap. Apabila sudah cukup tempoh matang bagi pelaburan tersebut, anda akan mendapat faedah yang dijanjikan. Sudah tentu, semakin lama anda menyimpan, semakin tinggi kadar faedah yang akan diterima.
Antara kelebihan melabur dalam simpanan tetap:
- Risiko rendah: Simpanan tetap dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Jika bank tersebut gagal membayar jumlah faedah tersebut, PIDM akan membayar pampasan tersebut.
- Memupuk semangat untuk menyimpan: Pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan wang simpanan tetap kerana faedah tidak akan diperoleh jika anda menggunakan wang tersebut.
- Pengeluaran yang mudah: Jika berlaku sebarang kecemasan, anda boleh mengeluarkan wang simpanan tersebut tetapi tiada bayaran faedah ataupun bayaran faedah akan dikurangkan.
Kekurangan melabur dalam simpanan tetap:
- Pulangan yang rendah: Jumlah keuntungan yang diperoleh daripada simpanan tetap tidaklah setinggi jenis pelaburan yang lain. Kadar pulangan bagi simpanan tetap juga adalah lebih rendah berbanding kadar inflasi.
2. Pelaburan Saham
Saham sudah tentu mendatangkan keuntungan yang banyak, namun risiko yang diambil juga adalah tinggi. Keuntungan dan juga kerugian saham adalah bergantung kepada prestasi urusniaga syarikat tersebut. Sebagai contoh, jika anda melabur dalam syarikat A, ia bermaksud anda memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut.
Sekiranya syarikat A mempunyai prestasi yang baik, saham syarikat akan meningkat, anda juga akan mendapat faedah daripada pendapatan syarikat itu. Oleh itu, anda mempunyai peluang untuk menerima dividen. Namun, tiada benda yang pasti dengan pasaran saham.
Jika anda berminat untuk menceburi pasaran saham, anda mungkin harus pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat seorang yang profesional dalam pasaran saham.
Antara kelebihan melabur dalam pasaran saham:
- Pulangan yang tinggi:Dengan perkembangan saham syarikat tersebut, para pelabur akan menerima pulangan dividen yang tinggi.
- Penukaran kepada wang tunai dengan mudah: Pelabur boleh membeli dan menjual saham tersebut pada bila-bila masa sekiranya mereka memerlukan wang.
Kekurangan melabur dalam pasaran saham:
- Risiko yang tinggi: Apabila harga saham jatuh merudum, para pelabur tidak dibenarkan menjual mahupun menebus saham mereka tersebut.
- Memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tertentu: Harus mempunyai pengetahuan secara teknikal untuk menganalisis tren pasaran saham. Hanya mengikut tren dan membeli saham tanpa sebarang pengetahuan dan kajian terlebih dahulu boleh mendatang kerugian. Anda boleh mendapatkan nasihat pakar untuk memberikan analisis mengenai pasaran saham semasa.
- Ketidakpastian dalam urusan perniagaan: Jika terdapat konflik dalaman berlaku dalam sesebuah syarikat, sudah pasti masalah yang serius akan terjadi. Ini akan mengakibatkan para pelabur mengalami kerugian.
3. Pelaburan Dana Saham
Jenis pelaburan dana saham terbahagi kepada:
- Dana aktif: Dana aktif merupakan dana yang diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk melebihi penanda aras pasaran. Selepas pengurus dana mengumpulkan semua dana, dana tersebut akan dilaburkan dalam saham kegemarannya dengan harapan memperoleh nilai dana yang melebihi penanda aras pasaran.
- Dana Pasif: Berlainan dengan dana aktif, dana pasif lebih tertumpu kepada persamaan dengan prestasi indeks. Oleh kerana dana pasif memilih indeks tertentu sebagai rujukan, ia juga biasa dikenali sebagai dana indeks.
Antara kelebihan melabur dengan pelaburan dana:
- Menjimatkan masa: Pengurus dana akan menguruskan segalanya bagi pihak anda termasuklah analisa tren semasa pasaran saham. Dengan khidmat mereka, para pelabur dapat menjimatkan masa.
Kekurangan melabur dengan pelaburan dana:
- Kos tinggi: Oleh kerana anda memerlukan khidmat pengurus dana, kos yang harus dibayar adalah lebih tinggi.
4. Pelaburan Emas
Jenis pelaburan seterusnya ialah emas. Emas merupakan pilihan yang baik bagi para pelabur kerana nilainya tidak terkesan dengan inflasi. Apabila nilai matawang menurun disebabkan oleh inflasi, nilai emas tidak terkesan sama sekali. Ramai memilih untuk melabur pada pelaburan emas kerana mudah untuk disimpan dan dapat mengekalkan nilainya setiap masa.
Antara kelebihan melabur pada emas:
- Tidak dipengaruhi oleh kitaran perniagaan.
- Tidak terkesan dengan kadar inflasi.
- Apabila ekonomi tidak stabil, emas masih mempunyai nilai berbanding matawang kertas.
Kekurangan melabur pada emas:
- Ketidakpastian: Harga emas adalah tidak tetap dan ia akan naik dan turun, oleh itu anda haruslah memilih waktu yang tepat untuk membuat pelaburan.
5. Pelaburan Hartanah
Tahukah anda harga hartanah akan semakin meningkat dari semasa ke semasa disebabkan oleh populasi yang semakin meningkat dan sumber tanah yang terhad. Oleh itu, hartanah merupakan antara jenis pelaburan yang terbaik untuk diceburi.
Harga rumah di Malaysia dari tahun 1998 hingga 2021 meningkat sebanyak 529%, dengan pulangan tahunan sebanyak 5.7%. Walaupun rumah di Malaysia tidak semahal seperti harga rumah di negara-negara Asia yang lain seperti Hong Kong, Singapura dan Tokyo. Dari segi peningkatan harga rumah, Malaysia tampil di tangga 10 teratas dunia dan tertinggi di Asia.
Seperti yang dinyatakan, harga hartanah akan meningkat dari semasa ke semasa dan jika anda jual hartanah anda beberapa tahun kemudian, harga tersebut akan semakin meningkat dibandingkan dengan harga yang dibeli dan sudah tentu terdapat tambahan dalam pendapat anda.
Antara kelebihan melabur dalam pasaran hartanah:
- Apabila rumah tersebut sudah dibeli, ianya terus menjadi milik anda.
- Jika anda memilih untuk menyewakan rumah yang anda beli, anda akan mendapat wang sewa rumah setiap bulan, dan boleh menambah pendapatan anda.
- Harga hartanah akan semakin meningkat hari demi hari. Oleh itu, jika anda ingin menjual hartanah anda, anda akan mendapat pulangan wang yang lebih berbanding harga asal hartanah tersebut.
Kekurangan melabur pada pasaran hartanah:
- Berkemungkinan susah untuk mencari penyewa
Kaji dulu Jenis-Jenis Pelaburan ini!
Untuk mendapatkan pulangan yang menawan, anda haruslah membuat kaji selidik terlebih dahulu mengenai semua jenis pelaburan yang ada supaya anda dapat membuat keputusan yang bijak. Dengan hanya mengikut tren semasa tanpa membuat sedikit kajian bakal menjadikan pelaburan anda sia-sia. Silap haribulan pelaburan tersebut akan gagal tanpa sebarang keuntungan.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada maklumat hartanah yang anda peroleh itu betul atau tidak, anda boleh bertanya kepada pakar untuk menganalisis dan juga memberi cadangan buat anda. Sudah tentu IQI merupakan pilihan yang baik buat anda!
IQI mengumpul lebih 15,000 agensi hartanah di seluruh dunia. Kami menyediakan khidmat nasihat mengenai hartanah dengan menyeluruh.
Tunggu apa lagi, isi borang dbawah dan pakar perunding IQI yang akan menghubungi anda dengan segera.
[hubspot type=form portal=5699703 id=85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948]