Generasi Z atau lebih dikenali sebagai Gen Z merupakan mereka yang lahir pada 1997-2012. Pada tahun 2021, rata-rata mereka berumur 9-24 tahun. Bagi Gen Z yang berumur 18-24 sudah tentu anda sekarang berada dalam fasa memikirkan kerjaya yang anda mahu ceburi dan terokai.
Persoalan yang selalu bermain di minda para Gen Z:
- Bolehkah saya ceburi bidang hartanah atau menjadi seorang perunding hartanah pada usia muda?
- Bolehkah saya menjadi seorang perunding hartanah walaupun baru sahaja tamat zaman persekolahan?
- Mampukah saya membina kerjaya walaupun tidak mempunyai wang yang banyak untuk dilaburkan?
Jawapannya mudah, sudah tentu BOLEH! Umur bukanlah penghalang bagi anda mencuba benda baharu. Jom kita kenalpasti 6 kelebihan Gen Z menjadi seorang perunding hartanah yang dikongsi oleh Bosco Leong, seorang ejen hartanah dari IQI.
1. Meninggalkan ‘Impression’ yang Baik.
Jika anda cuba perhatikan, tidak ramai muka-muka muda yang anda boleh jumpa dalam bidang hartanah ini. Oleh itu, semakin muda seseorang itu dalam bidang hartanah, semakin ‘up-to-date’ pemakaian serta cara anda. Sudah tentu para pelanggan akan mengingati anda.
Walaupun mereka tidak mengingati nama anda, namun mereka akan megingati rupa dan cara anda. Oleh itu, mudah bagi anda untuk memperoleh pelanggan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai perwatakan yang menarik.
2. Peluang Terbaik untuk Membina ‘Connection’
Gen Z kebanyakannya minat dan juga mudah untuk menerima ilmu baharu. Oleh sebab itu, ramai yang selesa bekerja serta berkomunikasi dengan Gen Z. Mereka lebih terbuka untuk menerima benda baharu.
Dari perspektif seorang pelanggan pula, perunding hartanah yang muda lebih bersemangat, berdedikasi serta lebih mudah untuk didekati. Ini membuka ruang bagi para pelanggan untuk bertanya sebarang ketidakpastian yang bermain di minda mereka.
3. Mendapat Kepercayaan daripada Pelanggan
Walaupun anda masih baru dalam bidang hartanah, namun pelanggan faham akan situasi anda dan sedia untuk memberikan peluang buat anda. Para pelanggan percaya yang anda cukup arif untuk membantu dari bermacam aspek hartanah seperti pembelian, pajakan ataupun pelaburan.
Tambahan pula, anda dikelilingi oleh orang-orang yang berpengalaman dalam hal-hal tersebut. Mereka juga bersedia untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang hartanah ini.
4. Banyak Peluang untuk Belajar bagi Gen Z
Oleh kerana anda masih lagi muda sudah tentu lebih banyak peluang serta masa untuk anda belajar. Setiap manusia melakukan kesilapan dan tiada yang terkecuali. Jadikan kesilapan yang terjadi tersebut sebagai batu loncatan untuk anda menjadi lebih baik.
Menjadi seorang perunding hartanah juga tidak semudah yang disangka. Ia juga bukanlah jalan yang mudah bagi menjamin pendapatan yang stabil, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang ini. Oleh itu, jadikan masa yang anda ada ini sebagai waktu untuk anda memperbaiki diri dan kayakan diri dengan ilmu dan pengalaman.
5. Mahir Mengguna Teknologi
Selaku golongan Gen Z, anda membesar bersama dengan pembangunan teknologi dan juga kemajuan internet. Disebabkan itu, mudah bagi anda untuk menggunakan ‘platform’ media sosial sebagai medium bagi mempromosikan servis anda.
Strategi ‘marketing’ yang lama sudah jauh ketinggalan pada tahun 2021 ini, dan banyak pasaran diluar sana yang lebih memilih ‘digital marketing’ sebagai pilihan utama. Ini merupakan peluang keemasan bagi anda untuk meluaskan pasaran servis perunding hartanah anda kepada dunia yang lebih luas.
6. Gen Z yang Berani
Umur bukanlah penghalang bagi seseorang untuk melakukan sesuatu. Walaupun Gen Z boleh dikatakan kurang berpengalaman dalam bidang pekerjaan, namun anda sentiasa bersedia untuk belajar benda baharu.
Oleh itu, anda akan berkembang dengan jayanya dalam kerjaya anda jika anda belajar serta menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin. Disebabkan itu, anda lebih berani untuk mencuba benda baharu untuk memastikan anda dapat mempraktikkan apa yang anda belajar serta mendapat pengalaman dalam perkara tersebut.
Jangan jadikan umur sebagai penghalang buat anda mencuba benda yang baru. Jika anda ingin memulakan kerjaya anda sebagai seorang perunding hartanah, IQI sedia membantu anda!
Isi borang dibawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]