Apabila kita bercakap tentang perniagaan hartanah, yang hadir dalam fikiran kita biasanya ialah aktiviti menguruskan hartanah secara jual beli. Tambahan pula, kita sering menganggap proses menguruskan transaksi hartanah leceh, betul tak?
Tapi, anda pasti tahu bahawa proses tersebut juga merupakan antara langkah awal sebelum seseorang ahli perniagaan itu dapat membina empayar perniagaan mereka, untuk pasangan atau seseorang itu membina kehidupan baharu, ataupun boleh jadi juga untuk membantu orang tertentu membina portfolio pelaburan. Khususnya, bagi mereka yang baru nak menceburkan diri dengan pelaburan, lebih-lebih lagi dalam industri hartanah.
Dengan erti kata lain, bantu untuk merealisasikan impian mereka. Secara tak langsung, perniagaan hartanah juga menyediakan perkhidmatan penting kepada orang ramai.
Sesetengah orang berasa kurang yakin untuk melabur dalam hartanah, walaupun mereka tahu pelaburan hartanah memberi pulangan yang tinggi. Ada beberapa faktor sebenarnya yang menyebabkan mereka berat hati nak ambil langkah sukar ini. Lazimnya kerana mereka kurang berpengetahuan dan takut untuk membuat keputusan.
Jadi, penting untuk anda mengetahui jenis-jenis pelaburan yang terdapat untuk hartanah supaya anda boleh tetapkan matlamat yang jelas dalam industri ini. Jom baca artikel ini sampai habis sebab kami nak berikan info ringkas serta 5 cara mudah untuk melabur dalam industri hartanah supaya nanti anda akan dapat membuat keputusan dengan lebih yakin.
1. Perdagangan
Perdagangan hartanah bukanlah sesuatu yang begitu kompleks. Malah, anda mungkin sudah biasa mendengar konsep perdagangan hartanah ini sebenarnya, tetapi anda tak berapa nak perasan.
Pada dasarnya, perdagangan hartanah ini melibatkan pelabur yang akan membeli hartanah dengan niat untuk memilikinya dalam tempoh tertentu sahaja. Kemudian, pelabur akan menjual semula apabila nilai hartanah tersebut meningkat. Bila pelabur akan menjual rumah itu semula semuanya bergantung kepada nilai jangkaan yang diinginkan oleh pelabur itu sendiri dan juga situasi pasaran.
Jadi, biasanya pelabur sudah ada matlamat mereka sendiri dan hartanah itu tidak dimiliki untuk tempoh yang lama. Mereka perlu buat perancangan agar mereka tidak perlu membayar sebarang gadai janji jangka panjang.
2. Hartanah Sewa
Konsep pemilikan tanah untuk kegunaan peribadi telah lama digunakan secara meluas. Banyak perkembangannya dalam sistem penyewaan sejak berabad lalu.
Konsep yang cukup mudah; seseorang akan membeli hartanah dan menjadi pemiliknya, lalu pemilik tersebut menyewakan hartanah itu kepada penyewa. Pemilik hartanah atau tuan rumah bertanggungjawab untuk membayar gadai janji, cukai dan kos penyelenggaraan hartanah mereka. Sebagai penyewa pula, anda hanya bertanggungjawab untuk membayar sewa kepada tuan tanah.
Anda juga perlu maklum bahawa tuan tanah boleh mengenakan sejumlah wang tertentu yang mereka akan gunakan untuk membayar gadai janji dan kos penyelenggaraan. Hasil keuntungan daripada menyewakan rumah mereka pula adalah diperoleh melalui sewa bulanan anda.
3. REITs
Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) terbina oleh sebuah syarikat (atau badan amanah) yang menggunakan wang daripada pelabur untuk membeli dan mengendalikan pendapatan hartanah. Sama juga dengan saham, REITs juga tersenarai dalam Bursa Malaysia. REITs merupakan pilihan kukuh untuk para pelabur yang ingin mencari pendapatan tetap. Para pelabur juga boleh melabur dalam pelbagai jenis hartanah, bukan sahaja kediaman, tetapi juga pusat membeli-belah dan bangunan pejabat.
4. Leveraj
Pelaburan dalam industri hartanah mempunyai keistimewaan yang selalunya tidak terdapat dalam jenis pelaburan lain, iaitu leveraj. Dari sudut pelaburan, leveraj bermaksud menggunakan wang pinjaman untuk meningkatkan potensi pulangan pelaburan aset (hartanah).
Gadai janji konvensional memerlukan pembeli untuk membayar sebahagian kecil daripada jumlah kos hartanah. Jadi sebagai pembeli, anda layak untuk menguruskan hartanah dan ekuiti yang anda pegang secara menyeluruh dan anda hanya perlu membayar sebahagian kecil sahaja ketika anda membeli hartanah tersebut. Hartanah tersebut menjadi hak milik anda, walaupun anda masih belum membayar jumlah keseluruhannya. Tiada halangan untuk anda tinggal di situ, mahupun menyewakannya.
5. Hartanah sumbangan dana awam
Boleh dikatakan bahawa crowd-funding ini sebenarnya satu bentuk pelaburan yang agak baharu dalam perniagaan hartanah. Konsepnya begini; pelabur terdiri daripada sekumpulan orang yang menyatukan wang mereka dan kemudian, keuntungan daripada perniagaan hartanah mereka perlu dikongsikan antara mereka.
Konsep crowd-funding secara umumnya bukanlah sesuatu yang baharu. Mesti dah banyak kali juga kita tengok borang-borang crowd-funding atas talian. Tapi, biasanya orang awam turut terlibat sama. Maknanya, tiada tapisan atau kelayakan minimum yang diperlukan. Tapi, dalam industri hartanah, tawaran untuk sertai crowd-funding terhad kepada pelabur bertauliah.
Jadi, pemilihan platform crowd-funding yang bagus sangat penting untuk perniagaan hartanah. Platform yang baik biasanya akan menyediakan tapisan kelayakan pelabur, latar belakang mereka, kesahihan borang dan sebagainya untuk memastikan hanya tawaran yang terbaik akan lepas.
Dalam artikel ini sahaja anda sudah dapat mengetahui 5 cara mudah untuk melabur dalam industri hartanah. Tapi, sebenarnya banyak lagi yang anda perlu kaji kalau anda betul-betul nak berjaya dalam pelaburan hartanah. Satu artikel memang tak cukup! Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sama ada tentang pelaburan hartanah atau cara nak dapat rumah pertama anda, atau cara nak memohon pinjaman, anda boleh ikuti artikel-artikel kami di IQI Global.
Apa-apa pun, kami berharap artikel ini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang pelaburan hartanah. Semoga anda lebih yakin untuk buat keputusan dan berjaya mengambil langkah pertama anda untuk menceburi pelaburan hartanah. Selamat maju jaya!
IQI menyediakan pilihan rumah idaman anda dengan harga yang berpatutan, juga di kawasan strategik!
Dapatkan nasihat kami secara percuma dengan mengisikan borang di bawah ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948]