Port Dickson, destinasi peranginan yang lengkap untuk sebuah percutian yang menakjubkan di Malaysia. Tidak kurang juga, lengkap dengan resort mewah Lexis Hibiscus yang pasti memukau anda! Lokasi, keselesaan dan kemewahan yang disediakan di Lexis Port Dickson antara yang terkemuka di dunia.
Destinasi peranginan ini bukan sahaja menjadi tarikan destinasi untuk pelancong asing, malah tidak lekang juga dengan pelancong tempatan yang ingin bercuti atau berbulan madu di dalam negara. Sekali-sekala, apa salahnya kalau nak manjakan diri dengan melancong dan bercuti. Terubat penat lelah setelah melihat pemandangan pantai yang luas terbentang.
Port Dickson, terletak di pantai barat Malaysia, Negeri Sembilan, hampir 70 km dari Kuala Lumpur. Sesuai untuk penduduk bandar yang ingin berehat dan melarikan diri daripada kehidupan bandar yang hingar bingar. Pantai Port Dickson sememangnya sudah lama terkenal dengan pemandangan yang indah, ditambah pula dengan Lexis Port Dickson menjadikan ni lebih menarik. Dari pemandangan laut yang luas terbentang, vila air Lexis Port Dickson turut dilengkapi kolam renang eksekutif!
Apakah yang anda perlu tahu tentang Lexis Hibiscus? |
Sistem daftar masuk dan daftar keluar diuruskan dengan sangat teratur. Langkah keselamatan diambil serius untuk memastikan kesejahteraan para pelancong. Malaysia dikenali dengan kekayaan pulau dan pantai, itulah yang menjadi tarikan ramai pelancong untuk melawat negara ini. Memandangkan lonjakan COVID 19 kini mampu dikawal dan kita sudah memasuki fasa endemik, lebih ramai pelancong dijangka akan melawat Malaysia.
Lexis Hibiscus 2 dijangka mampu menempatkan lebih ramai tetamu dan para pelancong serta menawarkan pelbagai aktiviti hiburan dan aktiviti riadah yang sesuai untuk semua peringkat umur dan demografi.
Apakah yang anda perlu tahu tentang Lexis Hibiscus?
Lexis Hibiscus 2 menjadi topik hangat yang dinanti-nantikan sejak tarikh pembukaannya diumumkan. Resort mewah ini akan dibuka pada tahun 2024 dan akan terletak betul-betul bersebelahan dengan Lexis Hibiscus Port Dickson.
Lexis Hibiscus 2 Port Dickson yang terletak kira-kira sejam pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau pusat bandar Kuala Lumpur ini terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang. Resort mewah ini direka bentuk seperti bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya.
Resort mewah bertaraf 5 bintang ini akan mempunyai 760 buah bilik, termasuk 582 vila air dan 178 vila kolam langit atau ‘sky pool’. Setiap vila di Lexis Hibiscus 2 akan mempunyai kolam renang peribadi, sama seperti Lexis Hibiscus, yang menawarkan kemewahan dan privasi yang terbaik.
Lexis Hibiscus 2 dijangka menarik 400,000 orang pelancong ke Port Dickson setiap tahun sebaik sahaja siap. Jika setiap pelancong membelanjakan purata RM600 setiap malam, sektor pelancongan mampu menjana sebanyak RM240 juta setahun, menyokong komuniti tempatan dan mempromosikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan utama bertaraf antarabangsa.
Melihat kejayaan besar yang dibawakan oleh Lexis Hibiscus, pemaju telah bekerjasama dengan Lexis Hotel Group dan akan melancarkan Lexis Hibiscus 2. Lexis Hotel Group terkenal dengan idea pembinaan pusat peranginan yang unik dan berbeza di seluruh Malaysia. Mereka merupakan pelopor inovasi pembinaan kolam peribadi dalam setiap bilik penginapan. Visi mereka menjayakan Grand Lexis Port Dickson sebagai pilihan pertama untuk inovasi tersebut tercatat dalam rekod dunia.
Lexis Hotel Group merupakan syarikat terkemuka yang membina Lexis Hibiscus Port Dickson, Lexis Port Dickson dan Grand Lexis Port Dickson. Akan datang, Lexis Hibiscus Penang, Imperial Lexis, dan Lexis Ultima.
Seiring dengan ini, mereka juga akan memperkenalkan Lexis Hibiscus 2. Setiap bilik akan dilengkapi dengan kolam renang peribadi untuk pengalaman bercuti yang selesa. Vila kolam renang ini akan menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan. Paling unik dalam projek ini ialah vila kolam panorama dan suite presidennya. Setelah Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson dilihat membawa hasil yang memberangsangkan, Lexis Hibiscus 2 pula bakal melengkapi dan membina Port Dickson Negeri Sembilan ke persada antarabangsa sebagai antara destinasi pelancongan terbaik bagi pelancong di luar dan dalam negara.
Aktiviti Menarik di Lexis Hibiscus?
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang anda menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Salah satu yang menarik ialah “Pancuran Air Berirama”. Meriahkan penginapan anda dengan pemandangan laut yang indah dan pancuran air yang menarik. Selain itu, restoran dalam akuarium Lexis Hibiscus 2 yang unik pasti mengagumkan anda. Dikelilingi dengan hidupan laut ketika menjamu selera pastinya menjadikan pengalaman bercuti anda sangat seronok!
Resort ini juga akan menampilkan dewan tarian terbesar di Negeri Sembilan yang mampu menempatkan sebanyak 2,000 orang. Cukup besar untuk menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang gah sehingga ke festival terbesar yang mewah! Tetapi, mestilah tertakluk pada kekosongan slot yang ada. Permintaan dijangka akan melonjak tinggi kerana bukan itu sahaja, terdapat banyak aktiviti hiburan yang dianjurkan sekali!
Sementara menunggu pembukaan Lexis Hibiscus 2, anda bolehlah menempah bilik penginapan di Lexis Hibiscus 1 dahulu untuk percutian keluarga, bulan madu mahupun staycation. Banyak yang anda boleh terokai di Lexis Hibiscus, 2 Hari 1 Malam pun mungkin tidak mencukupi!
Lexis Hibiscus 1 juga merupakan destinasi yang ideal untuk kanak-kanak. Anak-anak boleh menikmati pengalaman indah di Water JPark dan Kidz World. Lexis Hibiscus memastikan persekitarannya adalah selamat dan aktiviti fizikal yang menyeronokkan ini akan merangsang dan menggalakkan visual mereka. Mereka juga boleh berinteraksi sesama kanak-kanak lain dan mencipta kenangan zaman kanak-kanak yang terindah di sini.
Manakala untuk orang dewasa pula, anda boleh bersantai di LexSpa. LexSpa sangat sesuai untuk semua tidak kira bujang, berpasangan atau mereka yang datang berkumpulan rakan. Sesi aromaterapi yang memberi ketenangan kepada anda ini sangat berbaloi. Pilihlah pakej yang paling sesuai dari segi tempoh masa dan harga untuk anda.
Tambahan lagi, anda boleh meluangkan masa berharga anda bersama yang tersayang di Starz Karaoke. Lengkap dengan audio-visual terkini, Starz Karaoke sangat sesuai untuk penggemar muzik dan karaoke. Resort mewah bertaraf 5 bintang ini pasti tidak akan mengecewakan anda. Pelbagai aktiviti hiburan tersedia untuk setiap lapisan umur.
Tidak kurang juga jika anda lebih suka aktiviti fizikal dan bersantai di tepi pantai. Terdapat pelbagai aktiviti pilihan seperti menaiki Bandwagon, menunggang bot motor, jet ski, memancing, Banana Boat dan lain-lain.
Lexis Hibiscus 1 juga menyediakan kafe, iaitu Roselle Coffee House yang terletak di tingkat bawah berhampiran lobi utama dan menghadap ke kolam renang umum. Vila air pula mempunyai ruang makan berhawa dingin serta tempat duduk di kawasan terbuka. Daripada bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang mewah serta pilihan ala carte hingga minum petang pada hujung minggu, restoran makan sepanjang hari kosmopolitan ini mempamerkan gabungan makanan tempatan dan luar negara yang luar biasa.
Satu lagi tempat untuk dikunjungi semasa melawat Lexis Hibiscus 1 ialah Restoran Jepun UMI. Restoran ini mengalu-alukan pengunjung ke suasana avant-gardenya dengan penekanan pada rasa, persembahan dan kesegaran. UMI, yang bermaksud “laut” dalam bahasa Jepun, menawarkan pelbagai hidangan tradisional Jepun yang diilhamkan oleh Negara Matahari Terbit. Setiap tetamu akan mempunyai pengalaman makan hidangan yang unik, dan tempat ini juga sesuai untuk berehat atau meraikan majlis tertentu.
Perbezaan Lexis Hibiscus 1 dan Lexis Hibiscus 2?
Lexis Hibiscus 1 dibuka kepada orang ramai pada tahun 2015. Resort ini telah berjaya memegang dua Rekod Dunia Guinness untuk Kolam Renang Terbanyak di Resort dan Vila Atas Air Terbanyak di Sebuah Resort. Ini merupakan satu kebanggaan kerana kejayaan ini menaikkan nama Malaysia di peringkat persada dunia. Lexis Hibiscus 1 menawarkan 639 vila kolam renang. Bilik-bilik ini luas dan selesa. Mereka juga menyediakan pemandangan dan pengalaman laut yangmewah dan berbeza. Setiap bilik juga mempunyai sauna.
Lexis Hibiscus 1 juga menawarkan banyak aktiviti pantai sesuai untuk pelancong berkumpulan. Antara aktiviti luar ini termasuk menaiki Bandwagon, menunggang bot motor, jet ski, memancing, Banana Boat dan lain-lain. Aktiviti lebih santai termasuk LexSpa yang sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan ketika bercuti.
Sejak Lexis Hibiscus 2 mula dibina pada tahun 2020, perbezaan antara kedua-dua resort mewah ini sering dibandingkan. Lexis Hibiscus baharu sedang dibina di atas tanah seluas 32 hektar yang lebih besar daripada Lexis Hibiscus 1. Maknanya, kolam renang premium dan bilangan bilik adalah lebih banyak dan lebih mewah. Anda juga boleh menikmati hidangan lazat di restoran dalam akuarium.
Hibiscus Walk turut dibuka kepada pengunjung. Ini akan menjadi sesuatu yang berbeza berbanding dengan aktiviti di Lexis Hibiscus 1. Laluan pejalan kaki akan merangkumi pelbagai pilihan membeli-belah untuk mereka yang ingin berbelanja sakan. Seiring dengan itu, kiosk makanan akan turut menawarkan pelbagai jenis makanan. Pelancong akan dapat menikmati masakan asli Malaysia dan juadah lain.
Pelancaran Lexis Hibiscus 2 akan mengukuhkan keunggulan jenama Lexis di bandar pantai Port Dickson. Kami akan bekerjasama secara kolaboratif dengan kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pelancongan Port Dickson kepada pelancong yang sedang bekerja dan bercuti dari sektor FIT, program pelancongan, korporat dan MICE (Meetings, Events, Conventions, and Exhibitions) di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Lexis Group berharap Lexis Hibiscus 2 dapat menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa, terutamanya di Asia Pasifik dan Timur Tengah dengan memberikan mereka layanan dan pengalaman terbaik yang tidak dapat dilupakan. Usaha ini akan memberi impak yang besar kepada syarikat dan prospek pekerjaan.
Jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan brosur eksklusif, senarai harga, model dan pelan tapak secara PERCUMA daripada kami sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=2380afe3-ad4c-4cfa-9abf-d3947e377bf2]