Pemilihan pekerjaan gaji tinggi semakin menjadi keutamaan dalam kalangan ramai pencari kerja, terutamanya di negara kita yang sedang berhadapan dengan kenaikan taraf hidup.
Selain dari mencari pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan, pencari kerja menjadikan pekerjaan yang mempunyai gaji yang tinggi atau pekerjaan yang mempunyai prospek peningkatan dalam pendapatan sebagai faktor penentu dalam memilih sesuatu pekerjaan.
Hal ini kerana desakan hidup yang semakin menekan. Di bawah ini kami senaraikan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi di Malaysia. Jom semak apakah senarai kerja dengan incom ribu ringgit tersebut!
Senarai Pekerjaan Gaji Tinggi
Berikut adalah beberapa pekerjaan yang dikenal pasti sebagai pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia.
#1. Doktor pakar
Bidang perubatan selalu menjadi pilihan utama ramai kerana ia menawarkan gaji yang cukup tinggi.
Seorang doktor pakar boleh mendapat pendapatan antara RM10,000 sehingga RM 30,000 sebulan atau lebih.
Namun, tidak hairanlah sekiranya pekerjaan ini mempunyai gaji yang tinggi kerana risiko yang dihadapi mereka semasa bekerja dalam bidang yang melibatkan nyawa manusia ini.
Bekerja di hospital, seorang doktor pakar perlu mendiagnos penyakit dan merawat pesakit.
Dengan kata lain bekerja di sini anda perlu “bermain” dengan nyawa seseorang. Ianya bukanlah perkara kecil tetapi kerja yang melibatkan soal hidup dan mati seseorang adalah berisiko tinggi.
Selain itu, dalam industri kesihatan ini anda perlu tahu bahawa tempoh pengajian bagi seorang doktor adalah sangat lama sebelum layak memegang “title” doktor tersebut.
Maka, tidak hairanlah mengapa gaji mereka antara yang tertinggi dan sehingga boleh mencecah ribu ringgit.
#2. Ejen hartanah
Ejen hartanah juga tersenarai dalam kerjaya atau pekerjaan gaji tinggi di Malaysia.
Namun, pasti ramai yang tidak menjangkakan bahawa pekerjaan sebagai ejen hartanah mampu menerima gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan gaji tinggi yang lain.
Walaupun kebanyakan ejen hartanah melakukan pekerjaan mereka secara freelance namun gaji yang mereka terima sangat tinggi sekitar RM50,000 sebulan.
Hal ini kerana, pekerjaan ini memerlukan softskill yang baik iaitu teknik memujuk, bercakap dan lain-lain.
Bukan mudah untuk closed deal untuk satu-satu aset tau! Jadi gaji tinggi pun sepadanlah dengan kerja dan usaha mereka.
#3. Juruterbang
Pekerjaan gaji tinggi seterusnya adalah kerjaya juruterbang di Malaysia. Seorang juruterbang di Malaysia boleh menerima gaji antara RM5,000 hingga RM15,000 sebulan jika anda bekerja dalam bidang pengangkutan ini.
Kerjaya juruterbang bukanlah satu pekerjaan yang famous semata-mata tetapi tergalasnya satu tanggungjawab yang berat di bahu mereka.
Semasa mengendalikan sesebuah pesawat dalam satu perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain, tanggungjawab mereka untuk memastikan kesemua penumpang pesawat yang mereka terbangkan itu selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Sebarang situasi yang kritikal perlu ditangani dengan cepat dan bijak jika tidak nyawa mereka semua di atas pesawat mungkin tidak dapat dipastikan.
Oleh sebab itu, ia merupakan salah satu kerjaya atau pekerjaan gaji tinggi yang tersenarai di Malaysia.
#4. Peguam
Pendapatan seorang peguam di Malaysia boleh memperoleh antara RM8,000 hingga RM26,000 sebulan.
Pekerjaan yang memerlukan kemahiran bercakap dan mahir dalam sistem perundangan membuatkan gaji seorang peguam tinggi.
Bukan itu sahaja, sebelum bergelar peguam mereka perlu melalui tempoh pengajian. Dari belajar hinggalah ke dunia pekerjaan, tugas mereka bukanlah mudah.
Tugas seorang peguam adalah untuk melindungi hak anak guamnya dan memastikan keadilan dapat ditegakkan.
#5. Chief Executive Officer (CEO)
Pilihan pekerjaan gaji tinggi seterusnya adalah Chief Executive Officer atau singkatannya adalah CEO.
Lihat pada namanya sudah tahu betapa gahnya gaji yang diterima setiap bulan oleh CEO syarikat ini.
Gaji seorang CEO syarikat boleh mencecah antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan lebih tinggi berbanding gaji pekerjaan lain di Malaysia.
Namun, tidak hairanlah jika gaji mereka lebih tinggi kerana tanggungjawab yang mereka pikul sangat berat.
CEO perlu memimpin sesebuah organisasi atau syarikat, bertindak sebagai pembuat keputusan utama syarikat, bertanggungjawab dalam hala kewangan syarikat, merancang strategi untuk mendatangkan keuntungan buat syarikat dan memastikan operasi organisasi atau syarikat yang dipimpin berjalan dengan lancar.
Maka, wajarlah gaji yang diterima mereka tinggi kerana bidang kerja mereka juga adalah sangat berat dan merupakan bidang yang paling sukar.
Kesimpulannya, gaji yang tinggi bukan bermakna makin sedikit tanggungjawab yang mereka pikul tetapi menandakan semakin tinggi tanggungjawab yang digalas mereka.
Walaupun gaji yang tinggi menjadi faktor utama bagi kebanyakan pencari kerja pada masa kini, tetapi jangan dilupa faktor lain seperti work life balance, kepuasan dalam sesuatu pekerjaan dan persekitaran pekerjaan juga memainkan faktor yang penting dalam pemilihan sesuatu pekerjaan.
Oleh itu, lakukan pertimbangan sewajarnya sebelum memilih sesuatu pekerjaan.
Menjadi ejen hartanah tidak hanya memberikan anda peluang untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi tetapi juga menawarkan fleksibiliti dalam kerjaya anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk menukar minat anda dalam hartanah kepada profesion yang menguntungkan. Ambil langkah pertama ke arah kejayaan dan menjadi ejen hartanah bertauliah hari ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]