Versi:EN
Tandakan kalendar anda pada 5 Mei ini kerana temasya sukan dwitahunan yang paling dinanti-nantikan iaitu Sukan SEA 2023 akan bermula!
Berlangsung dari Phnom Penh, Kemboja, kesemua 11 negara Asia Tenggara bakal membuat penampilan dan sudah tentu wakil atlet negara masing-masing akan mempamerkan bakat mereka yang tiada tandingannya di pentas persukanan terbesar Asia Tenggara.
Dengan itu, pasti ada ramai yang bertanya: Siapakah atlet-atlet mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2023? Ia patut diterangkan terdahulu bahawa ramai atlet terkenal seperti Dato’ Azizulhasni Awang dan Dato Pandelela Rinong tidak akan membuat penampilan bagi tujuan untuk memberi sorotan dan pendedahan untuk atlet-atlet muda tanah air.
Senarai kami meliputi wakil kontinjen Malaysia, sama ada terkenal atau wajah baharu, yang terunggul dan juga berpotensi tinggi untuk meraih pingat sama sekali
1. Ziyad Zolkefli 2. Syafiq Puteh 3. Ong Ker Ying 4. Zara Aleesya 5. Lim Kok Leong |
1. Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru)
Muhammad Ziyad bin Zolkefli merupakan seorang atlet lontar peluru paralimpik yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia. Beliau pernah menyertai SEA Games sebanyak 3 kali sebelum ini, memunguti pingat Perak pada 2019 dan Gangsa pada 2017 dan 2021.
Di edisi 2017 temasya World Para Athletics Championship, Ziyad meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 dan mencatatkan rekod baru di kejohanan tersebut.
Beliau juga pernah menyertai Sukan Paralimpik dan meraih tempat ke-6 dalam acara yang sama pada Sukan Paralimpik Rio 2016.
Ziyad dijangka akan menjadi salah satu calon utama untuk meraih pingat emas bagi Malaysia di Sukan SEA 2023.
2. Syafiq Puteh (Terjun)
Penerjun senior yang berusia 27 tahun ini merupakan atlet yang amat konsisten, terutama dalam kepakarannya untuk acara Terjun 3m Springboard.
Antara pencapaian terbesar beliau adalah pemungutan 3 pingat emas di Asian Diving Cup edisi ke-8 untuk acara 1m Springboard, 3m Springboard Synchro dan 3m Synchro Campuran.
Bagi temasya Sukan SEA pula, beliau boleh dianggap sebagai seorang veteran dengan kemenangannya yang merangkumi 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak, salah satu daripada pingat emasnya dimenang sebaru saja pada edisi 2021.
3. Ong Ker Ying (Terjun)
Ker Ying Ong ialah seorang penerjun berkeupayaan luar biasa yang sebelum ini telah mengukir namanya dalam warisan kejohanan Sukan SEA.
Matlamat beliau untuk meraih pingat emas di Sukan SEA 2023 di sebalik kemenangan emas tunggalnya pada Sukan SEA 2021 sedang dicabar oleh jangkitan mata serta tekanan berpunca dari jangkaan bahawa beliau harus kekalkan kesinambungan kemenangan pingat emas yang kini masih dipegang oleh pasangannya, Ng Yan Yee, sejak edisi lepas.
Namun begitu, beliau tetap bertekad dan berusaha untuk menarik perhatian rakyat Malaysia dan kami juga saling mendorongya pada setiap langkah dan terjunan!
4. Zara Aleesya (Finswimming)
Kini kami tiba di wakil atlet yang paling istimewa dalam senarai ini. Zara Aleesya merupakan perenang yang bakal bersaing dalam acara Finswimming, bermakna beliau akan memakai peralatan yang berupa sirip ikan Duyung. Lebih-lebih lagi, Zara Aleesya hanya berusia 11 tahun!
Digelar sebagai ‘The Little Mermaid‘ oleh kerana umur muda dan keserupaan beliau dengan ikan Duyung, Zara Aleesya lebih dari mampu untuk bertarung dengan para perenang dewasa yang bakal ditemui di Sukan SEA 2023 kelak nanti.
Sudah tentu beliau akan berasa sedikit gentar (peringatan: beliau masih 11 tahun!), jadi marilah kami bersama-sama beri sepenuh sokongan kepada adik Zara Aleesya!
5. Lim Kok Leong (Biliard)
Bagi peminat snuker tanah air, sudah tentu tiada nama yang lebih dihormati serta, jikalau dari sudut pandangan lawan, digeruni daripada Lim Kok Leong.
Beliau merupakan satu-satunya pemegang kejuaraan yang sangat berprestij dalam dunia permainan biliard iaitu ISBF World Amateur Snooker Championship yang sebelum ini pernah dijuarai oleh lagenda-lagenda seperti Jimmy White, Stuart Bingham dan James Wattana.
Selain itu, beliau juga turut menguasai di temasya Sukan SEA sebelum ini. Beliau meraih 1 pingat emas pada edisi 2019 di Filipina dan 2 pingat, emas dan perak, pada edisi seterusnya di Vietnam.
Hanya berusia 27 tahun, Lim Kok Leong merupakan atlet harapan kami untuk membawa pulang pingat emas dalam pelbagai acara biliard meskipun potensi beliau hanya baru bermula menonjol. Mungkin dalam beberapa tahun lagi, beliau akan dikenali sebagai legenda Sukan SEA mahupun juara dunia tahap professional.
Jadilah sebahagian daripada pasukan IQI Global, kumpulan proptech hartanah yang berjaya membuat & menawarkan transaksi hartanah tempatan dan global. Bergabunglah dengan 30,000 ejen kami hari ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]