Jikalau 31 Ogos setiap tahun, Hari Kemerdekaan disambut meriah dengan bunga api dan perarakan Merdeka.
Bagaimana pula pada Hari Malaysia, 16 September?
Sebelum kita mengulas lebih lanjut tentang sambutan Hari Malaysia, jom belajar tentang sejarah Hari Malaysia.
1. Sejarah Hari Malaysia
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di mana Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura menyertai Tanah Melayu, bagi membentuk Malaysia.
Namun disebabkan salah faham antara pemimpin dari kerajaan dan pihak berkuasa Singapura, mereka membuat keputusan untuk meninggalkan Kesatuan pada 6 Ogos 1965. Lantas membentuk sebuah negara berasingan iaitu Singapura.
Pada tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia.
Sejak dari itu, rakyat Malaysia akan meraikan Hari Malaysia untuk memastikan perpaduan rakyat Malaysia dipelihara. Serta membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan anak muda.
2. Perbezaan Antara Hari Merdeka dan Hari Malaysia
Peristiwa | Tarikh | Sejarah |
Hari Merdeka | 31 Ogos 1957 | Memperingati kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, menandakan negara bebas daripada jajahan British. |
Hari Malaysia | 16 September 1963 | Memperingati bergabungnya Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura menjadi sebuah negara baru bernama Malaysia. |
Adakah anda nampak perbezaan antara dua peristiwa ini?
Sekarang, apa pula perbezaan sambutan antara dua peristiwa ini? Jom ketahuinya!
3. Keretapi Sarong
Selain sambutan hari Merdeka, Hari Malaysia juga tidak kalah meriah juga! Antara acara tahunan yang terkenal bagi sambutan Hari Malaysia ialah Keretapi Sarong.
Sumber: Locco (instagram)
Keretapi Sarong merupakan program “flash mob” di mana orang ramai berkumpul meraikan Hari Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan kereta api awam seperti MRT, KTM, ERL dan melalui satu set laluan terpilih sambil mengenakan pakaian Sarong.
Pemilihan Sarong sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
4. Tema Keretapi Sarong Tahun 2023
Sumber: Locco (instagram)
Menjadi kebiasaan setiap tahun, untuk menetapkan tema.
Tahun lepas tema yang dipilih ialah Retro, dan seperti yang didedahkan oleh Locco (penganjur) di media sosial mereka, tema untuk tahun ini ialah Etnik.
5. Aktiviti yang Dilakukan Sepanjang Acara Keretapi Sarong
Sumber: SurgaRoute
Dalam perjalanan menaiki kereta api, orang ramai akan menyanyi lagu-lagu tradisional bersama-sama seperti Rasa Sayang, Can Mali Can, dan banyak lagi dengan bersemangat dari koc pertama hingga yang terakhir.
@athirahmedan_ Selamat Hari Malaysia! #KeretapiSarong22 ♬ Dikir Barat (Kelantan) – Kumpulan Kijang Emas
Setibanya ke destinasi rahsia, mereka akan dihiburkan dengan persembahan di pentas dan beberapa aktiviti tradisional lain seperti nyanyian lagu rakyat, Joget Lambak serta permainan tradisional.
Anda boleh belajar Joget Lambak di situ dan menari bersama-sama dengan orang ramai.
View this post on Instagram
Selain dari itu, aktiviti lain juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana.
Antaranya, pertandingan peragaan busana, Pertandingan (Best Photo, Best Video), Pameran, Jualan Produk, Persembahan kesenian dan banyak lagi!
6. Antara Penginapan Terdekat di Sekitar Perkhidmatan Keretapi LRT dan MRT
1. TR Residence
~ 4 minit menaiki kenderaan
~ 15 minit berjalan kaki
2. Parc 3 @ Cheras
~ 5 minit menaiki kenderaan
~ 8 minit berjalan kaki
3. Sunway Nexis
~ 4 minit menaiki kenderaan
~ 3 minit berjalan kaki
4. Ceylonz Suites
~ 9 minit menaiki kenderaan
~ 14 minit berjalan kaki
Jadi sebagai rakyat Malaysia yang terbilang, marilah bersama-sama terus memeriahkan setiap peristiwa yang wujud dan memberi contoh yang baik buat generasi baharu sebagai pelapis masa yang akan datang.
Ingin membeli rumah pertama anda? Rujuk dengan profesional kami yang akan membantu anda dari A hingga Z! Tinggalkan butiran anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]