Bantuan eMADANI untuk rakyat Malaysia iaitu bantuan berbentuk e-wallet akan dibuka mulai pada Isnin 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-wallet pilihan pengguna.
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah program ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 ini. Ia boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-wallet yang terpilih.
Jadi siapakah yang layak untuk menerima bantuan eMadani ini? Sudah tentu ramai yang mahukan bantuan RM100 e-wallet ini.
Mari lihat dibawah untuk menyemak syarat kelayakkan bantuan eMadani.
Konten
Siapakah yang layak menerima kredit eMADANI ini? Cara Permohonan & Penebusan eMadani Cara menggunakan kredit eMadani RM100? |
Siapakah yang layak menerima kredit eMADANI ini?
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Bilakah Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan eMadani ini?
Tarikh pendaftaran dan penebusan adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023
Cara Permohonan & Penebusan eMadani
Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet RM100 eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-wallet pilihan pengguna iaitu:
- ShopeePay
- MAE
- Touch n Go
- Setel
Jumlah credit wallet RM100 ini boleh dimanfaatkan daripada penyedia e-wallet seperti di atas sahaja dan hendaklah dibelanjakan dalam tempoh yang sah. Pengguna boleh membelanjakan secara fizikal sahaja sehingga tarikh 20 Februari 2024.
Pengguna hanya perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer'(eKYC) dengan penyedia e-wallet yang anda pilih sebelum membuat permohonan dan penebusan kredit eMADANI.
Cara Verifikasi eWallet
Untuk proses verifikasi bagi pengguna baharu eWallet adalah perlu dilakukan dengan penyedia eWallet yang berkaitan.
Langkah 1: Muat turun aplikasi ewallet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2 : Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi ewallet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-wallet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Dimaklumkan juga, penerima yang layak hanya boleh membuat tuntutan kredit eMADANI hanya pada satu penyedia eWallet sahaja daripada 4 yang diatas.
Oleh itu, anda perlu merujuk aplikasi eWallet anda berkenaan cara penebusan kredit RM100.
Bagaimana anda boleh menggunakan kredit eMadani RM100?
Pemberian kredit eTunai RM100 eMADANI ini hanya boleh dilakukan dalam urusan transaksi secara fizikal sahaja bagi 1.8 juta peruncit/pemilik perniagaan melalui eWallet pilihan pengguna,kecuali :
- Pemindahan ‘peer–to–peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Lihat disini barang berpatutan di shopee untuk dekorasi rumah estetik.
Baca selanjutnya di “10 Barang Deko Ruang Tamu Yang Estetik Dan Murah Di Shopee!“
Penyedia e-Wallet eMadani RM100
1. ShopeePay
Shopee Pay adalah fitur layanan dompet dan uang elektronik yang berfungsi sebagai metode pembayaran dan untuk menyimpan pengembalian dana.
2. MAE
MAE merupakan e-wallet yang ditawarkan oleh Maybank melalui perkhidmatan perbankan onlinenya, Maybank2u²
3.Touch n Go eWallet
Touch ‘n Go eWallet merupakan wallet elektronik yang mengandungi wang elektronik (e-wang).
4.Setel
Setel merupakan sebuah sistem pembayaran mudah alih yang membolehkan anda untuk membuat pembelian petrol di stesen Petronas terpilih.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ)
Untuk maklumat lanjut tentang eTunai RM100 Madani ini, sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan di bawah:
Program ini akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia hasil tawaran kredit eMADANI yang berjumlah RM100 yang mana para pengguna boleh guna sebagai pembelian fizikal berdasarkan penyedia perkhidmatan e-wallet yang terpilih.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini (Shopee Customer Service Team)
- MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
- Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini (Submit a request – Touch ‘n Go eWallet Help Centre (tngdigital.com.my)
- Setel: Emel ke hello@setel.com atau Klik di sini (Setel Help)
SOALAN LAZIM (FAQ)
Anda boleh melawat laman web kerajaan di e-Madani | Portal Manfaat (mof.gov.my) untuk maklumat lanjut.
Masih keliru untuk melabur dalam hartanah Malaysia? Tidak perlu risau, IQI mempunyai beberapa profesional hartanah yang bersedia membantu anda menyelesaikan kekeliruan anda. Hantarkan maklumat anda di bawah untuk berhubung dengan pakar hari ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]