Ingin mengubah haluan kerjaya anda atau mencari pekerjaan baharu?
Inginkan pendapatan sampingan yang lumayan?
Jangan risau, kami telah sertakan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk menjadi ejen hartanah (REN) di Malaysia!
5 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah! |
1. Adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah?
Tepuk dada, tanya selera. Adakah anda seorang yang sentiasa bersemangat untuk membantu orang lain mencapai impian mereka?
Apabila bekerja dalam sektor perkhidmatan, anda harus tahu bahawa ramai orang akan bergantung kepada anda untuk menyelesaikan permasalahan mereka tentang jual beli hartanah.
Jadi, semangat untuk membantu orang lain adalah sangat penting!
Ada sesetengah orang, pada awalnya tidak meminati sesuatu pekerjaan, tapi lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri. Yang penting anda mempunyai keinginan untuk belajar!
Pada akhirnya, anda pasti mendapati semuanya berbaloi apabila anda melihat pelanggan anda gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan anda.
Selain itu, anda dapat melawat dan menjual hartanah yang cantik-cantik, serta bekerja dalam industri yang menghargai segala usaha dan penat jerih anda. Selain itu, hasil yang anda akan dapat juga lumayan!
Berminat untuk jadi perunding hartanah dengan IQI?
Anda boleh dapatkan latihan PERCUMA setiap minggu. Klik di sini untuk mulakan kerjaya ejen hartanah anda sekarang!
2. Apakah kelebihan jadi Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah?
1. Jadual yang fleksibel
Ejen hartanah boleh memilih waktu dan jadual kerja mereka sendiri supaya mereka lebih efisien. Walaupun masa fleksibel, anda harus tampilkan diri apabila perlu.
2. Komisen yang tiada had
Semakin tinggi usaha seseorang ejen hartanah itu, semakin banyaklah komisen yang mereka boleh perolehi.
3. ‘Networking’ dengan banyak pihak
Ejen hartanah biasanya akan selalu berhubung dengan pengurus bank dan guaman. Hampir setiap minggu anda akan menerima mesej melalui Whatsapp, panggilan telefon dan pemberitahuan media sosial. Harus sentiasa bersedia ya!
4. Ilmu dan pengalaman berharga
Apabila ejen sudah berada dalam industri ini untuk tempoh yang lama, secara automatiknya ejen akan sedar tentang pembangunan setempat, isu kewangan, isu undang-undang tanah, hal pusaka, insolvensi kes muflis dan sebagainya.
5. Cabang yang besar
Industri hartanah sangat besar. Anda perlu pilih agensi hartanah yang akan sentiasa menyokong kerjaya dan pembangunan diri anda. Dan kami di IQI, sebagai agensi hartanah terkemuka di Malaysia, sentiasa membuka peluang untuk anda meningkatkan potensi anda dengan kami.
3. Meninjau agensi hartanah yang anda minat
Bagaimanakah nak pilih agensi hartanah yang terbaik untuk anda?
1. Sistem Komisen
Sebelum membuat pilihan, fahamkan sistem komisen syarikat itu, seperti tempoh pembayarannya ataupun adakah syarikat tersebut akan memotong komisen tanpa sebab dan sebagainya.
2. Latihan
Agensi yang sediakan kursus dan latihan kepada ejen hartanah. Di agensi hartanah antarabangsa IQI, kami menyediakan kursus dan latihan PERCUMA kepada ejen-ejen IQI pada setiap minggu.
3. Suasana Positif
Apabila anda menemui syarikat yang mempunyai suasana positif dan persekitaran menarik, ia dapat mendorong ejen hartanah untuk mencabar diri mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik.
Ingat, jangan hanya memilih syarikat tanpa melakukan penyelidikan, termasuk dalam talian dan luar talian. Pastikan agensi hartanah yang anda pilih berkredibiliti dan dipercayai. Semak dahulu agensi tersebut di laman web Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.
4. Apakah kursus dan latihan yang perlu dilakukan untuk menjadi Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah?
Perunding Hartanah ataupun Ejen Hartanah wajib berdaftar dengan agensi dan mempunyai nombor tag, contohnya seperti ‘REN 17585.’
Bagaimanakah anda boleh mendapatkan tag tersebut? Anda tahu apakah kursus yang anda perlu ambil?
Kursus Persijilan Perunding (Negotiator Certification Course) oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, pernah dengar?
Kursus Ejen Hartanah [year]
Pada 29 Mei 2014, Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (BOVAEA) telah memutuskan untuk menyeragamkan modul kursus dua hari untuk pelaksanaan perakuan perunding, di mana sesiapa yang berminat akan diminta untuk memperakui dengan Lembaga Pengarah untuk menjalankan transaksi harta tanah. Di Malaysia, anda wajib mengikuti kursus yang dijalankan selama dua hari ini.
Perunding Hartanah perlu lulus Kursus Persijilan Perunding (Negotiator Certification Course) oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.
Dalam kursus tersebut, anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.
Ini adalah sebahagian daripada usaha BOVAEA untuk meningkatkan profesionalisme dalam industri dan menyingkirkan broker haram.
Konklusinya…
Tujuan artikel ini bukan untuk menakutkan mereka yang mempunyai minat terhadap dunia hartanah, tetapi untuk menawarkan perspektif yang jujur.
Kehidupan perunding hartanah boleh menjadi sukar, tetapi juga boleh menjadi kerjaya yang sangat berpotensi jika anda seorang yang bermotivasi tinggi, rajin, jujur, dan suka menolong orang.
Apa lagi? Jom sertai IQI!
Berminat untuk menjadi seorang perunding hartanah (REN)? Kami di IQI akan membantu anda untuk meningkatkan potensi diri anda dalam industri hartanah. Dapatkan pengalaman yang paling berharga apabila anda sertai kami.
Isikan borang di bawah dan tunggu panggilan dari kami!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]