Ekoran 2021 iaitu zaman era teknologi, mungkin ada beberapa jenis kerjaya mungkin tidak diperlukan lagi atau kurangnya sambutan. Sedikit sebanyak ini akan menyukarkan para individu kedalam alam pekerjaan.
Jadi sekarang kepada mereka yang ingin membuat pemilihan, ini adalah 5 pilihan kerjaya yang mendapat permintaan tinggi khususnya di Malaysia pada 2021.
1. Penganalisis dan Saintis Data
Pekerjaan ini dijangkan mendapat permintaan tinggi daripada majikan kerana banyak syarikat yang akan memperluaskan analisis data besar pengguna dan entiti menjelang 2020.
Dari permulaan abad 21 hingga kini, sains data dilihat sebagai salah satu kerjaya paling hangat di dunia.
Dunia menghasilkan lebih banyak data setiap hari yang perlu dikumpulkan dan dianalisis oleh Para Ahli Data untuk beberapa kegunaan produktif.
2. Ejen Hartanah
Semua orang memerlukan sebuah rumah atau hartanah, tidak kiri 10 tahun lepas dan 10 tahun yang akan datang.
Sebagai ejen hartanah, lumayan pendapatannya.
Bayangkan sekali jual rumah, berapa ribu boleh dapat. Jualan satu rumah sudah cukup untuk menikmati hasilnya selama 3 bulan. Tak semestinya sudah berumur, muda pun boleh jadi ejen hartanah.
3. Digital Marketing
Perkembangan teknologi yang sangat pesat menuntut beberapa jenis pekerjaan harus dilakukan dengan media digital.
Kerjaya seorang digital marketing dimanfaatkan untuk membantu pemasaran produk, usaha atau syarikat secara digital ataupun teknologi internet yang berkembang saat ini.
Di zaman media sosial, teknologi komunikasi yang digunakan hampir seluruh manusia di dunia, seorang digital marketer harus aktif dalamnya – selain untuk mempelajari perilaku pangsa pasar, juga untuk mencari peluang yang baik untuk memasarkan produk.
4. Akauntan
Setiap syarikat pastinya ada bahagian bagi menguruskan kewangan dan pekerjaan ini telah mendapat permintaan yang tinggi sejak daripada tahun 2015!
Mengikut Statistik Biro Buruh A.S., pertumbuhan pekerjaan untuk akauntan diunjurkan pada 10 peratus untuk dekad yang berakhir pada tahun 2026.
5. Pereka Grafik
Tahun 2020, pastinya setiap syarikat memerlukan pereka grafik bagi menghasilkan bahan pemasaran.
Secara kesimpulannya, hasil kerja pereka grafik serta tugas mereka perlulah dihargai kerana merekalah yang mereka semua bahan komunikasi bermutu tinggi yang ada pada sekeliling anda.
Tanpa semua bahan tersebut, keadaan akan makin susah kerana tiada mesej disampaikan untuk pengetahuan umum.
Tujuan artikel ini bukan untuk menakutkan mereka yang mempunyai minat tetapi menawarkan perspektif yang jujur.
Adakah anda berminat untuk menjadi seorang perunding hartanah? Ambil peluang ini dan sertai kami di IQI!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]