Dalam zaman yang proaktif, setiap yang kita lakukan perlu perancangan yang teliti agar kita dapat pandu diri kita kehadapan dan capai impian kita. Termasuklah perancangan karier seseorang.
Perancangan karier merupakan satu aktiviti yang bagus untuk dilaksanakan. Bila dilakukan dengan teratur dan kemas, mereka mampu susun atur pergerakan karier mereka dan capai pangkat tinggi pada umur yang muda.
Walaupun begitu, ramai yang tidak berani dan takut untuk rancang karier mereka kerana dengan kenaikan pangkat maksudnya lebih banyak tanggungjawab dan kerja. Tapi kami ingin memberitahu anda yang perancangan karier bukan sesuatu yang anda perlu risaukan, malah ia bagus untuk kita – masa depan kita.
Antara cara-cara untuk merancang karier anda adalah dengan buat masa, nyatakan minat, keperluan & keinginan, catat pencapaian & fikir bagaimana untuk naiktaraf, tetapkan matlamat karier anda, dan pertimbangkan faktor lain.
Oleh itu, ayuh kita mendalami 4 tips untuk merancang karier anda!
1. Buat masa
Ramai orang kata yang kita perlu ‘cari masa’. Tapi untuk perbetulkan kenyataan itu kita perlu ‘buat masa’. Kenapa buat masa dan bukan cari masa? Ni kerana setiap orang punyai masa yang sama 24 jam sehari.
Tapi hanya mereka yang proaktif akan selitkan masa mereka untuk orang yang tersayang, minat mereka, hobi mereka dan mesyuarat-mesyuarat yang mereka ada.
Kalau anda perlu cari masa sebagai orang yang sentiasa sibuk, anda memang tidak akan masa yang lapang. Oleh itu, anda perlu buat masa di antara kesibukan yang anda alami. Selit 30 minit untuk rancang karier anda dalam jadual yang sibuk sudah cukup untuk anda fikirkan next game plan.
2. Nyatakan minat, keperluan dan keinginan
Sediakan sebuah senarai dan nyatakan minat, keperluan dan keinginan untuk rancang karier anda. Jangan lupa untuk fokus lebih pada keperluan dan bila ada kelebihan baru boleh melihat keinginan.
Lebih baik simpan untuk masa akan datang dari berbelanja awal dan hilang segalanya pada masa hadapan.
Jadi, kenapa anda perlu nyatakan minat anda? Ini kerana minat anda akan dorong anda untuk berusaha lebih demi mencapai matlamat karier anda. Love what you do, do what you love.
Apabila anda sudah senaraikan dan nyatakan minat, keperluan, dan keinginan anda, ia menjadi lebih mudah untuk anda tetapkan sasaran anda pada masa akan datang – setahun dan lebih. Sentiasa ingat untuk dahulukan keinginan, kemudiannya keperluan.
💡 Baca juga;
Menjadi usahawan berjaya tahun 2021 dengan 3 tips 💪🏽
Pembantu ejen harta tanah (REN) sebagai karier profesional 👨🏻💼
3. Catat pencapaian anda, dan fikir bagaimana untuk naiktaraf
Kita patut berbangga dengan pencapaian kita, tapi jangan kita berpuas hati dengan pencapaian tu kerana banyak lagi yang boleh kita terokai untuk jadi lebih baik dari dahulu.
Tujuan kita mencatat pencapaian kita adalah untuk memaklum majikan kelayakan kita untuk dinaikkan pangkat atau diberi penghargaan. Selain itu, dengan pencapaian kita yang dicatat, mudah untuk kita mencari majikan baharu, lonjak tangga karier kita, dan rancang karier kita untuk masa akan datang.
Jadi, bagaimana untuk naiktaraf diri kita dan capai lebih lagi? Antaranya dengan perhatikan orang sekeliling kita dan pelajari ilmu baharu dari orang yang lebih berilmu. Selain dari itu, buat penyelidikan mengenai kerja yang kita lakukan, dengan itu kita boleh tahu area mana untuk naiktaraf.
4. Tetapkan matlamat karier
Apabila kita dah jumpa minat kita dan kita memang bertekad untuk lakukan yang terbaik dalam karier ni, kita kena ada matlamat tahap mana yang kita ingini tidak lama lagi. Adakah kita akan menjadi seseorang yang berpangkat rendah sehingga bila-bila? Semestinya kita mahu menjadi seorang bos dan merangkul pangkat yang memberi gaji lumayan.
Seperti mana kita mulakan hidup kita, semakin kita meningkat usia, pastinya kita ingin menambah komitment kita. Dan cara untuk berbuat begitu adalah dengan menerima kewangan yang lebih besar. Jadi dengan menetapkan matlamat karier kita, kita boleh usaha untuk capai peringkat itu.
5. Pertimbangkan faktor lain
Anda harus mempertimbangkan faktor di luar pilihan peribadi ketika merancang karier anda. Apakah permintaan semasa untuk bidang ini? Sekiranya permintaan rendah atau masuk sukar, adakah anda selesa dengan risiko? Apa kelayakan yang diperlukan untuk memasuki bidang ini? Adakah ia memerlukan pendidikan atau latihan tambahan? Kumpulkan nasihat daripada rakan, rakan sekerja, dan ahli keluarga. Pertimbangkan kemungkinan hasil dan halangan untuk setiap pilihan terakhir anda.
Mulakan dari sekarang untuk rancang karier anda dan kalau anda tidak terfikir, ambil masa ini untuk rancang karier anda. Tidak terlambat lagi untuk anda ketahui hala tuju dalam karier anda.
Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!
Berminat untuk mencari karier yang boleh anda rancang untuk masa depan anda?
Mencari karier yang anda boleh pelajari ilmu baharu dan menjadi bos sendiri? IQI jawapan yang anda cari!
Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]