Mencapai puncak pasaran hartanah adalah matlamat setiap REN yang ingin berjaya dalam industri. Sepanjang perjalanan, ada rintangan dan cabaran yang harus diatasi, dan kebanyakan REN mempunyai mentor dari agensi mereka yang dapat membimbing mereka sepanjang perjalanan. Tapi apa tips sales yang seorang REN boleh dapat untuk tingkatkan penjualan mereka?
6 tips sales ini hanya satu bahagian dari keseluruhan yang perlu dipertimbangkan oleh REN untuk memajukan kerjaya dan memajukan perniagaan mereka, mereka harus tingkatkan ilmu mereka serta daya untuk membantu pelanggan mereka.
Jadi, sebagai seorang REN, mestilah anda mahu menawan hati pelanggan dan menjana lebih pendapatan untuk diri anda serta ahli keluarga. Bagaimana cara yang terbaik untuk cipta sales yang lebih tinggi?
Kami ingin kongsikan beberapa tips penting yang anda sebagai REN harus pertimbangkan apabila melakukan promosi, pemasaran, dan panggilan kepada pelanggan anda.
Dengan beberapa tips ni, kami harap anda juga mampu melakar nama anda di antara mereka yang terhebat di dalam industri dan selamat maju jaya!
1. Jangan terlalu hardsell
Cuba bayangkan kalau anda sebagai pelanggan dan sentiasa dipaksa untuk membeli. Anda pun pasti tidak mahu berada dalam situasi tersebut. Jadi tips sales REN pertama adalah jangan hardsell.
Dengan erti kata lain, cara promosi, pemasaran dan panggilan anda harus dengan cara yang lembut dan tidak memaksa. Sebagai seorang REN, tugas anda adalah untuk bantu pelanggan anda buat keputusan yang terbaik demi pelaburan masa hadapan mereka – permudahkan urusan mereka dan ahli keluarga.
Sebagai contoh, posting media sosial anda boleh pelabgai. Menceritakan mengenai kebaikan punyai pelaburan hartanah, bagaimana cara untuk kumpul modal rumah pertama, atau mana yang sesuai untuk sesiapa yang mencari rumah pertama.
Melalui cara yang tidak melulu, pelanggan akan lebih selesa berinteraksi dengan anda kerana anda menjual lebih lagi dari hartanah – anda menjual kebaikan masa hadapan.
2. Kerja keras dan ikhlas
Seperti kerjaya lain, tips sales REN juga berkait rapat dengan kerja keras dan keikhlasan. Kerana dua kunci kejayaan adalah dengan bekerja keras dan secara ikhlas! Jangan berpura-pura mengetahui semua jawapan apabila anda tidak, kerana dalam industri hartanah, aset terbaik anda adalah reputasi anda.
Seeloknya anda memberitahu jawapan yang ikhlas kepada pelanggan anda dan jikalau anda tidak tahu, bertanya kepada mentor anda.
Pastikan pelanggan anda mendapat jawapan yang ikhlas, dan bertindak dengan pantas.
3. Terapkan nilai dalam penjualan
Perniagaan berdasarkan masa hadapan seperti hartanah, insurans, dan simpanan perlukan pendekatan yang berlainan. Jadi sebagai seorang REN, anda perlu terapkan nilai dalam penjualan.
Pelaburan hartanah bukan sesuatu pelaburan yang murah, jadi pelanggan perlukan kepastian dalam pelaburan mereka. Jadi, biar pelanggan tahu kebaikan yang mereka akan terima apabila melabur dalam hartanah.
Apabila menyentuh hati atau soft spot para pelanggan, ianya akan memudahkan anda untuk menawan hati pelanggan untuk mereka berbelanja.
Antara soft spot yang boleh anda terapkan adalah aset untuk ahli keluarga.
Seorang REN memerlukan ilmu-ilmu ini untuk menakluki industri hartanah!
Boleh baca selanjutnya di sini! 📚
👉 5 Ilmu Wajib Seorang Pembantu Ejen Harta Tanah (REN) Perlu Ada! 👈
4. Sentiasa bersedia untuk bantu
Sekiranya anda bersedia membantu orang melalui pengetahuan, kemahiran atau kepakaran, anda akan menjadi yang pertama dalam fikiran mereka sewaktu memerlukan perkhidmatan profesional atau sebagai rujukan.
Reputasi anda dibina berdasarkan perkara yang anda lakukan, bukan dengan apa yang anda katakan.
Jadi untuk tips sales REN ini, dengan berkongsi ilmu dan pendapat, anda sebagai seorang REN dapat meningkatkan reputasi anda dan lebih ramai orang akan bekerja dengan anda.
5. Dengar dan perbaiki diri
Salah satu cara untuk tingkatkan mutu kerjaya anda dan meningkatkan sales anda adalah dengan ketahui kemahiran mana yang anda perlu tingatkan. Erti kata lain, setiap orang akan lalui saat di mana mereka akan pelajari benda baru dan beoleh digunakan di dalam kerjaya mereka.
Komen dari rakan kerja, mentor atau pelanggan boleh diambil secara positif untuk anda tingkatkan mutu perniagaan anda dan gunakan pada masa hadapan.
Selain itu, menjadi pendengar yang baik adalah kunci kejayaan penjualan. Mendengar menunjukkan anda peduli mengenai persoalan dan kehendak seseorang. Dari pendengaran itu sahaja, ianya dapat bantu anda merangka penyelesaian.
6. Sifat empati
Kebanyakan latihan mengenai penjualan adalah mengenai mendapatkan “prospek” untuk melakukan apa yang kita perlukan – tandatangan kontrak, dapatkan jualan.
Tetapi itu bukan tugas anda sahaja, REN merupakan fidusiari, jadi tanggungjawab utama anda adalah melayan pelanggan. Apabila anda fokus hanya pada kejayaan anda dan bukan kebaikan pelanggan, ia akan menunjukkan belang anda sebagai seorang usahawan.
Ini menjatuhkan kepercayaan. Apabila anda membantu dengan pemikiran untuk menolong mereka mencapai matlamat mereka, anda bina kepercayaan. Untuk tips sales REN ini, anda harus wujudkan sifat empati, fahamkan pelanggan dan kejayaan akan menyusul!
Kami berharap dengan mengamalkan 6 tips sales ini, anda juga dapat melakarkan senyuman pada wajah pelanggan anda dan menjadi REN yang hebat dalam industri hartanah! Di IQI Global, kami menyediakan latihan percuma dan punyai ramai REN yang berpengalaman untuk bantu anda dalam kerjaya anda!
Kalau anda berminat untuk jadi seorang REN, sekarang masanya! Dengan hanya RM188 (harga asal RM460), anda juga boleh capai kejayaan dengan team IQI Global yang bertaraf antarabangsa!
Jangan tunggu lama, masa sangat suntuk! Bertindak sekarang! Isi nama anda di bawah dan kami akan hubungi anda!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]