Iya, soalan yang sering kali menghantui para pencari kerja. Mana tidak, di zaman yang sangat kompetitif ini, sijil dan ijazah telah banyak dikeluarkan dari pelbagai bidang pendidikan, dan banyak pekerjaan yang memerlukan ijazah. Ia tidak ganjil untuk seseorang untuk tertanya-tanya bahawa syarat-syarat menjadi perunding hartanah memerlukan kelayakan tersebut juga.
Setiap orang melalui fasa yang berbeza dalam kehidupan. Mungkin ada di antara anda yang telah mempelajari sesuatu selama bertahun-tahun dan akhirnya menyedari bahawa anda ingin melakukan sesuatu perkara yang lain. Ini adalah perkara biasa kerana tidak semua yang dirancang akan menjadi dan dengan itu pentinglah untuk kita meneroka pelbagai ilmu dan pilihan tambahan.
Katakan seseorang bekerja sebagai akauntan selama 10 tahun, tetapi tiba-tiba mendapati diri mereka dahagakan sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang baru.
Dan katakanlah “sesuatu” yang baru itu adalah pekerjaan yang melibatkan industri hartanah. Adakah mereka boleh melakukannya?
Jawapan yang tepat adalah, YA – sudah tentu mereka boleh!
Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui.
1. Syarat Kelayakan2. Perbezaan Antara Perunding dan Ejen Hartanah3. Ijazah yang Boleh Meningkatkan Kefasihan |
Kelayakan menjadi Ejen Hartanah (Di Malaysia)
- Merupakan penduduk / permastautin tetap Malaysia.
- Mesti memiliki sijil SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kelulusan dan 3 daripadanya adalah kredit.
- Mesti berumur 17 tahun dan ke atas.
- Satu atau lebih daripada kredit mestilah dari subjek Sains, Matematik, Perdagangan atau Perakaunan.
Mengetahui perbezaan di antara Ejen Hartanah (REA) dan Perunding Hartanah (REN)
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat perbezaan di antara ejen hartanah (REA) dan perunding hartanah (REN).
“Walaupun Individu Perunding Hartanah (REN) bekerjasama dengan Ejen Hartanah (REA), mereka tetap tidak mempunyai kelayakan dan pentauliahan penuh seperti Ejen Hartanah (REA). Walaupun begitu, Perunding Hartanah (REN) masih diberi kredit dengan cara mereka tersendiri dan mesti berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penilai hartanah, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (BOVAEA).”
Untuk bekerja di bidang ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Menghadiri kursus hartanah selama dua hari dan mendapatkan sijil kehadiran kursus tersebut.
- Mencari pekerjaan dengan firma hartanah di bawah ‘Kontrak Perkhidmatan’ atau ‘Kontrak untuk Perkhidmatan’.
Untuk menjadi Ejen Hartanah (REA), anda mestilah melalui perkara berikut:
- Menghadiri diploma selama dua tahun di Estate Agency.
- Dilatih selama dua tahun dibawah pengawasan Ejen Hartanah (REA) yang berkelayakan penuh.
- Menghantar log karya anda ke BOVEA untuk penilaian dan kelulusan mereka.
Ijazah yang Berguna di Dunia Hartanah
Kami faham bahawa jalan untuk memilih kerjaya bukanlah satu pilihan yang mudah kerana tidak semua orang mengetahui apa yang mereka minat dari kecil bahkan mereka yang berada di usia dewasa juga masih tercari-cari apa impian yang ingin dikejar.
Dengan itu, jika anda adalah seorang pelajar yang sedang membaca artikel ini, dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menceburi bidang seni hartanah dan menjadi perunding hartanah, berikut adalah beberapa ijazah yang relevan dan sangat berguna bagi anda untuk memulakan perjalanan anda!
- Pengurusan Sumber Manusia
Mengurus dan berurusan dengan orang adalah tugas utama dalam hartanah, jadi ia jelas mengapa ijazah sumber manusia disenaraikan dalam ni.
Ijazah ini juga menekankan betapa pentingnya kepelbagaian dan budaya, iaitu sesuatu yang anda akan berhadapan dengan apabila menjadi ejen/ perunding hartanah.
- Psikologi
Psikologi mengajar anda untuk mendalami jiwa dan sifat serta tingkah laku manusia. Ijazah ini adalah sangat bermanfaat kerana dapat membantu anda untuk memahami pelanggan anda dengan lebih baik.
Ia boleh menjadikan anda seorang ejen yang sangat diingini di kalangan pelangan anda kerana sifat anda yang mampu memahami dan berhubungan dengan mereka akan membuat pelanggan anda merasa lebih selesa bersama anda.
- Keusahawanan
Ijazah keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada perniagaan akan tetapi juga melibatkan urusan jual beli dan hubungan sesama manusia. Untuk menjadi peniaga yang baik, anda perlu memiliki ketiga-tiga sifat ini agar orang ramai akan lebih tertarik kepada produk atau perkhidmatan anda.
Sebagai ejen hartanah / perunding, perkhidmatan merupakan produk anda. Apa yang menentukan sama ada anda dapat menunjukan nilai produk tersebut kepada orang lain adalah dengan sejauh mana anda menunjukkan semangat keusahawanan anda!
Bersedia untuk mengambil peluang untuk meneruskan karier anda sebagai perunding hartanah? Sertai kami! Kami memberikan banyak faedah dengan bahan pembelajaran dan latihan yang bermanfaat! Jadilah REN IQI hari ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]