Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai anak muda Malaysia kini sudah bermanja dengan dunia seorang usahawan. Cita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan dan menjana pendapatan yang lebih. Tapi ada juga dikalangan yang masih ragu-ragu dan tidak ingin menceburi bidang ni – takut kerugian.
Rugi itu pasti tapi boleh diminimakan dengan cara yang betul. Tapi pertama sekali sebagai usahawan yang berjaya, kita perlu ada mentaliti yang berjaya! Buang segala pemikiran negatif dan gantikan dengan aura positif.
Ingin menjadi usahawan yang berjaya? Kami kongsikan kepada anda 5 mentaliti usahawan yang berjaya untuk anda mulakan HARI INI!
1. Tidak mudah mengalah
Ada masanya kita akan jatuh, buntu dan temu jalan mati. Tetapi ini tak bermakna kita patut mengalah. Dalam segala kesusahan pasti ada jalan penyelesaian.
Kadang kala kejatuhan yang kita alami adalah sebagai cabaran baharu untuk kita. Supaya kita tidak ulang kesilapan kita dan mula semula dengan pengalaman.
Bagaimana cara untuk kita atasi masalah mengalah ni?
Adakan rakan yang memupuk semangat kita dan kelilingi diri kita dengan orang yang berfikiran positif. Sentiasa ingat yang penghujung jalan bukan pengakhiran, kita boleh cipta jalan kita sendiri!
2. Belajar, Belajar dan BELAJAR!
Antara mentaliti seorang usahawan berjaya adalah rajin menimba ilmu. Tidak semestinya hadir ke kelas, kadang kala orang yang kita tak jangka pun akan bantu kita dalam perkembangan peribadi kita. Sesetengah idea pun boleh datang tanpa disedari.
Antara cara lain untuk kita belajar adalah dengan menjadi peramah dan jangan malu bertanya. Bak kata orang tua jika malu, sesat jalan. Jadi jangan risau dan malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih pakar.
Serta, rajinkan diri untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan bidang bisnes dan keusahawanan.
3. Tidak takut berbeza dengan orang lain
Ramai kini takut untuk jadi berlainan dari masyarakat sekeliling kerana tidak mahu dipandang aneh. Dengan mempamerkan kelainan atau niche, kita boleh timbulkan idea-idea baharu dan cara pemasaran baharu yang mampu membina sesuatu jenama atau bisnes.
Biasakan diri untuk keluar dari zon keselesaan sekiranya anda ingin menjadi luar biasa dan berbeza dari orang lain.
Cara-cara untuk lakukan tersebut adalah dengan banyakkan melihat cara orang luar lakukan produk dan perniagaan mereka. Dari situ akan tercetus idea dan cuba melokalisasikan idea itu untuk penerimaan masyarakat sekeliling.
🕮 Baca juga;
Jom jadi ejen hartanah di IQI Global – Part 1 💡
Menjadi usahawan berjaya tahun 2021 dengan 3 tips! 💡
4. Ambil kritikan sebagai titik perubahan
Dengan zaman teknologi kini, tiada siapa yang dapat lari dari kritikan. Mentaliti kita yang harus kuat untuk harungi segala kritikan yang kita terima. Setiap pandangan orang adalah berbeza dan kadang kala kita tidak dapatkan puas hati semua orang. Jadi kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Bagaimana kita nak ambil kritikan ini sebagai titik perubahan? Kita kena terima kritikan sebagai benda positif. Dari situ kita ubah cara kita untuk perbaharui dan menambah baik jenama kita.
5. Jangan libatkan bisnes dengan kehidupan peribadi
Mentaliti ini tidak bagus bagi seorang usahawan kerana kita harus fikirkan kebaikan bisnes kita. Sebab ini bisnes kita bukan bisnes orang lain. Kita tidak boleh biarkan emosi kita menjejas bisnes kita.
Bagaimana cara untuk kita asingkan hidup bisnes dengan kehidupan peribadi?
Kita harus tahu sempadan antara kehidupan peribadi dan kehidupan bisnes kita. Segala yang berlaku sewaktu perniagaan jangan dibawa pulang dan sebaliknya. Emosi boleh menjejas cara kita menjalankan bisnes kita, jadi seeloknya kita belajar untuk kawal emosi kita.
Dalam segala apa yang kita lakukan, pertama sekali kita perlu set minda kita. Sama juga dengan menjadi usahawan, kita perlu ada mentaliti seorang usahawan agar kita boleh maju ke hadapan dan menjadi usahawan yang berjaya.
Hala tuju kita bergantung kepada objektif dan set minda kita. Perbaiki set minda anda dan anda dapat mulakan perjalanan anda sebagai seorang usahawan!
Kalau anda berminat untuk menjadi usahawan di bawah IQI Global, kami sangat mengalukan kedatangan anda.
Kami menyediakan latihan untuk anda menjadi seorang perunding hartanah dan usahawan berjaya! Anda cuma perlu isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]