IQI Global ialah platform pembrokeran hartanah antarabangsa yang telah berkembang dari seramai 10 ejen pada tahun 2011 kepada 23,000 ejen di 21 negara, termasuklah Malaysia menjelang tahun 2021. Fokus jitu kami adalah terhadap teknologi hartanah.
Ditempatkan Secara Strategik Di Malaysia, 7 Pasukan Berdedikasi Kami Sedia Untuk Membantu Anda.
(tidak mengikut apa-apa turutan)
[su_list icon=”icon: chevron-right” icon_color=”#ffc047″]
[/su_list]
[su_image_carousel source=”media: 39952,39953,39954,39955,39956″]
[su_quote cite=”IQI ACE — Malaysia ” url=”https://iqiacecgroup.com/”]‘A’wesome, ‘C’razy & ‘E’xtraordinary fighters [/su_quote]
“Pejuang Awesome, Crazy & Extraordinary (Hebat, Teruja & Luar Biasa).” – IQI ACE – Malaysia
Pengasas ACE dan GVP IQI, Calvin Law berkata, “Kami ingin menjadi pasukan antarabangsa yang bersemangat dan bermanfaat kepada pelabur kami dalam pelbagai jenis pelaburan di seluruh dunia.”
Ditubuhkan pada tahun 2012, IQI ACE sentiasa saling bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan bercita-cita tinggi dalam perniagaan mereka, dihubungkan dan diperkasakan oleh ahli-ahli mereka.
Klik untuk membaca petua kepada para pelabur oleh Calvin Law dan ahli hartanah profesional lain
[su_image_carousel source=”media: 39963,39958,39961,39962″]
[su_quote cite=”IQI SUCCESS ONE— Malaysia ” url=”https://www.iqisuccessone.com”]Degree of success for everyone[/su_quote]
“Kejayaan untuk semua.” – IQI SUCCESS ONE – Malaysia
Pengasas Success One dan GVP IQI, Sunny Leow menubuhkan pasukan tersebut pada tahun 2013, dan sehingga kini, matlamat mereka masih sama.
“Untuk diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu pasukan yang berjaya, untuk memberi ilham kepada perniagaan, dan mencipta wawasan yang menginspirasikan pelbagai generasi – Tiada perkara yang mustahil!”
Sebagai pasukan yang berpengalaman, Success One sentiasa mendahului dalam mencari penyelesaian bagi permasalahan dalam bidang hartanah dan membina perspektif yang lebih luas.
[su_image_carousel source=”media: 39964,39965,39966,39967,39968,39969,39970,39971,39972″]
[su_quote cite=”IQI ELITE — Malaysia ” url=”https://www.iqielitegroup.com/”]An Elite team that prioritises teamwork. We gather to pool our resources and influence our team members.[/su_quote]
“Pasukan Elite mementingkan kerjasama. Kami bersatu untuk berkongsi sumber-sumber dan memberi galakan kepada ahli-ahli pasukan.” – IQI ELITE – Malaysia
Semasa membincangkan tentang penubuhan pasukan Elite pada tahun 2016, pengasas dan GVP IQI, Aaron Siow menyifatkan Elitian sebagai penyelesai masalah, sangat bermotivasi, dan sentiasa bersemangat untuk mengejar pelanggan.
“Dalam IQI Elite Group, kami percaya ejen perlu mahir berkomunikasi lisan untuk menyampaikan maklumat dan tidak menjual secara keras!”
“Melengkapi diri dengan pengetahuan penting ialah asas bagi REN untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.”
[su_image_carousel source=”media: 39997,39994,39996″]
[su_quote cite=”IQI UNITED— Malaysia ” url=”https://iqi-unitedgroup.com/”]#Working happily to achieve your dreams #Working together as one family to win the world [/su_quote]
“#Bekerja dengan gembira untuk mencapai impian anda #Bekerja sebagai sebuah keluarga untuk berjaya” – IQI UNITED – Malaysia
IQI United ditubuhkan pada tahun 2011. Dahulu, dikenali sebagai RINA. Pada tahun 2020, RINA, kumpulan agensi hartanah ketiga terbesar di Malaysia, bergabung dengan IQI — maka, terciptalah IQI United.
Pengasas pasukan dan VP, Jordan Yeoh dan Fiona Chin percaya bahawa visi teras United adalah untuk bersatu sebagai sebuah pasukan, tanpa mengira geografi atau kelas, dan untuk mengintegrasikan “i” ke dalam pasukan.
“Belajarlah daripada sistem, beri sokongan antara satu sama lain, berkongsi, berkembang dan berjaya!”
[su_image_carousel source=”media: 40003,40002″]
[su_quote cite=”IQI IREALTY — Malaysia ” url=”https://irealty.my/”]A team that grows together, a brand that lasts forever[/su_quote]
“Sebuah pasukan yang membangun bersama, nama yang dikenali sepanjang masa.” – IQI iREALTY – Malaysia
VP iRealty, Muhazrol Muhamad berasa bangga ketika bercakap tentang pasukan tersebut, “iRealty mewakili Iman, Respect, Enthusiasm, Amazing, Loyal, Trust & Yield (Keimanan, Hormat, Semangat, Menakjubkan, Setia, Amanah & Hasil).”
Pasukan iRealty, diasaskan pada tahun 2020 oleh sekumpulan Ejen Bumiputera ini juga sentiasa bertekad untuk mencari penyelesaian terbaik bagi pelabur-pelabur hartanah.
Pada tahun 2020, iRealty telah bergabung dengan IQI untuk merealisasikan lebih banyak impian dan mencapai lebih banyak kejayaan.
[su_image_carousel source=”media: 40010,40011,40012,40013,40014″]
[su_quote cite=”IQI Dreammakerz— Malaysia ” url=”https://www.facebook.com/dreammakerz1491″] A group of warriors who will support, assist and promote the personal dreams and desires of another person to make everyone dreams come true.[/su_quote]
“Sekumpulan pejuang yang akan menyokong, membantu dan mempromosikan impian dan keinginan peribadi setiap orang untuk merealisasikan impian semua orang menjadi kenyataan.” – IQI DREAMMAKERZ – Malaysia
Salah seorang pengasas IQI Dreammakerz dan VP, Larry berkata Dreammakerz bergabung dengan Juwai IQI Real Estate Technology Group bertekad untuk membina platform dan rangkaian hartanah yang peribadi dan ditapis.
“Dengan platform mereka, kami boleh membawa pelanggan dan rakan kongsi untuk menerokai luar Asia, dan pastikan portfolio pelaburan mereka mengikuti trend dunia.”
Pengasas dan VP Dreammakerz, Victor Lim berkata, ayat terbaik untuk menggambarkan pasukan tersebut ialah, “Kami berani untuk berimpian besar, kami sentiasa berkongsi, kami mesti melakukan yang terbaik, kami tidak takut untuk berubah, hubungan kami sangat rapat.”
Dari tahun 2017 sehingga sekarang, IQI Dreammakerz sentiasa berpegang teguh kepada ayat tersebut ketika menyediakan perkhidmatan nasihat hartanah yang bermanfaat kepada pelanggan.
[su_image_carousel source=”media: 40005,40007,40008″]
[su_quote cite=”IQI CS— Malaysia ” url=”http://www.iqi-csgroup.com/”] Connect and Support [/su_quote]
“Bersatu dan Saling Menyokong.” – IQI CS – Malaysia
IQI CS ditubuhkan pada tahun 2013. Pengasas dan GVP IQI, Chen Tse Ping menyatakan bahawa CS Group terdiri daripada ejen-ejen yang bersemangat dan berdedikasi.
“Kami mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam kehidupan seperti mewujudkan keseimbangan kehidupan bekerja selain memperoleh pendapatan yang menarik.”
Chen berkata, CS Group telah berkembang pesat, dan terdiri daripada lebih 3,000 perunding hartanah berdaftar hari ini.
“Sementara itu, misi kami adalah untuk menjadi firma penasihat dan pemasaran hartanah global terkemuka, menggunakan amalan terbaik antarabangsa dan menjalani kehidupan berdasarkan nilai dan prinsip teras kami.”
7 pasukan berdedikasi kami di IQI Malaysia sedia untuk membantu anda membuat keputusan terbaik dalam pembelian dan pelaburan hartanah. Dapatkan nasihat kami sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948]