Kerja separuh masa (part time) dari rumah semakin menjadi pilihan popular bagi kalangan “career hunters” di luar sana! Agak-agaknya kenapa ramai yang pilih untuk kerja dari rumah ye?
Kelebihan Kerja Part Time Dari Rumah Keburukan Kerja Part Time Dari Rumah Kerja dari Rumah atau Kerja di Pejabat? 5 Contoh Kerja Part Time Dari Rumah |
Kelebihan Kerja Part Time Dari Rumah
Kerja part time dari rumah selain dapat menjimatkan kos kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk kos pengangkutan ke tempat kerja, anda juga boleh menguruskan masa dengan lebih fleksibel.
Selain dari itu, anda boleh menyeimbangkan kehidupan kerja dan keluarga dengan lebih baik dan membolehkan anda untuk bekerja dalam suasana yang lebih selesa dan mengurangkan tekanan kerja.
Kajian pada Januari 2021 lalu, menunjukkan bahawa 63% pekerja di Malaysia dilaporkan menghadapi kesukaran dalam mengimbangkan kerja dan kehidupan peribadi mereka.
Dan lebih daripada setengah juta pekerja Malaysia mengalami tekanan pekerjaan dalam dimensi kerja lain, seperti kurang tidur, keletihan, masalah kesihatan fizikal, dan komitmen kerja yang semakin merosot (Malaysia’s Healthiest Workplace, 2019).
Mungkin ini juga menjadi faktor yang kuat untuk membuktikan kenapa ramai yang mempertimbangkan untuk mencari karier yang membolehkan mereka kerja di rumah.
Keburukan Kerja Part Time Dari Rumah
Setiap kelebihan pasti ada keburukannya juga, betul tak? Jadi apakah antara keburukan kerja part time di rumah ni?
Antara kebarangkalian yang boleh berlaku ialah, pekerja mungkin menghadapi kesukaran untuk memisahkan antara kehidupan kerja dan kehidupan peribadi.
Selain dari itu, pekerja juga mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan disiplin kerja yang baik dan mungkin melibatkan perjalanan harian yang meletihkan dan membataskan fleksibiliti.
Terakhir sekali, antara cabaran yang boleh anda hadapi adalah seperti kurangnya interaksi sosial, potensi terganggu oleh persekitaran rumah, dan kesukaran untuk memisahkan kerja dari kehidupan peribadi.
Jadi, Kerja dari Rumah atau Kerja di Pejabat?
Ketika mempertimbangkan sama ada bekerja dari rumah atau pejabat adalah yang lebih baik, terdapat pertimbangan lain yang lebih penting yang perlu diambil kira.
Jikalau di tanya, mana yang lebih baik? Sejujurnya kedua-duanya juga bagus dan semuanya bergantung kepada setiap individu masing-masing.
Namun, dengan kefahaman dan persediaan yang mencukupi, kerja part time di rumah boleh menjadi pilihan yang baik untuk anda yang ingin menyeimbangkan kehidupan kerja dan keluarga dengan lebih baik.
5 Contoh Kerja Part Time dari Rumah yang Anda boleh Pertimbangkan
1. Dropship
Dropship adalah dimana anda menjual produk tanpa perlu membeli stok terlebih dahulu. Sebagai dropshipper, anda akan menjual produk dari pembekal atau pengeluar kepada pelanggan.
Tidak perlu risau tentang penyimpanan stok dan juga penghantaran produk, kerana syarikat pembekal atau pengeluar yang akan akan menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan.
2. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)
Tugas mereka melibatkan pengendalian pelbagai jenis data elektronik dan instrumen pengendalian yang digunakan oleh pakar untuk memasukkan dan menukar data, seperti papan kekunci.
Dan ianya tidak memerlukan sebarang pengalaman untuk memohon. Industri ini menggunakan pelbagai pekerja, termasuk jurutaip, pengekod, penterjemah dan pemproses perkataan.
3. Penterjemah (Translator)
Anda fasih dalam bahasa lain? kerja sebagai penterjermah mungkin sesuai untuk anda!
Penterjermah memerlukan kemahiran bahasa yang baik dan keupayaan untuk memahami makna dan konteks teks asal dan mentransfernya ke dalam bahasa sasaran.
Terdapat banyak jenis penterjemahan yang boleh dilakukan, seperti penterjemahan dokumen perniagaan, penterjemahan laman web, penterjemahan dokumen perundangan, dan banyak lagi.
4. Penulis Bebas (Freelance Writer)
Jikalau menulis adalah jiwa anda, pekerjaan sebagai seorang Penulis Bebas ini sudah pasti menepati kriteria anda!
Membolehkan anda untuk mengekspresikan kreativiti dan menghasilkan karya yang unik tanpa terikat kepada struktur organisasi yang ketat. Anda boleh menulis artikel, blog, buku, skrip, dan banyak lagi.
5. Pereka Grafik (Graphic Designer)
Pereka grafik adalah seorang profesional yang bekerja menggunakan imej visual untuk menyampaikan mesej kepada penonton.
Jenis kerjaya ini sering memberi tumpuan kepada pengiklanan atau penyampaian set data yang diberikan kepada khalayak target melalui gambar, di mana penulis boleh memberikan teks yang berkaitan.
Kelebihan kerjaya sebagai pereka grafik ialah fleksibiliti masa dan tempat kerja, peluang pekerjaan yang pelbagai, dan jaringan profesional yang luas.
Kesimpulannya, kerja separuh masa dari rumah mempunyai kelebihan dan keburukannya.
Oleh itu, pilihan untuk bekerja dari rumah atau pejabat bergantung kepada keperluan individu, jenis pekerjaan, dan keutamaan peribadi mereka.
Pada akhirnya, penting untuk mengimbangkan kelebihan dan kelemahan kedua-dua pilihan untuk mencapai produktiviti dan kesejahteraan yang optimum dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah.
Jika anda memerlukan nasihat untuk membeli rumah pertama, pasukan profesional hartanah kami sedia membantu! Letakkan butiran anda di bawah dan pasukan kami akan membantu anda secepat mungkin.
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]