Terdapat ramai di luar sana yang melihat kerjaya sebagai seorang perunding ejen harta tanah (REN) ni sebagai kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan dan memang boleh dijadikan sebagai pekerjaan full-time atau karier profesional.
Artikel ini tidak akan sentuh mengenai gaji seorang REN, sebaliknya akan menceritakan mengapa REN ini boleh dijadikan sebagai karier profesional.
Apa maksud perunding ejen harta tanah (REN)?
REN merupakan individu yang bekerja di bawah sebuah agensi hartanah samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).
REN merupakan individu penting dalam industri jual beli hartanah yang bekerja dengan ejen hartanah (REA) berlesen, tetapi tidak mempunyai kelayakan dan akreditasi penuh seperti ejen hartanah itu sendiri.
Walau bagaimanapun, seorang REN masih perlukan lesen dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
Jadi untuk peroleh lesen, individu mesti melengkapkan kursus dua hari yang dipanggil Kursus Perunding Hartanah atau Negotiator Certification Course (NCC). Individu berminat akan menjalani beberapa asas seperti undang-undang dan peraturan.
Bagaimana kehidupan seorang REN?
Seperti karier yang lain, seorang REN perlu bekerja keras untuk capai matlamat mereka.
Selain itu, seorang REN tidak boleh berputus asa dengan cepat. Karier ini memerlukan mental yang kukuh dan tabah. Hal ini kerana beberapa faktor:
-
- Gaji tidak tentu
- Masa kerja yang panjang
- Pasaran yang tidak menentu (ada hari naik, ada hari turun)
- Pelanggan yang kemungkinan cerewet
Turut, dengan teknologi kini, REN perlu berusaha untuk mempamer diri di media sosial dan keluarkan content berlainan dari REN lain demi mencapai jualan yang diinginkan dan menarik perhatian para pelanggan.
Walau bagaimanapun, seorang REN bekerja mengikut masa tersendiri dan jikalau anda berminat untuk membantu pelanggan dapatkan rumah impian mereka, rasa puas hati itu merupakan satu kejayaan.
Bagaimana nak tahu kalau saya sesuai untuk jadi perunding ejen harta tanah?
Haa soalan ni ramai sangat dah tanya. Perunding hartanah ni ada kualiti-kualiti dia yang kita kena tengok pada diri. Tanya diri dulu soalan-soalan ni:
-
- Minat berjumpa dengan orang?
- Gemar bercerita tentang hartanah?
- Suka kerja yang fleksibel dan menjadi bos saya sendiri?
- Cabar diri saya dan berkenalan dengan ramai orang?
- Suka bantu orang ramai?
Kalau jawapan anda semua “Ya!”, tahniah! Anda sudah lepas fasa yang pertama. Awak ada kelayakan untuk menjadi seorang perunding hartanah. Tunggu apa lagi? Jom kita selami lagi dunia perunding hartanah dan bantu anda, YA ANDA untuk menjadi seorang perunding hartanah.
Bagaimana nak jadi seorang REN?
Pertama sekali anda perlu pastikan kelayakan:
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
- Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit.
- Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan atau Perakaunan.
Kemudiannya, anda perlu tinjau agensi hartanah yang anda ingin sertai. Setiap agensi hartanah berlainan dari segi sistem komisen dan latihan mereka.
Jadi, sebelum membuat apa-apa pilihan, pastikan anda selidik dahulu agensi hartanah yang anda ingin sertai.
Di IQI Global, kami menyediakan kursus dan latihan percuma kepada ejen-ejen IQI pada setiap minggu.
Selain itu, seorang REN wajib berdaftar dengan agensi dan mempunyai nombor seperti ‘REN 17585.’
Anda boleh berdaftar di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Melalui kelas-kelas anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.
🤩 Berminat untuk menjadi seorang REN? Mulakan sekarang dengan baca ini!
Jom jadi ejen hartanah dengan IQI Global – Part 1 ✅
Pembantu Ejen Harta Tanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA), apa beza mereka? ✅
Tapi, saya tak berpengetahuan tentang dunia hartanah
Jangan risau, anda boleh sertai program-program dan kursus yang disediakan dan akan ada mentor yang akan mengajar anda selok belok industri hartanah.
Dan yang penting sekali, kena RAJIN. Dalam apa jua pekerjaan atau rutin pun, kita kena sentiasa rajin untuk menimba ilmu dan buat sebaik mungkin.
Kenapa jadi REN dengan IQI Global?
Jadi dengan membaca segala yang dibentangkan di atas, tak sukar untuk menjadi seorang REN. Anda cuma perlukan komitmen dan usaha.
IQI Global merupakan sebuah agensi hartanah yang;
- Bertaraf antarabangsa; dengan lebih dari 15,000 ejen seluruh dunia!
- Menggunakan teknologi terkini; memudahkan segala transaksi jual beli hartanah.
- Memberi insentif yang hebat; pelancongan antarabangsa dan kereta mewah!
Pokoknya, seorang perunding ejen harta tanah (REN) merupakan satu karier untuk semua. Seperti karier lain, ia memerlukan tumpuan dan komitmen seseorang individu. Selidik dahulu agensi yang anda ingin sertai dan pilih yang terbaik buat anda.
Kini masanya untuk anda untuk menjadi seorang REN!
Ada keraguan? Kongsikan bersama kami. Isi maklumat anda di bawah dan pihak kami akan hubungi anda!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]