Pada tahun 2020 yang lepas, Juwai IQI telah melakukan penggabungan bersama iRealty yang membenarkan ejen iRealty di seluruh Selangor, Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan untuk menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan oleh IQI.
Menurut New Strait Times, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas-bersama iRealty Encik Muhazrol Muhamad mengatakan bahawa dengan penggabungan bersama Juwai IQI, syarikat beliau mendapat akses kepada sumber dan teknologi yang lebih meluas untuk terus berkembang maju.
Kami di Juwai IQI amat gembira dengan prospek penggabungan ini, kerana ia merupakan permulaan satu perhubungan yang merangkumi kepercayaan dan persahabatan. Berikut adalah beberapa faktor yang dipengaruhi iRealty setelah berjebat tangan dengan Juwai IQI.
1. Penambahbaikan Dari Segi Teknologi dan Perkembangan Perniagaan
- Akses kepada Aplikasi Atlas yang membantu dari segi pengurusan maklumat ejen REN.
- Listing projek baru lebih menyeluruh satu Malaysia.
- Pengurusan REN dikemaskinikan dan menjadi minima, lalu fokus lebih menuju kepada pengambilan pekerja dan jualan sahaja.
- Sokongan luar biasa daripada para pegawai atasan.
- Latihan yang relevan dan bertubi-tubi.
- Kebajikan dan keperluan REN dijagakan dengan baik.
Ambil tahu 5 Kemahiran yang Perlu Dimiliki oleh Seorang Pembantu Ejen Harta Tanah (REN) | Part 1 |
2. Perkembangan yang Pesat
- Bilangan REN bertambah daripada 450 ke 1900 dalam masa 8 bulan.
- Kos pengurusan menyusut dengan banyak kerana semuanya telah disediakan oleh IQI.
- Jumlah jualan meningkat sejajar dgn pertambahan bilangan REN. Kaki menjangkakan ia akan melonjak lebih tinggi selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ditamatkan.
- Pasukan REN Malaysia kami berkembang ke luar negara.
- Peluang dan pendedahan tentang peluang di dalam sektor pemasaran projek baru yang belum pernah didapati sebelum ini.
3. Kunci Kejayaan Seorang Pembantu Ejen Harta Tanah (REN)
“Bagi saya, ia tidak lah mudah tetapi sekiranya sudah mahir, kehidupan seseorang itu pasti lebih mudah dan selesa. – Muhazrol Muhamad”
4. Cara Ejen iRealty Mengatasi Tekanan Stress Yang Dibawa Oleh Pandemik Covid-19
Tekanan stress merupakan satu faktor yang bergejala antara seluruh rakyat Malaysia sejak ketibaan wabak penyakit Covid-19. Walau bagaimanapun, rakyat tetap kuat dan teliti untuk menangani pandemik ini.
Menurut encik Muhazrol Muhamad, beliau dan pasukan beliau mencari inspirasi menggunakan alatan atas talian. Dengan menjual rumah atas talian, sesuatu yang tidak pernah terbayang akan akan berlaku sebelum ini.
Apabila dilengkapi dengan aplikasi Atlas, semua maklumat projek boleh dicapai pada bila bila masa dan lengkap dengan fasiliti virtual realiti, ini sangat memudahkan proses pembentangan projek secara atas talian.
Selain itu, Atlas juga sediakan sokongan tanda tangan atas talian yang memudahkan proses Booking para pelanggan.
Latihan dan penerangan projek secara atas talian juga memberi kesan besar dan menjimatkan masa, jadi kami boleh belajar dengan lebih kerap dan mendalam.
5. Elemen Yang Terpenting untuk Seorang Ejen Harta Tanah (REN) Menanamkan Dalam Diri pada Tahun 2021 dan Selanjutnya
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku kepada cara perniagaan ini di jalan adalah faktor yang sangat penting. Keputusan dan pembentangan tentang produk sudah boleh dibuat secara atas talian, setiap REN harus bersedia dengan kemahiran dan bahan yang diperlukan untuk melakukannya dengan lancar.
Kalau seorang REN masih berharap pasaran akan kembali kepada asal untuk mereka lakukannya seperti dahulu, mungkin mereka akan mula tewas kepada mereka yang telah berjaya menaikkan taraf pekerjaan mengikut norma baharu.
Selain daripada itu, setiap REN juga harus mempunyai daya tahan dari segi ekonomi untuk memastikan sekiranya PKP berpanjang atau berlaku lagi, mereka mampu untuk bertahan dan mempunyai masa yang memadai untuk merubah cara kerja mengikut keadaan semasa.
Anda berminat untuk menjadi Pembantu Ejen Hartanah? Tunggu apa lagi, ayuh sertai Juwai IQI untuk menguatkuasakan kerjaya REN anda sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]