Anda baru nak menceburi industri hartanah? Tapi, baru nak mulakan kerjaya anda dalam industri ini, anda dah pening nak memikirkan perbezaan antara Perunding Hartanah dengan Ejen Hartanah? Ataupun, sebenarnya kedua-dua istilah ini membawa maksud yang sama sahaja?
Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah
Selalunya, kalau kita bercakap tentang “Perunding Hartanah”, secara tidak langsung kita akan mengaitkannya dengan Ejen Hartanah, dan begitulah juga sebaliknya. Namun, kadang-kadang kita keliru sama ada kita merujuk istilah yang betul ataupun tidak. Betul?
Anda sebenarnya tidak keseorangan!
Ramai sahaja orang di luar sana yang turut keliru tentang penggunaan kedua-dua istilah ini, lebih-lebih lagi di Malaysia.
Jangan risau!
Kami akan jelaskan perbezaannya kepada anda dalam artikel ini. Ingat ya, istilah-istilah ini sering dianggap sinonim, tetapi sebenarnya bidang kepakarannya berbeza.
Bagaimanakah seseorang dapat membezakan antara Ejen Hartanah dengan Perunding Hartanah?
Tahukah anda bahawa di Malaysia, penggunaan istilah “Ejen Hartanah” sebenarnya merujuk kepada Perunding Hartanah (REN), manakala penggunaan istilah “realtor/broker” pula merujuk kepada Ejen Hartanah Berdaftar (REA)? Selain itu, semua ahli profesional hartanah perlu berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (BOVAEA).
Apakah itu Perunding Hartanah (REN)?
Perunding Hartanah (REN) ialah individu yang telah diupah atau dikontrak oleh syarikat untuk menyenaraikan dan memasarkan hartanah di bawah pengawasan Ejen Hartanah Berdaftar pada setiap masa. Maknanya, Perunding Hartanah tidak boleh bekerja secara bebas dan mesti diawasi oleh sebuah agensi hartanah.
Bagaimanakah cara untuk menjadi Perunding Hartanah?
Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang ingin menjadi Perunding Hartanah mesti menghadiri Kursus Persijilan Perunding (NCC) selama dua hari terlebih dahulu. Ini merupakan prasyarat untuk pendaftaran rasmi sebagai Perunding Hartanah dengan BOVAEA.
>>Klik di sini untuk memulakan kerjaya hartanah anda, latihan PERCUMA disediakan setiap minggu. <<
Apakah itu Ejen Hartanah Berdaftar (REA)?
Ejen Hartanah Berdaftar (REA) ialah seseorang yang berdaftar di bawah BOVAEA sebagai Ejen Hartanah.
Bagaimanakah cara untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar?
Untuk menjadi REA, seseorang itu mesti menjadi Ejen Hartanah Percubaan (PEA) terlebih dahulu. Kemudian, individu tersebut perlu menjalani latihan praktikal selepas dua tahun bersama Ejen Hartanah Berdaftar sebelum mengambil Ujian Kecekapan Profesional (TPC). Selepas mengambil dan lulus TPC, ejen boleh memohon untuk mendaftar dengan BOVAEA sebagai Ejen Hartanah sepenuhnya.
Pada awalnya di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar di bawah BOVAEA sahaja boleh bekerja sebagai Ejen Hartanah. Perkhidmatan mereka termasuklah membeli, menjual dan memajak hartanah untuk pelanggan dengan tujuan untuk mencapai pulangan optimum. Ejen Hartanah Berdaftar juga diberi kebenaran untuk menubuhkan agensi mereka sendiri sekiranya mereka ingin berbuat sedemikian.
Selain mendaftar dengan BOVAEA, REA perlu mematuhi kod piawaian yang ketat, iaitu Piawaian Agensi Hartanah Malaysia. Piawaian yang ditetapkan oleh BOVAEA ini mengandungi satu set peraturan, kawalan, serta kod kelakuan dan etika yang menerangkan cara untuk ejen menjalankan perniagaan mereka dan cara untuk mendekati serta melayan pelanggan dan rakan ejen lain. Kegagalan mematuhi piawaian ini boleh menyebabkan lesen ejen tersebut digantung dan ditamatkan!
Perniagaan hartanah memerlukan tanggungjawab yang serius, disebabkan itu BOVAEA Malaysia telah menetapkan perbezaan yang jelas antara pelbagai istilah dan ciri-ciri profesional dalam perniagaan ini, termasuklah Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah Berdaftar.
Sekarang, bolehkah anda membezakan antara kedua-dua istilah ini dengan jelas?
Kami berharap dengan maklumat ini, anda akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam segala urusan anda dalam pasaran dan industri hartanah.
Anda berminat? Ayuh sertai pasukan perunding hartanah kami yang terbaik dalam industri ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]