London mungkin destinasi mewah, tetapi ianya tidak mustahil untuk anda merancang percutian jimat ke London!
Tahukah anda, United Kingdom (UK) merupakan negara yang mengunguli carta pertama sebagai negara yang paling ramai pelancong di dunia?
Siapa saja yang tidak meletakkan London sebagai salah satu destinasi impian untuk dilawati? London sememangnya padat dengan pelbagai tarikan epik yang mampu membuat sesiapa sahaja teruja!
Konten:
Pengenalan ringkas tentang London |
Pengenalan Ringkas tentang London
London, ibu kota England dan United Kingdom, ialah sebuah bandar abad ke-21 dengan sejarahnya yang sangat besar merentas semenjak zaman Rom lagi.
Di tengah kota ini berdirinya Dewan Parlimen yang mengagumkan, iaitu menara jam ikonik ‘Big Ben’ dan Biara Westminster. Tapak pertabalan raja British yang selalu menjadi saksi seluruh dunia akan kegemilangan empayar itu.
Dari zaman purba hinggalah ke zaman muzium moden, tiada tempat lain yang mempamerkan tarikan pelancong seperti yang ada di UK. Terlalu banyak daya tarikan di UK, membuatkan rakyat Malaysia tidak terlepas juga daripada meletakkan UK sebagai negara idaman untuk dikunjungi.
Perbezaan Kadar Mata Wang Pound dan Ringgit Malaysia
Apa yang perlu anda tahu sebelum melancong ke negara lain?
Iaitu ketahui kadar mata wang semasa. Untuk pegetahuan anda bahawa £1.00 bersamaan dengan RM 5.80, berdasarkan pada kadar pertukaran semasa.
Tips Jimat!
Jikalau anda bercadang untuk melawat tempat-tempat terkenal di London, ambil lah London Pass, kerana ia dapat menjimatkan banyak wang dan masa anda!
London Pass ialah pakej kredit persiaran digital yang memberi anda akses kepada 80+ tarikan popular di London. Dilengkapi dengan aplikasi telefon pintar percuma dan buku panduan yang boleh dimuat turun.
Kebanyakan tempat tarikan yang dikongsi di bawah juga termasuk dalam tarikan yang terdapat dalam London Pass dan memainkan peranan penting dalam percutian jimat anda ke London.
Harga: £89 (1-Day) – £199 (10-Day) (boleh semak harga di sini)
Seperti kebiasaan, soalan famous yang sering ditanya, “Mahal ke perbelanjaan ke UK ni?”, “Apa je yang menarik dekat UK ni?”, “mustahil ke percutian jimat ke London ni?” dan sebagainya..
Jom kita semak, apa yang boleh anda lakukan dan tempat-tempat tarikan yang boleh dilawati untuk percutian jimat anda ke London selama 2 Minggu!
Minggu Pertama
1. British Muzium
Apalah London jikalau tidak melawat muzium mereka kan? Muzium British adalah salah sebuah muzium terbaik di dunia.
Bangunan Neoclassical bersaiz raksasa di antara Holborn dan Tottenham Court Road Tube sendiri adalah sebuah mahakaryanya.
Alamat: Great Russell St, London WC1B 3DG, United Kingdom
Waktu Operasi: 10am – 5pm
Bayaran Masuk: PERCUMA
2. Madame Tussauds London
Sumber: Klook
Pernah tak anda dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik?
Ya benar! Madame Tussauds London merupakan muzium original bagi patung lilin ini. Ianya mula diwujudkan sejak tahun 1836 lagi, di Baker Street London.
Alamat: Marylebone Rd, London NW1 5LR, United Kingdom
Waktu Operasi: 9am – 4pm
Bayaran Masuk: £22.20 – £75 (Madame Tussauds London)
3. Hyde Park
Hyde Park adalah antara taman yang paling terkenal dan luas di London.
Taman berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi lebih daripada 4,000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.
Anda boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di sini! Antaranya berkelah, berenang, bermain tenis dan lain-lain.
Alamat: Hyde Park, London, United Kingdom
Waktu Operasi: 5am – 12am
Bayaran Masuk: PERCUMA
4. London Eye
Tak sah la kan, melancong ke London tapi tak melawat London Eye? The London Eye adalah nama yang diberikan kepada ferris wheel di London yang bersaiz gergasi.
Sesiapa yang menaiki roda ferris ini akan dapat melihat pemandangan yang luas sekitar kota London. Pada waktu malam, roda ferris ini akan dinyalai dengan cahaya warna-warni yang memukau pandangan mata.
Alamat: Riverside Building, County Hall, London SE1 7PB, United Kingdom
Waktu Operasi: 11am – 6pm
Bayaran Masuk: £25.50 (lastminute.com)
5. London Zoo (termasuk dalam London Pass)
Ingin memberikan pengalaman yang sukar dilupakan oleh anak-anak anda? Jangan lupa merancang lawatan anda ke London Zoo!
Antara tarikan di sini adalah Penguin Beach, Buttterfly Paradise, Land of the Lions, Meet the Monkeys dan banyak lagi. Secara umumnya terdapat lebih daripada 750 spesies haiwan yang terdapat disini.
Alamat: Outer Cir, London NW1 4RY, United Kingdom
Waktu Operasi: 10am – 5pm
Bayaran Masuk: £26.93 (Klook)
6. Borough Market
Pasar ini ditubuhkan pada tahun 1885, dan merupakan salah satu pasar yang paling terkenal di London.
Pelbagai jenis makanan yang di jual disini dari makanan basah hinggalah kering, dan hasil organik segar seperti sayur, ikan, daging dan banyak lagi.
Ia adalah daya tarikan bagi pelancong yang melawat London, dan juga berbaloi untuk dikunjungi, terutamanya bagi penggemar makanan.
Alamat: London SE1 9AL, United Kingdom
Waktu Operasi: 10am – 5pm
Kos: £ – £££ (Bergantung pembelian)
7. The London Bridge Experience (termasuk dalam London Pass)
London Bridge Experience ialah pengalaman interaktif berjalan-jalan bersama panduan langsung yang memainkan watak dari sejarah jambatan London dari 2000 tahun yang lalu.
Ianya lucu, bersejarah, dan berpendidikan. Tetapi tidak disyorkan untuk mereka yang lemah semangat. Ketahui sejarah masa lalu London yang keruh dalam pengalaman interaktif ini.
Alamat: The Rennie Vaults, 2 – 4 Tooley St, London SE1 2SY, United Kingdom
Waktu Operasi: 12pm – 6pm (weekdays), 11am – 6pm (weekend)
Bayaran Masuk: £22.40 (Klook)
8. Harrods
Harrods adalah sebuah pusat membeli-belah mewah 7 tingkat yang telah wujud lebih daripada 160 tahun! Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat 330 kedai yang menjual pelbagai barangan rumah, teknologi, pakaian dan makanan.
Di Harrods Food Halls, anda boleh menemui pelbagai pilihan teh, coklat dan makanan segar yang lain.
Alamat: 87-135 Brompton Rd, London SW1X 7XL, United Kingdom
Waktu Operasi: 10am – 9pm
Kos: £ – £££ (Bergantung pembelian)
9. Satay House
Sumber: Kake Flickr
Ditubuhkan sejak tahun 1973, restoran ini telah mendapat tempat di hati masyarakat dan para pengunjung dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan sudah tentu rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.
Jika anda mengidam masakan melayu, singgahlah di Satay House! Antara makanan yang boleh didapati ialah satay kambing, popiah goreng, nasi lemak, beriani, kari laksa dan banyak lagi.
Alamat: 13 Sale Pl, Tyburnia, London W2 1PX, United Kingdom
Waktu Operasi: 12 – 4 pm, 5.30 – 10pm
Menu: Di sini
10. Roti King
Sumber: 2290musafir.blog
Restoran ini cukup terkenal terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan, blogger dan vlogger. Malah, banyak vlog di Youtube yang memaparkan restoran ini.
Ini membuktikan bahawa makanan yang dihidangkan di Roti King memang sedap! Sesuai dengan namanya, menu istimewa sudah tentu makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai.
Alamat: Euston, 40 Doric Way, London NW1 1LH, United Kingdom
Waktu Operasi: 12 – 3 pm, 5 – 10pm
Menu: Di sini
Minggu Kedua
1. King Cross Stations Platform 9
Stesen King’s Cross ialah stesen kereta api bersejarah yang terletak di tengah-tengah bandar dan Platform 9 3/4 terkenal sebagai rumah Harry Potter.
Terletak di lokasi yang strategik, terutamanya jika anda tiba di London dengan kereta api. Terdapat banyak tarikan di situ pada waktu malam, jadi ianya bagus untuk keluarga dan mereka yang tak tidur malam.
Alamat: London N1 9AP, United Kingdom
Waktu Operasi: 8am – 9pm (Isnin – Sabtu), 9am – 9pm (Ahad)
Bayaran Masuk: PERCUMA
2. St Paul’s Cathedral (termasuk dalam London Pass)
Di luar status mercu tanda seni binanya, St Paul’s Cathedral berfungsi sebagai the Anglican Episcopal di London dan juga telah tampil dalam banyak acara kebudayaan dan keagamaan utama, daripada pengebumian Lord Nelson dan Winston Churchill kepada perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer.
Alamat: St. Paul’s Churchyard, London EC4M 8AD, United Kingdom
Waktu Operasi: 8.30am – 4.30pm (Selain rabu dan Ahad), 10am – 4.30pm (Rabu), 8am – 6pm (Ahad)
Bayaran Masuk: £18.00 (evendo)
3. Tower Bridge (termasuk dalam London Pass)
Tower Bridge bukan hanya sekadar jambatan, kerana anda sebenarnya boleh memasuki menara atau melalui jambatan ini untuk melihat pemandangan London dari sudut yang berbeza.
Melalui laluan gelas di jambatan ini, anda dapat melihat pemandangan River Thames dari jarak ketinggian 42 meter sambil melihat kereta dan bot yang melaluinya.
Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan lebih info tentang pembinaan jambatan ini di dalam Tower Bridge Exhibition Room dan banyak lagi pameran-pameran menarik yang lain.
Alamat: Tower Bridge Rd, London SE1 2UP, United Kingdom
Waktu Operasi: 9.30am – 6pm
Bayaran Masuk: £12.25 (Trip.com)
4. National Gallery
Terokai salah satu koleksi lukisan terhebat di dunia di Galeri Nasional, yang menempatkan karya seni daripada artis terkenal seperti Van Gogh, Titian, Rembrandt dan Turner.
Dan yang penting lagi ialah muzium ini PERCUMA?! Menjadikan ia destinasi wajib untuk anda lawati dalam percutian jimat ke London!
Alamat: Trafalgar Square, London WC2N 5DN, United Kingdom
Waktu Operasi: 10am – 6pm (setiap hari kecuali Jumaat), 10am – 9pm (Jumaat)
Bayaran Masuk: PERCUMA
Klik di sini untuk lebih banyak senarai Muzium percuma di London!
5. Camden Town
Apa yang menariknya di kejiranan Camden ini adalah kewujudan tempat-tempat jualan yang tiada penghujungnya. Terdapat lebih daripada 1000 kedai-kedai unik, gerai-gerai kecil, dan kafe.
Anda boleh menemui banyak kedai yang menjual hasil seni yang unik, kedai pakaian vintage, kedai buku secondhand dan banyak lagi!
Alamat: Camden: London Borough of Camden, London
Camden Market: Camden Lock Pl, Camden Town, London NW1 8AF
Waktu Operasi: 10am – 6pm (Camden Market)
Kos: £ – £££ (Bergantung pembelian)
6. Oxford Street
Minggu terakhir sebelum pulang ke tanah air, mesti anda ingin membeli belah ataupun mencari buah tangan buat keluarga dan orang terdekat kan?
Oxford Street adalah lokasi membeli-belah yang paling meriah di Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk di London. Kebanyakan kedai yang terdapat di sini adalah butik-butik berjenama mewah.
Alamat: Oxford St, London
Waktu Operasi: 9am – 10pm (Isnin – Sabtu), 12pm – 6pm (Ahad)
Kos: £ – £££ (Bergantung pembelian)
7. Stadium Bola Sepak (termasuk dalam London Pass)
Buat peminat bola sepak di luar sana, mesti tak lengkap kalau tak lawat stadium bola dari salah satu pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris kan?
Antara stadium bola terkenal yang boleh anda lawati ialah seperti Chelsea FC Stadium, Emirates Stadium – Arsenal FC dan Tottenham Hotspur Stadium.
Chelsea: £27.91 (Klook), Fulham Rd., London SW6 1HS, United Kingdom
Arsenal: £30 (Klook), Hornsey Rd, London N7 7AJ, United Kingdom
Tottenham: £26.95 (Klook), 782 High Rd, London N17 0BX, United Kingdom
8. The Eden Project
The Eden Project ialah Rumah kepada Hutan Hujan Dalaman Terbesar di Dunia. Bioma tropika Eden menempatkan pilihan tumbuhan yang luar biasa yang membentuk hutan hujan tertutup terbesar di dunia!
Merupakan salah satu tarikan pelawat yang paling digemari di Britain. Daripada koleksi tumbuhan dan bunga yang cantik hinggalah ke rangkaian aktiviti yang menakjubkan.
Alamat: Bodelva, Par PL24 2SG, United Kingdom
Waktu Operasi: 8.45am – 6pm (semak di sini)
Bayaran Masuk: £28 – £38 (edenproject.com)
9. Primark
Kunjungan anda ke London tidak akan lengkap jika tidak singgah ke Primark! Dapatkan semua fesyen anda di sini dengan harga yang luar biasa – dari pakaian ke seluar jeans, aksesori dan banyak lagi.
Alamat: 14-28 Oxford St, London W1D 1AU, United Kingdom
Waktu Operasi: 8am – 10pm
Kos: £ – £££ (Bergantung pembelian)
10. Jakarta
Sumber: Kake Flickr
Restoran ini dikategorikan sebagai Muslim-friendly di mana makanan vegetarian dihidangkan atas permintaan pelanggan. Daging ayam yang dihidangkan juga halal tetapi anda boleh bertanyakan lebih lanjut untuk kepastian.
Antara makanan Malaysia yang dihidangkan ialah nasi goreng, kari ayam, mee goreng dan air laici. Uniknya restoran ini kerana ia menggabungkan makanan Thai, Indonesia dan Malaysia.
Alamat: 7 Sheaveshill Ave, London NW9 6RS, United Kingdom
Waktu Operasi: 12 pm – 2.30 pm, 5 pm – 10 pm (Selasa – Khamis), 12 pm – 3 pm, 5 pm – 11 pm (Jumaat – Sabtu), 12 pm – 4 pm, 5 pm – 10 pm (Ahad), Isnin (Tutup)
Menu: Di sini
11. Burgeri
Dah bosan dengan makanan melayu, inginkan makanan western? Singgahlah ke Burgeri untuk menikmati burger nya yang lazat dan yang pasti akan memulihkan tenaga anda setelah penat berjalan!
Alamat: 22 Great Marlborough St, London W1F 7HU, United Kingdom
Waktu Operasi: 12 – 11pm (Isnin – Sabtu), 12 – 10pm (Ahad)
Menu: Di sini
Kesimpulannya, setiap negara mempunyai warna dan tarikan mereka tersendiri.
Melihat keindahan negara lain secara tidak langsung membuat kita lebih mengangumi keunikan negara kita sendiri yang tak kita lihat di negara lain.
Jadual perjalanan dan tempat-tempat yang dikongsi di atas hanyalah sekadar cadangan yang mungkin dapat membantu anda yang ingin mengunjungi UK.
Akhir sekali, rancanglah perjalanan anda dengan teratur, dan pastikan ianya mencukupi dan tidak melebihi bajet yang telah anda tetapkan seperti pepatah ukur baju di badan sendiri.
Percutian Insentif ke London Ditanggung Sepenuhnya oleh IQI
Pada 13 September 2023, lebih kurang 130 orang ejen kami di IQI telah berpeluang bercuti ke kota London selama lebih kurang 7 hari, dan percutian ditanggung sepenuhnya oleh IQI seperti tiket penerbangan, makan minum, aktiviti dan penginapan bertaraf 5 bintang.
Mereka yang berpeluang bercuti ke London ini merupakan mereka yang telah tampil cemerlang dan mencapai sasaran jualan.
Bukan sahaja insentif percutian yang disediakan oleh IQI, terdapat pelbagai insentif lain lagi seperti gajet, rumah, kereta dan sebagainya jika anda meyertai IQI sebagai perunding hartanah.
Ejen kami di IQI pun dah mengalami percutian jimat ke London kerana hampir keseluruhan ditanggung sepenuhnya oleh IQI, jadi anda bila lagi?
Ingin menjadi perunding hartanah kami di IQI dan berpeluang untuk menikmati salah satu insentif yang disebutkan di atas? Sertai kami hari ini untuk mengetahui caranya!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]