Golongan Pendapatan Isi Rumah di Malaysia: B40, M40, T20?
Golongan B40, M40 dan T20 merupakan takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Department of Statistics atau Jabatan Perangkaan Malaysia telah bertanggungjawab untuk jalankan satu kajian atau survei terhadap julat pendapatan rakyat Malaysia.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kerajaan dapat mengenalpasti julat pendapatan rakyat di Malaysia secara menyeluruh.
1. Golongan Pendapatan Isi Rumah di Malaysia: B40, M40, T20 – B40 (Bottom 40%) – M40 (Middle 40%) – T20 (Top 20%) 2. Senarai Bantuan Kerajaan – Belanjawan 2023 – Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Sumbangan Tunai Rumah (STR) – Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) – Kredit e-Tunai Belia Rahmah |
B40 (Bottom 40%)
Kumpulan isi rumah b40 berpendapatan 40% rendah dengan bawah RM4,849 sebulan serta isi rumah miskin yang pendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan.
M40 (Middle 40%)
Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan di antara RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.
T20 (Top 20%)
Kumpulan isi rumah T20 di Malaysia berpendapatan 20% tertinggi sebanyak RM10,959 ke atas, merupakan penggerak ekonomi serta majikan golongan B40 dan M40.
Senarai Bantuan Kerajaan – Belanjawan 2023
Terdapat beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2023 pada Februari lalu seperti yang disenaraikan di bawah.
1. Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Strategi IPR serampang dua mata bertujuan untuk meningkatkan potensi pendapatan di kalangan B40 serta miskin tegar dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah ekonomi harian.
Ia menyasarkan untuk menjana pendapatan sebanyak RM2,000 – RM2,500 sebulan untuk pesertanya dalam tempoh pemantauan 24 bulan.
Terdapat 3 kategori inisiatif permulaan iaitu:
1) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
INTAN sesuai disertai jika anda mempunyai minat atau keupayaan untuk mengebun. Ia juga pilihan yang bagus kerana banyak syarikat pertanian sedang mencari pekebun kecil untuk memasarkan tanaman mereka.
Peserta INTAN dijangka akan dipadankan dengan penggerak-penggerak berikut:
- Syarikat pertanian
- Pengeksport
- Rantaian peruncitan makanan
- Koperasi
- Agensi-agensi kerajaan berkaitan
2) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
INSAN direka khususnya untuk sesiapa yang berpengalaman ataupun minat untuk berkhidmat dalam sektor pemakanan. Ia sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin menjual makanan secara murah dan mudah pada kualiti yang berpatutan untuk peniaga kecil.
Peserta INSAN dijangka akan dipadankan dengan penggerak-penggerak berikut:
- Pengusaha mesin menjual (vending machine)
- Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
- Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
- Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
- Stesen-stesen LRT
- Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
3) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
IKHSAN diperkenalkan untuk memenuhi jurang pekerjaan berkaitan dengan pembersihan yang sentiasa mendapat permintaan, terutamanya dari syarikat-syarikat swasta.
Peserta IKHSAN dijangka akan dipadankan dengan penggerak-penggerak berikut:
- Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
- Premis-premis agensi kerajaan
2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif dalam Belanjawan Malaysia 2023 bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan B40 yang memerlukan sokongan tambahan dalam menangani cabaran ekonomi atau situasi kecemasan.
Penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing. Pembayaran STR kini telah memasuki Fasa 3.
Walau bagaimanapun, untuk sesiapa yang layak menerima bantuan STR tetapi pemohonan anda ditolak tanpa sebab wajar, anda masih boleh membuat permohonan rayuan yang akan dibuka pada 3 hingga 31 July 2023.
3. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah salah satu inisiatif utama dalam Belanjawan Malaysia 2023. Ia dirancang untuk membantu meringankan beban kewangan individu atau keluarga yang ingin memiliki rumah sendiri.
SJKP bertujuan untuk menyediakan jaminan kredit kepada pembeli rumah yang memerlukan bantuan dalam memperoleh pembiayaan perumahan. Skim ini memastikan bahawa peminjam yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan mendapat akses kepada pinjaman perumahan dengan syarat dan kadar faedah yang kompetitif serta jaminan perlindungan dari kos MRTA (Mortgate Reducing Term Assurance) dan kos guaman.
4. Kredit e-Tunai Belia Rahmah
Sebanyak 2 juta belia dapat manfaatkan RM200 yang akan dikreditkan dalam aplikasi-aplikasi e-wallet melalui inisiatif e-Tunai Belia Rahmah.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyesuaikan lebih golongan anak muda dengan aplikasi e-wallet, lalu memperkasakan mereka dalam era yang semakin canggih dari sudut pengembangan teknologi ini.
Anda kini boleh buat permohonan untuk e-Tunai Belia Rahmah melalui aplikasi Setel, Touch ‘n Go e-Wallet, GrabPay, ShopeePay dan BigPay. Tarikh penutupan bagi permohonan tersebut ialah pada 31 Ogos 2023.
Berminat untuk menjadi ejen hartanah? Serlahkan potensi anda! Sertai kami di IQI Global dan kami akan bantu anda untuk capai impian anda. Sertai kami sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]