The Exchange TRX kini dibuka!
Pusat beli belah yang memiliki keluasan sebesar 1.3 juta kaki persegi dan boleh menampung kira-kira lebih dari 400 buah kedai ini, akhirnya telah dibuka secara rasmi pada 29 November 2023 lalu!
Banyak desas desus yang mengatakan bahawa pusat beli belah The Exchange TRX ini akan menjadi pusat beli belah yang lain dari yang lain, hmm menarik bukan? apa yang lain tu?
Nak tahu apa yang lain? Jom semak bersama!
Tempat menarik yang terdapat hanya di The Exchange TRX:
1. Taman Rooftop Terbesar di Malaysia |
1. Taman Rooftop Terbesar di Malaysia!
Ya benar! Buat pertama kalinya di Malaysia, The Exchange TRX telah bawakan tempat riadah sebesar 10 ekar untuk anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Taman di atas rooftop ini sangat unik kerana bukan hanya sekadar taman, malah ia juga merupakan tempat bersosial, beriadah, bersukan dan banyak lagi yang korang boleh lakukan di sana.
Tanah nya yang lapang dengan kehijauan, ia dijadikan sebagai tempat kawasan permainan kanak-kanak dan mempunyai water feature yang sangat cantik dan indah.
2. Gentle Monster
Jika anda adalah peminat kumpulan Korea Blackpink dan juga pengikut fashion, jenama cermin mata mewah ini pasti tidak asing lagi bagi anda. Ya betul, Gentle Monster!
Ini merupakan butik pertama mereka di Malaysia dan ianya terdapat di The Exchange TRX, jadi tak perlulah lagi anda terbang ke Korea semata untuk membeli produk ini kan?
Bukan sahaja keunikan cermin mata mereka, kedai ini juga terkenal kerana hiasan dalaman mereka yang eksotik yang selalu menjadi sorotan pengunjung untuk masuk dan bergambar di dalam.
3. Seibu
Kedai serbaneka yang berpangkalan di Jepun, Seibu ini telah membuka gedung serbaneka mewah mereka yang pertama dan terbesar di Malaysia!
Gedung serbaneka itu terdiri daripada empat tingkat dan menempatkan lebih 700 jenama mewah, tempatan dan antarabangsa termasuk jenama terkenal seperti Chanel, Dior, Mulberry dan Hermes, dan lain-lain.
@fishmeatdie Let’s explore Seibu at The Exchange TRX! 👀🛍️ #trx #theexchange #theexchangetrx #trxexchange106malaysia #trxmalaysia #theexchangemall #trxmall #tunrazak #seibu #seibumalaysia #nicheperfumes #jacquemusmalaysia #fredjewelrymalaysia #marcjacobsmy #fjbenjamin #themeliumgroup #club21malaysia #suprememalaysia #attichouse #venchimalaysia #rizmanruzaini #aliabastamam #parfumsdemarly #fyp #fypmalaysia #shoppingtok #theklccboy #kualalumpur ♬ fashion show(256764) – TimTaj
Kedai itu juga akan menampilkan kawasan khusus, seperti Dewan Kecantikan, yang terbesar di Malaysia yang mengandungi 116 jenama kosmetik, dan Salun Kasut, yang mengandungi 20 jenama kasut global, seperti Giuseppe Zanotti, Rupert Sanderson, Sergio Rossi, dan banyak lagi.
4. Maison Kitsuné & Café Kitsuné
View this post on Instagram
Korea ada, Jepun pun ada! Bukan itu saja, jenama dari French-Japanese iaitu Maison Kitsuné & Café Kitsuné juga terdapat di sini.
Maison Kitsuné adalah jenama fesyen yang ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Gildas Loaëc dan Masaya Kuroki.
Jenama ini menawarkan gabungan Art de Vivre yang unik dan inspiratif dengan menggabungkan jenama fesyen (Maison Kitsuné), label muzik (Kitsuné Musique) dan kafe, roastery, bar dan restoran (Café Kitsuné).
Café Kitsuné yang terdapat di The Exchange TRX adalah cawangan ke-28 yang diiktiraf dan menawarkan suasana Paris-Tokyo yang unik.
5. Heytea
7. Shake Shack
View this post on Instagram
Shake Shack juga terdapat di The Exchange TRX. Shake Shack adalah jenama burger antarabangsa yang terkenal dengan juiciness dan keunikan burger mereka.
Kedai Shake Shack di The Exchange TRX merupakan kedai pertama mereka di Malaysia! Shake Shack menawarkan pelbagai jenis burger seperti ShackBurger, SmokeShack, dan Chick’n Shack. Selain burger, Shake Shack juga menawarkan hot dog, crinkle-cut fries, milkshake, dan concretes.
8. Apple Store
Nak tahu perkara yang lagi gempak yang terdapat di The Exchange TRX ni?
Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka di The Exchange TRX!