Sewa rumah atau membeli rumah? soalan yang sangat hangat dibincangkan di setiap peringkat umur. Memiliki rumah sendiri memang seronok, tapi pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan kerana memerlukan pelaburan yang besar dan prosedur yang agak rumit.
Dengan itu, ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa terlebih dahulu sementara mengumpul simpanan untuk membeli rumah idaman suatu hari nanti.
Jadi prosedur menyewa dan beli rumah sama ke? Tidak sama sekali. Jikalau anda merupakan penyewa kali pertama, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu!
Di sini kami akan membahaskan beberapa perkara juga tips berguna yang perlu anda tahu, dan yang dapat membantu anda sebagai penyewa kali pertama!
1. Pilih Lokasi yang Strategik
Sebelum memilih lokasi rumah sewa, ketahui dulu sebab anda menyewa. Kerana dari situ, anda tahu kriteria penting yang perlu anda titikberatkan dalam mencari lokasi.
Contoh: jikalau anda ialah seorang pelajar, maka apa yang penting adalah lokasi yang berdekatan dengan tempat anda belajar dan akses pengangkutan awam yang mudah.
2. Ketahui Bajet Sewa Rumah
Merancang awal bajet untuk sewa bulanan boleh membantu untuk merancang kewangan dan memilih rumah yang nak disewa mengikut kemampuan.
Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Pilihlah rumah mengikut kemampuan, tips untuk ini adalah jangan belanja lebih 30% gaji bulanan untuk bayar sewa.
Selain dari itu, perlu asingkan juga bajet untuk bayaran deposit atau pendahuluan sebelum masuk rumah sewa.
Kebiasaannya duit deposit itu akan dipulangkan kembali apabila anda sudah tidak menyewa, asalkan tiada kerosakan yang berlaku di rumah tersebut untuk mendapat jumlah penuh bayaran.
3. Cari Ejen yang Bertauliah dan Boleh Dipercayai
Kenapa kewujudan Ejen hartanah penting dalam proses sewa rumah? Kerana mereka memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran hartanah setempat.
Ejen hartanah memahami prosedur dan peraturan yang terkait dengan sewa rumah dan akan memastikan bahawa semuanya dilakukan dengan betul, dan juga memudahkan urusan anda.
Sebelum itu, perlu pastikan juga ejen hartanah anda merupakan Ejen Hartanah yang Berdaftar dan bukan yang Palsu atau “scammers”!
Di IQI, kami mempunyai lebih daripada 500+ ejen profesional dan bertauliah yang sentiasa bersedia membantu anda untuk mencari rumah yang sempurna!
4. Periksa Keadaan Rumah Sewa
Selepas membuat pilihan tentang rumah sewa yang anda inginkan, tiba masa untuk anda membuat temu janji dengan tuan rumah untuk periksa rumah sewa.
Semasa periksa rumah sewa bersama tuan rumah, tanyalah setiap perkara walau sekecil mana pun. Contohnya kalau berlaku kerosakan siapa bertanggungjawab, kos selenggara dan lain-lain.
5. Membuat Rundingan (Nego) dengan Tuan Rumah
Inilah masanya untuk anda cuba berunding dengan tuan rumah mengenai harga sewa bulanan.
Pastikan kos sewa yang anda bayar setiap bulan berbaloi dengan fasiliti dan kelengkapan yang disediakan oleh tuan rumah.
Bincang juga berkenaan tarikh pembayaran dan tempoh masa untuk beri notis keluar rumah kalau anda bercadang untuk berpindah nanti.
6. Pastikan ada Perjanjian Sewa Rumah
Walau apa yang terjadi, pastikan tuan rumah anda buat perjanjian sewa (tenancy agreement), jikalau tiada, ingatkan tuan rumah untuk menyediakan perjanjian sewa.
Kerana buat masa ini belum ada lagi akta atau undang-undang sewa di Malaysia yang tercipta untuk melindungi penyewa.
Jadi pastikan terma dan syarat memberi manfaat kepada anda dan tuan rumah. Pastikan anda baca dan sign kontrak sewa sebelum membuat sebarang pembayaran kepada tuan rumah.
7. Bincangkan tentang Bayaran Lain dan Duti Stem
Tanyakan semua bayaran yang perlu dibuat selain sewa bulanan. Adakah anda perlu membayar bil eletrik dan air berasingan? Jika anda ada kereta, adakah perlu bayar sewa bulanan untuk tempat letak kereta?
Selain itu, semasa menandatangani perjanjian, anda akan dikenakan duti setem. Pastikan anda bertanya tentang peratus bayarannya.
Di Malaysia, duti setem untuk perjanjian sewa adalah seperti berikut:
Duti bagi setiap RM250 bagi sewa yang melebihi RM2,400 (tahunan)
- Kurang dari 1 tahun: RM1
- Antara 1-3 tahun: RM2
- Melebihi 3 tahun: RM3
Katakan anda menyewa satu unit dengan bayaran RM2,500 sebulan yang mana jumlah tahunannya adalah RM30,000, duti setem bagi tempoh sewaan satu tahun adalah:
- (Yuran tahunan – RM2,400)/ 250 X RM1
= (RM30,000 – RM2,400) / RM250 X 1
= RM110.40
Jadi beli rumah atau sewa?
Kedua-duanya bagus! Apa yang penting ikut kemampuan diri, jangan jadi seperti pepatah katak hendak jadi lembu, jikalau tidak mahu menyesal kemudian hari.
“Listings” Rumah Sewa Hangat di Malaysia
Kuala Lumpur:
Sumber: Will Lee listings (IQI Global)
Alamat: Salak Selatan, Kuala Lumpur – 57100
Saiz: 800sqft
Jenis Susun Atur: 2 Bilik Tidur + 2 Bilik Air
Selangor:
Sumber: Fadilah Yusoff listings (IQI Global)
Alamat: Prima Lakefront Homes Cyber 11, Cyberjaya
Saiz: 850 sqft
Jenis Susun Atur: 3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air
Johor:
Sumber: Hidayah Halim listings (IQI Global)
Alamat: Harmonia 2 @ Taman Sri Penawar, Desaru, Kota Tinggi, Johor
Saiz: 1540 sqft
Jenis Susun Atur: 4 Bilik Tidur + 3 Bilik Air
Untuk melihat lebih banyak lagi listings, sila layari http://13.214.202.85/subsales untuk pelbagai lagi pilihan rumah sewa yang tersedia.
Adakah anda bakal penyewa rumah pertama? Dan masih tak jumpa rumah dengan kawasan dan kriteria yang anda inginkan? Jangan risau, jom rujuk dengan ejen hartanah kami di IQI. Mereka sentiasa bersedia dan komprehensif untuk mencari rumah idaman anda dengan cepat!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]