Teka teki mengenai bila Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15 akhirnya terjawab jua. Ianya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Isnin, 10 Oktober 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sehari sebelum itu, mengumumkan pembubaran Parlimen dalam satu pengumuman khas di Perdana Putra pada 10 Oktober.
Tarikh rasmi pilihan raya Malaysia, dijangka pada 2022, masih belum dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi dikatakan akan ditetapkan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.
“Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat. Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.”
Mandat lima tahun kerajaan semasa akan tamat pada Julai 2023.
Susulan pembubaran Parlimen ke-14, Perdana Menteri turut menasihati semua ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak.
Ismail Sabri berharap rakyat menggunakan kuasa yang ada untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik.
“Adalah wajar pilihan raya negeri diadakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan keseluruhan mengurangkan kos,” kata perdana menteri.
Beliau menyebut penentuan tarikh penamaan calon, hari pemilihan dan lain-lain perkara berkaitan tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Rakyat Malaysia dinasihatkan menyemak status pengundian melalui laman web SPR bagi mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Sebanyak 222 kerusi parlimen akan dipilih pada PRU15 bagi membolehkan pembentukan pentadbiran baharu untuk mentadbir negara dan 32.4 juta rakyatnya.
IQI kini sedang giat berkembang! Ini adalah peluang yang terbaik untuk anda menyertai pasukan yang membolehkan anda mencapai kerjaya idaman sekaligus mengembangkan kemahiran diri anda tanpa had!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]