Sekarang sudah menjadi elemen yang penting untuk kita mahir mengenai penggunaan teknologi di abad ke-21. Tambahan pula apabila negara dilanda wabak Covid-19, ramai di antara kita yang hilang sumber pendapatan, mulakan perniagaan sendiri dan mencari peluang pekerjaan yang lain.
Banyak pekerjaan yang popular di Malaysia dan kita perlu berusaha dan belajar ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mulakan perjalanan pekerjaan tersebut. It might take us time, but it’s better late than never.
Dengan penguasaan teknologi maklumat, di situ, terciptanya peluang pekerjaan dan jangan berlemah semangat, semua boleh belajar lagi-lagi dengan bantuan Encik Google dan Tuan YouTube. So, kudos to everyone and don’t give up!
Pekerjaan Popular Malaysia [year]
Sekarang timbul tanda tanya, pekerjaan apa yang dalam permintaan atau high in demand sekarang? Kami dah sediakan senarai untuk anda. Apa lagi, jom baca selanjutnya di bawah.
1. Graphic Designer
Zaman dah maju dan kebanyakan bisnes perlukan graphic designers untuk menghasilkan bahan-bahan komunikasi yang menarik. Mereka ni selalunya orang-orang yang talented dan kreatif; mempunyai bakat untuk melukis dan menghasilkan grafik yang cantik.
Pekerjaan ini bukan hanya untuk sektor hiburan dan pengiklanan, hampir semua sektor dan industri perlukan graphic designers untuk menjual dan menarik perhatian pengguna.
Ramai yang memandang rendah pekerjaan pereka grafik ni, sampaikan ada yang minta design secara percuma (siapa yang terasa tu padan muka). No no, ini sekarang masa graphic designers untuk bersinar!
2. Software Engineers / Developers
Sekarang sudah jadi trend di Malaysia untuk berkerja dari rumah atau Work From Home. Pekerjaan sebagai software engineer tidak perlu ke office sangat sebab kerja banyak buat online sahaja. Selain itu, kebanyakan syarikat sekarang sudah bergerak ke arah digital dan amat memerlukan software engineer untuk perbaiki sistem, bugs dan cipta program baharu.
Walau bagaimanapun, pekerjaan sebagai software engineer makan masa yang lama dan memerlukan mentaliti dan emosi yang tegap.
3. Pekerja Kilang & Packer
Shopee, Lazada, Zalora dan yang bersekutu dengannya. Confirm semua pernah dengar dan sebab tu pekerjaan ni ada dalam pekerjaan popular Malaysia 2022. Dengan wujudnya segala platform online shopping, keperluan untuk pekerja kilang dan packer pun bertambah.
Tugas utama adalah untuk mengangkat, membungkus dan menghantar produk-produk yang dipesan oleh pelanggan. Pekerja kilang dan packer perlu sihat mental dan fizikal kerana kemungkinan kerja overtime dan kurang berehat.
Pada 16 November 2020, Shopee mencatat rekod jualan sebanyak 200 juta barang pada Single’s Day! Waow. Patut la pekerjaan ni dalam permintaan sekarang. Banyak tu barang nak pack.
4. Perunding Hartanah
Siapa tak nak kebebasan kewangan kan? Sebagai perunding hartanah, ramai berpeluang untuk capai impian itu kerana, ramai perlukan rumah atau hartanah tidak kira 10 tahun sebelum atau akan datang. Sebab ini pekerjaan hartanah merupakan antara pekerjaan popular Malaysia 2022.
Tak susah nak jadi perunding hartanah, tua atau muda, semua orang boleh dengan latihan yang betul.
Bayangkan, dengan jualan sebuah rumah, anda boleh menikati hasilnya selama 3 bulan atau lebih lagi. Siapa tak nak kan? Kalau berminat untuk mulakan pekerjaan sebagai perunding hartanah, kami sedia membantu dan latihan mingguan PERCUMA! Klik sini untuk mulakan pekerjaan anda sebagai perunding hartanah.
5. Pekerja Bahagian Kesihatan / Healthcare Workers
Kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pekerja bahagian kesihatan (doktor, jururawat dan lain-lain) menjadi pekerjaan popular Malaysia 2022 akibat tidak cukup tangan untuk ubat pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 serta kes lain-lain. Sehingga sukarelawan diperlukan untuk membantu mereka.
Walaupun di ambang pemulihan, masih ramai pekerja bahagian kesihatan yang diperlukan untuk teruskan perjuangan membantu pesakit dan orang ramai. Bureau of Labour Statiscis (BLS) Amerika Syarikat menjangkakan pekerjaan yang berkaitan dengan kesihatan akan tumbuh 15% di seluruh industri!
6. Ejen insurans
Tak nafikan sekarang selepas wabak Covid-19, ramai yang dah mula risau tentang kesihatan dan ingin membeli pelan insurans demi masa depan mereka. Pekerjaan sebagai ejen insurans memerlukan anda untuk mencari prospek dan bertanggungjawab menguruskan keperluan perlindungan mereka.
Pemohon perlu lulus peperiksaan Pre Contract Examination for Insurance Agent (PCEIA) dan Takaful Basic Examination (TBE) untuk melayakkan diri sebagai seorang ejen insurans.
Ada pelbagai syarikat insurans yang boleh anda sertai seperti AIA, Prudential, MSIG dan lain-lain.
7. Usahawan / Businessman
Tak terkejut yang usahawan boleh jadi antara pekerjaan popular di Malaysia tahun 2022. Ini kerana ramai yang ingin menjadi bos mereka sendiri dan tidak hanya bergantung pada gaji bulanan.
Sebagai usahawan, anda punyai masa anda tersendiri untuk ahli keluarga dan mereka yang tercinta. Tapi dalam kesenangan masa ada kesukaran untuk memulakan perniagaan. Seperti modal permulaan, kerugian dan marketing & branding untuk perniagaan.
Antara cara yang mudah untuk mulakan perniagaan adalah dengan sertai dropship atau mulakan perjalanan sebagai usahawan di sebuah syarikat yang berjaya.
8. Online Personal Trainer / Jurulatih Peribadi Online
Personal trainer atau jurulatih peribadi selalunya kita lihat berada di gimnasium atau mana-mana pusat kesihatan dan tujuan utama mereka adalah untuk membantu klien mereka capai matlamat fitness yang diinginkan.
Tapi kebanyakan sekarang kita dapat lihat trend personal trainer online melalui laman sosial Instagram, YouTube dan juga Facebook. Personal training online sangat mudah untuk dijalankan dan ia menjimatkan kos. Bureau of Labour Statiscis (BLS) Amerika Syarikat menjangkakan 330,000 pekerjaan personal trainer menjelang 2026!
Antara semua pekerjaan popular Malaysia 2022 yang kami senaraikan, mana yang anda rasa paling membuah hasil?
Kalau anda berminat untuk menjadi perunding hartanah bertaraf antarabangsa, mari sertai kami di IQI Global! Kami akan bantu anda realisasikan impian anda untuk mendapatkan kebebasan kewangan!
[gravityform id=”4″ title=”false” description=”false”]