Pada awal tahun 2021, kadar kes wabak Covid-19 terus meningkat dan mencatat angka yang tinggi. Berikutan itu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKP, PKPP, PKPB dan PKPD seluruh negara.
Tapi, apa perbezaan Perintah-Perintah Kawalan ini? PKP, PKPP, PKPB dan PKPD? Negeri mana yang terlibat? Dengan peningkatan kes harian, artikel ini memberi anda maklumat terkini mengenai aspek-aspek Perintah Kawalan Pergerakan:
- PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)
- PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)
- PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)
[Terkini 29 Sep]
Berkuat kuasa 1 Oktober, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan peralihan fasa ke-3 Pelan Pemulihan Negara bagi Lembah Klang, Melaka dan Kedah.
[Terkini 8 Sep]
Mulai Jumaat ini [10 Sep] Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
[Terkini 8 Ogos]
Menurut sidang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan pada 8 Ogos 2021, individu yang sudah melengkapi 2 dos vaksin diberiken beberapa kelonggaran SOP bermula 10 Ogos 2021. Syarat-syaratnya terdiri daripada:
- Kemudahan perjalanan untuk pasangan suami isteri untuk berjumpa. (semua fasa)
- Kemudahan perjalanan untuk ibu bapa untuk menemui anak yang berumur bawah 18 tahun. (semua fasa)
- Aktiviti rentas daerah, pelancongan, sukan tanpa kontak fizikal dan dine-in. (fasa dua dan ke atas sahaja)
- Rakyat yang beragama Islam yang sudah lengkapi vaksinasi dibenarkan menunaikan aktiviti solat di Masjid ataupun Surau. (semua fasa)
- Warganera atau bukan warganegara yang mahu pulang ke Malaysia dan mempunyai kediaman dibenarkan menjalani kuarantin di kediaman yang sedia ada dengan syarat dilengkapi dua dos vaksin. (semua fasa)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin turut menekankan bahawa kerajaan berkuasa untuk menarik semula kelonggaran ini jika rakyat tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Senarai fasa semua negeri-negeri di Malaysia buat masa sekarang:
Fasa 1: Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Melaka.
Fasa 2: Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Penang dan Sabah.
Fasa 3: Perlis, Sarawak and Labuan.
[Terkini 2 Ogos]
Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menunjukkan prestasi amat baik akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Rabu ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada tiga negeri yang beralih ke Fasa 3 PPN.
Menurutnya, beliau mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.
[Terkini 5 Julai]
Lima negeri akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa 5 Julai (Isnin), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Negeri-negeri berikut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Manakala Pulau Pinang akan beralih ke Fasa 2 pada 7 Julai (Rabu).
[27 Jun]
- Petaling: Petaling, Damansara, Sg Buloh, Bukit Raja
- Hulu Langat: Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang
- Sepang: Dengkil, Labu, Sepang
- Gombak: Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang
- Kuala Langat: Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu
- Klang: Kapar, Klang
- Kuala Selangor: Ijok, Bestari Jaya, Jeram
- Hulu Selangor: Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali
Kuala Lumpur:
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
- PPR Batu Muda
- Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
- Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
- Kampung Padang Balang
- Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
- Flat Sri Sabah
- Kampung Puah
- PPR Kampung Baru Air Panas
- Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
- Kampung Batu Muda
- PPR Kerinchi
- Bandar Baru Sentul
- Taman Ikan Emas
Untuk maklumat lanjut mengenai SOP PKPD boleh layari laman Majlis Keselamatan Negara: https://www.mkn.gov.my.
[27 Jun]
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa tidak ditamatkan esok (28 Jun 2021).
Beliau berkata, fasa pertama Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes dan akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan dicapai.
[15 Jun]
Pengumuman Perdana Menteri sewaktu Pelan Pemulihan Negara telah umumkan sebuah strategi yang akan beralih mengikut kadar jangkitan harian serta kadar vaksinasi negara. Pelan ini dijangka akan berlangsung sehingga Disember 2021.
Pelan ini berunsurkan empat fasa dan tiga indikator sebelum beralih ke fasa seterusnya.
Tiga indikator berikut adalah:
1. Keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.
2. Keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU
3. Tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Empat fasa yang disebut oleh YB Perdana Menteri:
Fasa Pertama (Jun): Lockdown untuk menurunkan kadar jangkitan
Peralihan fasa pertama ke kedua:
- Kurang dari 4000 kes sehari
- Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana
- 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Fasa Kedua (Julai – Ogos): Penambahan sektor senarai positif semasa Fasa 2 termasuk aktiviti pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsungan pembinaan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektronik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah.
Peralihan fasa kedua ke ketiga:
- Kurang dari 2000 kes sehari
- Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi
- 40 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Fasa Ketiga (Sept – Oktober): Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19.
Peralihan fasa ketiga ke keempat:
- Kurang dari 500 kes sehari
- Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi
- 60 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Fasa Keempat (Nov – Dis): Fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian. Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.
[11 Jun]
Sekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) atau ‘total lockdown’ yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi, berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.
Senarai positif, negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini
[31 Mei]
1) Hanya dua orang setiap isi rumah yang boleh meninggalkan rumah. Orang ketiga dari isi rumah akan dibenarkan melakukan perjalanan untuk tujuan perubatan dan kecemasan.
2) Meninggalkan rumah hanya dibenarkan untuk bekerja (perkhidmatan penting) dan membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.
3) Dua orang satu kenderaan untuk teksi dan kereta e-kelui.
4) Perjalanan tidak melebihi 10km dibenarkan. Sekiranya mendapatkan perkhidmatan perubatan yang tidak terdapat dalam radius, seseorang boleh pergi ke perkhidmatan terdekat yang terdekat di luar radius 10km.
5) Berjoging dan senaman individu dibenarkan di kawasan kejiranan. Tiada sentuhan fizikal yang dibenarkan dengan jarak sosial 2 ke 3 meter.
6) Semua pusat jagaan kanak-kanak ditutup kecuali yang pusat jagaan anak-anak yang ibu bapanya pekerja barisan hadapan atau kedua-dua ibu bapanya perlu bekerja.
7) Pusat membeli-belah ditutup tetapi penyewa yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting mungkin dibuka.
8) Solat di masjid dan surau terhad kepada 12 orang AJK masjid dan surau mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Tidak dibenarkan orang luar.
9) Pengangkutan awam tetap berfungsi tetapi berkapasiti 50 peratus
Sebarang perniagaan yang dianggap sebagai perkhidmatan penting hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Walau bagaimanapun, waktu perniagaan untuk perkara berikut mungkin berbeza:
- Pasar: 6 pagi ke 2 petang
- Pasar tani: 6 pagi hingga 4 petang
- Pasar borong: 12 tengah malam ke 6 pagi dan 11 pagi ke 4 petang
- Stesen minyak: 6 pagi hingga 8 malam (Mereka yang berada di lebuh raya boleh beroperasi 24 jam)
[28 Mei]
- Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
- Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Jika Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, Kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua,iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.
Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan
beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.
Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat.
Keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
[22 Mei]
Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memperketatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa 25 Mei.
Operasi kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: 8.00 pagi – 8.00 malam
Penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran: 8.00 pagi – 8.00 malam
Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian: 8.00 pagi – 8.00 malam
Pasar malam: 4.00 petang – 8.00 malam
Kedai makanan haiwan: 8.00 pagi – 8.00 malam
Stesen minyak – 8.00 pagi – 8.00 (malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.)
Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun: 8.00 pagi – 8.00 malam
Kedai farmasi: 8.00 pagi – 10.00 malam
Selain daripada pengurangan masa operasi, satu lagi strategi yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara adalah penguatkuasaan Work From Home / Bekerja Dari Rumah (BDR) yang dipertingkatkan iaitu:
- 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah
- 40% kakitangan swasta akan bekerja dari rumah
Pengangkutan awam juga akan dihadkan kapasiti kepada 50% (seperti LRT dan sebagainya).
[19 Mei]
Menurut sidang media yang dijalankan oleh Pasukan Khas COVID-19 Selangor, kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan inisiatif sendiri untuk memudahkan pendapatan vaksin negara.
Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan untuk mengeluarkan Program Vaksin Covid-19 SELGATE Covid-19. Perniagaan yang inginkan vaksin kepada para pekerja boleh daftar atas talian melalui aplikasi Selangkah atau melalui laman sesawang rasmi Selangkah.
Tambahan, kerajaan mendesak rakyat untuk patuhi SOP yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan demi mengelak PKP besar-besaran. Ini adalah untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara.
[11 Mei]
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun dengan menguatkuasakan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.
Manakala 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat
Antara SOP yang diumumkan oleh Perdana Menteri:
- Semua aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka.
- Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan bergantung kepada jumlah yang dibenarkan
- Dine-in atau makan di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan
- Penjualan makanan secara pandu lalu dan bungkus adalah dibenarkan
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan SOP
- Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan
Sementara itu, Sabah, Sarawak dan Labuan tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.
[6 Mei]
Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, PKP 3.0 akan dilaksanakan di kawasan-kawasan berikut pada bermula 7hb Mei sehingga 20hb Mei:
- Kuala Lumpur
- Johor – Johor Bahru, Kulai, dan Kota Tinggi;
- Perak – Taiping, Larut Matang, dan Selama;
- Terengganu (14 mukim dalam daerah Besut kecuali Mukim Hulu Besut) – Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, and Kerandang.
Sementara itu, Bazar Ramadan di seluruh Selangor akan berhenti beroperasi mulai 8 Mei. Manakala, Bazar Aidilfitri dan Pasar Malam boleh beroperasi sehingga 10 malam dengan kawalan SOP yang ketat.
[5 Mei]
Enam dari sembilan daerah di Selangor akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 6 Mei sehingga 17 Mei.
Enam daerah berikut ialah:
- Hulu Langat
- Petaling
- Gombak
- Klang
- Kuala Langat
- Sepang
Manakala daerah lain dalam naungan negeri Selangor – Sabak Bernam, Kuala Selangor, dan Hulu Selangor akan menjalani PKPB.
Antara pelaksanaan bagi PKP 3.0 ini:
- Daerah PKP tidak dibenarkan untuk merentas daerah ke kawasan PKPB atau PKP.
- Aktiviti sosial seperti bazaar Ramadan masih dibenarkan beroperasi dibawah SOP yang ketat.
Antara SOP Aidilfitri 2021:
PKP
- Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran kurang 15 orang.
- Solat Aidilfitri dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
- Ziarah kubur tidak dibenarkan.
PKPB
- Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 – 3 Syawal dengan kehadiran kurang 20 orang.
- Solat Aidilfitri dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
- Ziarah kubur dibenarkan.
PKPP
- Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 – 3 Syawal dengan kehadiran kurang 25 orang.
- Solat Aidilfitri dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
- Ziarah kubur dibenarkan.
[27 April]
Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri:
i) PKPB akan dilanjutkan di 6 negeri Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang, Sarawak & Sabah (dari PKPP ke PKPB)
ii) PKPP di Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan.
iii) PKP di 10 daerah di negeri Kelantan.
Pelanjutan ini akan berkuatkuasa 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021 kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021.
Selain itu, pengumuman SOP Hari Raya Aidilfitri akan dibuat tidak lama lagi sebelum berakhirnya bulan Ramadan.
[30 Mac]
Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, PKPB di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang and Kelantan akan dilanjutkan dari April 1 ke April 14.
PKPB di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Terengganu, Putrajaya dan Labuan akan dilanjutkan kepada April 14.
[18 Mac]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata dalam keputusan dimuktamadkan, hari ini, tiga kategori kesalahan itu ialah tinggi, sederhana dan normal.
Tinggi: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi atau memberi impak jangkitan COVID-19 dalam komuniti pada skala besar.
Kompaun: Minimum RM5,000
Sederhana: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi, namun tidak memberi impak jangkitan COVID-19 pada individu.
Kompaun: Minimum RM3,000
Normal: Kesalahan boleh menyebabkan risiko penularan jangkitan COVID-19 yang rendah dan tiada kesan langsung penularan dalam komuniti. Ini lebih kepada individu.
Kompaun: Minimum RM1,500
[17 Mac]
Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.
Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja.
Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancaran Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion untuk mengurangkan beban negara sambil merangsang ekonomi negara.
PEMERKASA akan menumpukan pada 20 insentif strategik untuk meningkatkan ekonomi Malaysia, menyokong perniagaan tempatan dan meneruskan bantuan kepada masyarakat dan sektor yang terlibat.
Antara insentif yang disampaikan ialah:
1. Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada 3 bilion kepada 5 bilion ringgit untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021,
2. Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut:
• Bantuan tunai secara one-off sebanyak 500 ringgit diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan; dan
• Bayaran tambahan sebanyak 500 ringgit diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan 1,000 ringgit dan ke bawah.
[16 Mac 2021]
Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui siaran media PKP:
– Negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan berubah dari PKPB kepada PKPP.
– Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak kekal PKPB.
– Negeri Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, WP Labuan dan WP Putrajaya kekal PKPP.
– Berkuatkuasa 19 Mac – 31 Mac 2021.
– Pergerakan merentas daerah DIBENARKAN (kecuali di Sabah & Sarawak). Manakala, rentas negeri masih TIDAK DIBENARKAN.
– Bazar Ramadhan, Bazar Aidil Fitri dan solat tarawikh DIBENARKAN.
– SOP Bazar Ramadhan: Daftar Mysejahtera, berlainan pintu keluar dan masuk, jumlah pengunjung yang terkawal, 3 petang – 8 malam, [SOP terperinci bakal menyusul]
– SOP Bazar Aidil Fitri: Daftar Mysejahtera, berlainan pintu keluar dan masuk, jumlah pengunjung yang terkawal, 10 pagi – 12 malam, [SOP terperinci bakal menyusul]
[10 Mac 2021]
Kerajaan mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.
Kebenaran pergerakan itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan.
[3 Mac 2021]
Pelancong perniagaan yang ingin memasuki negara ini, kini boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal https://safeguard.mida.gov.my, berkuatkuasa hari ini.
Sumber: Astro Awani
[2 Mac 2021]
Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui siaran media PKP pada jam 5.00 petang.
PKPB: Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak
PKPP: Negeri Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan (Putrayaja dan Labuan).
“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya.
Merentas daerah dibenarkan kecuali di negeri Sabah. Tetapi, merentas negeri masih tidak dibenarkan.
[18 Februari 2021]
Bermula Jumaat, 19 Februari, tiada lagi peraturan makanan satu meja dua orang setelah diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tetapi mengikut kesesuaian saiz meja dan SOP penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain dikekalkan.
Selain itu, kebenaran lebih dari dua orang dalam satu kereta dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan.
[16 Februari 2021]
Diumumkan sebentar tadi jam 5.00 petang, oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP akan dilanjutkan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac.
Manakala negeri Perlis akan menjalani PKPP, dan negeri Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah, akan menjalani PKPB.
Semua ini akan bermula 19 Februari.
Selain itu, larangan pergerakan melebihi 10KM dibatalkan. Tetapi larangan rentas daerah dan negeri masih dikekalkan.
[12 Februari 2021]
Semua jenis sukan dan rekreasi seperti jogging, briskwalking, berbasikal, tenis, badminton, ping pong, permotoran, latihan kemahiran kendiri secara berseorangan, gimnasium, golf DIBENARKAN bermula 12 Februari 2021.
Semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan masih lagi TIDAK DIBENARKAN
[9 Februari 2021]
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua perniagaan dalam sektor peruncitan untuk kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula Rabu, 10 Februari.
Antara sektor peruncitan yang dibenarkan kembali beroperasi termasuklah kedai pakaian dan fesyen, aksesori, kasut, barangan dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga, alat permainan, permaidani, alatan sukan, kosmetik, peralatan dapur, aksesori kenderaan, Ar-Rahnu.
Selain itu, premis makanan dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in’ atau makan di dalam restoran tetapi dihadkan kepada dua (2) orang satu meja sahaja.
[7 Februari 2021]
Penambahbaikan terhadap SOP bagi Tahun Baru Cina telah dinyatakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan adalah seperti berikut:
-
- Makan besar keluarga hanya dibenarkan pada 11 Februari, tidak melebih 15 orang dan tinggal dalam lingkungan 10km sahaja.
- Aktiviti keagamaan di rumah ibadat adalah;
- pada 11, 12 & 19 Februari
- tidak melebih 30 orang pada satu masa
- memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal
- dari jam 6 pagi – 2 petang
- tempoh waktu sembahyang dan sanitasi selang 30 minit
- Aktiviti keagamaan Hokkien, Bai Tian Gong dibenarkan di rumah halaman masing-masing pada malam 19 Februari.
[4 Februari 2021]
Persidangan khas oleh Perdana Menteri yang berlangsung jam 3.30petang tadi mengumumkan kerajaan telah memulakan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan perubatan swasta untuk menggunakan hospital, klinik, makmal, kepakaran, perkhidmatan dan sumber manusia bagi tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan.
Tambahan, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan. Antaranya;
-
- Arahan penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan
- Tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan;
- Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan;
- Tindakan kompaun yang lebih tinggi kepada pesalah berulang atau pesalah yang telah diberi amaran;
- Tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar peraturan dan SOP; dan
- Tindakan tatatertib ke atas Penjawat Awam yang tidak mematuhi Peraturan dan SOP termasuk kepada Ketua Jabatan berkaitan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah
Selain itu, anggota RELA yang berjumlah lebih 3 juta orang di seluruh negara akan membantu tugasan penguatkuasaan SOP di premis-premis perniagaan dan tempat awam.
Turut, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan Februari dengan 3 fasa:
-
- Fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan
- Fasa kedua akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19
- Fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas
Tambahan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan:
- Bermula 5 Februari (Jumaat) pasar malam, kedai gunting rambut dan carwash boleh beroperasi.
- Manakala bagi Tahun Baru Cina: disambut dirumah sendiri dan tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman.
- Rumah ibadat hanya dibenarkan 5 ahli jawatankuasa sahaja.
[2 Feburari 2021]
Menurut sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disiarkan pada 2 Februari 2021, 3.30petang, Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) akan dilanjutkan di semua negeri kecuali Sarawak dan akan berakhir pada 18 Februari 2021.
Berikutan pelaksanaan itu, SOP juga akan diperketatkan (menunggu pengumuman dari KKM) demi menangani penularan wabak Covid-19.
[21 Januari 2021]
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri dan berakhir pada 4 Februari 2021.
Negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Sabah, Melaka, Wilayah Persekutuan (Labuan, Putrajaya, Kuala Lumpur) dan Johor.
Selain itu, kedai makan kini boleh beroperasi sehingga jam 10 malam tetapi makan di premis masih tidak dibenarkan.
[20 Januari 2021]
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.
[18 Januari 2021]
Pada 18 Januari 2021, pukul 4:00 petang, oleh YAB Perdana Menteri telah umumkan sebuah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit. Apa bantuan-bantuan yang dah dikeluarkan kerajaan 2021 ni?
[12 Januari 2021]
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
Walau bagaimanapun, telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri darurat yang diisytiharkan:
- tidak ada perintah berkurung
- bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera
- kerajaan awam akan terus berfungsi
1. PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan)
2. PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)
PKPP merupakan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya. Orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta kerap mencuci tangan.
3. PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)
Pelaksanaan PKPB perlu dilakukan sebagai langkah berjaga untuk membendung dan mencegah penularan penyakit Covid-19 susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat. Termasuk mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.
Masa operasi perniagaan juga dihadkan dan ada campur tangan pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya dan pemantauan premis ke premis.
4. PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)
Kawalan pergerakan penuh. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika kes menular tinggi secara berselerak.
Kita masih belum menang, patuhi SOP!
Pertarungan Covid-19 masih berterusan dan setiap orang ada peranan untuk dimainkan. Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sama-sama kita bendung wabak virus Covid-19.
- Pakai pelitup muka di tempat awam
- Keluar rumah hanya bila perlu
- Kerap cuci tangan anda
- Jaga penjarakan fizikal
#KitaJagaKita, kalau bukan, siapa lagi? Mari kita sama-sama cegah penularan wabak Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Facebook Majlis Keselamatan Negara
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
Adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah? Jika ya, kami di IQI Global ingin membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Sertai kami sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]