Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini menerangkan beberapa garis panduan bagi pemulihan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.
400 bilion ringgit diperuntukkan bagi Rancangan Malaysia Ke-12. Ia merupakan satu peningkatan yang ketara berbanding 260 bilion ringgit yang diperuntukkan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Tujuan utama plan tersebut ialah bagi meningkatkan semula ekonomi negara sambil mengukuhkan dan menjaga kebajikan sosial rakyat Malaysia. Bagaimana pula dengan pasaran perumahan bagi RMK-12 ini?
Ikuti senarai dibawah bagi mengikuti informasi hartanah dalam RMK-12 ini.
1. Rumah Mampu Milik bagi Golongan B40 dan M40
Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) ini, kerajaan akan menyediakan rumah berkualiti yang mampu milik bagi golongan B40 dan juga M40.
Selain itu, rumah-rumah ini dijangka akan dibina di kawasan-kawasan yang strategik dan juga mempunyai susun atur yang selesa. Langkah ini adalah baik bagi pemasaran hartanah di Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia akan membeli rumah lebih-lebih lagi golongan muda.
2. Naik Taraf Program dan Kemudahan Kewangan
Golongan B40 dan M40 merupakan antara yang mendapat faedah melalui naik taraf program kewangan ini.
Antara inisiatif yang disediakan ialah bagi pemilikan hartanah pada golongan B40 dan M40:
Ini merupakan beberapa skim perumahan yang mampu milik pada tahun 2021.
Melalui plan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, ia memudahkan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dan hartanah mereka sendiri. Oleh itu, golongan B40 dan M40 mempunyai lebih banyak peluang untuk memilik rumah mereka tersendiri.
3. Pembangungan Kawasan Luar Bandar bagi Meningkatkan Ekonomi
Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), langkah akan diambil bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Selain itu, kawasan-kawasan yang kurang maju terutama di Sabah dan Sarawak akan dibangunkan.
Antara usaha yang akan dilakukan bagi membangunkan ekonomi di kawasan tersebut adalah melalui platform e-dagang, pertanian teknologi dan industri luar bandar.
Oleh itu, lebih banyak pembangunan akan dibina apabila langkah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar diambil. Jelas sekali, pasaran hartanah akan menerima kesan yang positif susulan RMK-12 ini.
Melalui Rancangan Malaysia Ke-12 ini, ini merupakan masa yang terbaik buat anda untuk melabur dalam jenis hartanah yang anda sudah lama idamkan.
Tunggu apa lagi, isi borang dibawah dan IQI sedia membantu anda dari A-Z!
[hubspot type=form portal=5699703 id=85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948]