Sejak kebelakangan ini, ramai yang mahukan rumah yang didiami cantik bagai dipapar di Gedung Ikea, Laman Sosial seperti Instagram dan Pinterest. Kediaman yang cantik, unik, canggih, modern dan futuristik ini selalu menjadi pilihan ramai untuk mendekorasikan rumah mereka. Siapa yang taknak rumah cantik, kan?
Namun atas faktor ekonomi dan kewangan, cita-cita dan impian itu terpaksa dilepaskan dan rumah ala-ala kampung dimodenkan menjadi pilihan orang ramai.
Tapi, jangan risau kerana rumah kampung moden masakini mempunyai pelbagai gaya yang mampu mengalahkan atau menjadi saingan untuk rumah moden sekarang. Sebelum meneruskan lagi senarai rumah kampung moden yang boleh ditiru mari kita fahami apakah itu rumah kampung.
Apa itu Rumah Kampung?
Rumah kampung adalah rumah yang didirikan diatas tiang-tiang dan strukturnya diperbuat dari kayu kayan. Bukan itu sahaja,susunan kayu di dinding dan lantainya juga mempunyai jarak-jarak kecil. Dan selalunya rumah kampung mempunyai serambi, ini adalah kawasan selepas menaiki tangga untuk memasuki rumah. Kawasan ini selalu digunakan untuk menyambut tetamu untuk beristirehat sambil minum petang.
Mengapa ia dicipta begitu?
Ia dicipta bukan hanya untuk kecantikkan rumah, ia mempunyai fungsi keselamatan seperti mengelak daripada haiwan liar dan banjir, menghalang pencuri, serta meningkatkan pengudaraan.
Untuk anda temui rumah kampung amat mudah jika anda pergi ke kawasan pendalam, yang terdekat boleh anda temui adalah di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang. Jika anda temui rumah tersebut, strukturnya selalu diperbuat dari papan. Rumah ini juga adalah rumah tradisional malaysia.
Tetapi rumah seperti ini amat susah untuk dijumpai kerana kebanyakanya sudah bertukar dan upgrade kepada rumah batu. Mereka berbuat sedemikian dengan cara sendiri atau mengupah profesional untuk menolong mereka.
Jadi untuk mepermodenkan rumah kampung anda dengan cara sendiri atau megunakan kepakaran orang lain. Anda perlu mendapatkan inspirasi dan idea untuk mengubah rumah kampung anda.
Kami sudah senaraikan inspirasi-inspirasi rumah yang boleh anda pertimbangkan untuk rumah kampung anda!
1) Minimalis
Ringkas, tersusun dan tak berlebihan. Itulah konsep minimalis dan sesuai digunakan untuk memodenkan sebuah rumah kampung.
Konsep minimalis tak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Warna cat yang sesuai dengan konsep ini selalunya gabungan warna-warna neutral.
Gabungan warna neutral ni mampu menyerlahkan nilai estetika sebuah rumah kampung yang ringkas namun menawan.
Konsep minimalis di rumah desa menggunakan asas binaan berkayu terilham daripada konsep Rumah Melayu lama dengan sentuhan moden.
Cantik, ringkas tapi masih mengekalkan seni warisan berzaman. Kan menakjubkan?
2)Kotemporari
Gaya kontemporari antara konsep dekorasi yang menyerlahkan keunikan tersendiri, selain memanfaatkan keluasan ruang kediaman yang ringkas, ia masih tampak kemas dan menarik.
Walaupun dari luar ianya nampak sempit, namun dengan konsep ini, ruang yang kecil boleh tampak luas.
Konsep ini sesuai bagi penghuni yang mementingkan kesederhanaan dan tak berlebihan.
Material kayunya masih jelas kelihatan, kemudiannya disuntik elemen lain bagi menambah ciri moden seperti mainan warna, susun atur perabot dan lain-lain.
Pemilihan warna asas, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik juga dipentingkan.
Kemudian ditambah dengan pemilihan material besi, kaca, sedikit suntikan kayu untuk menonjolkan lagi konsep kontemporari. Orang tengok mesti kagum!
3) Stail Kabin
Kenapa tak boleh? Di Malaysia, rumah kabin atau rumah kontena adalah kediaman alternatif yang dibina menggunakan kontena kapal.
Jadi, jangan terkejut pula kalau terjumpa sebuah rumah kampung dibina dengan kontena dan saiznya boleh tahan kecil.
Selalunya, saiznya sekitar 20 kaki x 10 kaki saja, tapi bukanlah sepenuhnya besi kontena. Ia masih mempunyai bahan-bahan seperti papan dan kayu jati.
Ia juga dimodenkan dengan penggunaan batu, simen dan besi hollow bagi mengukuhkan asasnya.
Dindingnya pula dibina menggunakan papan fascia dan papan gipsum untuk pemisahan ruang dalam rumah.
Seperti perkongsian dari Puan Mahwiza ini, dengan kos kurang dari RM65,000, rumah kabin kampung yang terletak di Negeri Sembilan ini siap hanya selepas 5 minggu. Cantik juga kan!
4) Kotej Inggeris
Seperti Tiny Boutique Habitat di Cameron Highlands, sebuah homestay atau inap desa yang popular dengan konsep Kotej Inggeris (English Cottage), rumah kampung anda juga boleh terinspirasi daripada stail ini.
Konsep yang semakin menjadi trend ini boleh anda gunakan bagi menaikkan seri rumah kampung anda.
Kebiasaannya, konsep Kotej Inggeris ini terdiri dari satu atau dua tingkat rumah, manakala reka bentuk bumbung rumah agak curam dan tinggi.
Rumah stail ini turut mempunyai dinding tekstur batu bata dan sebagainya. Jadi, sangat sesuailah sekiranya rumah kampung mengaplikasikan gaya ini.
Malah dengan dekorasi dalaman sentuhan ala Inggeris, pasti menjadikan sebuah rumah kampung anda lain dari yang lain!
5) Inspirasi Negara Lain
Anda juga sebenarnya boleh menciduk idea rumah negara lain, Jepun misalnya. Barulah menarik sikit, lain dari lain.
Reka bentuk kurang bersegi, pintu kaca sorong, lantai kayu dan binaan daripada konkrit mempamerkan pembaharuan dalam reka bentuk seni bina Jepun.
Malah, kalau nak jadikan lebih menarik, boleh juga gabungkan dengan bahan berbatu yang pastinya menarik perhatian.
Selain itu, Jepun juga terkenal dengan gaya hidup penuh tertib. Seni rekannya pula sering memberi keutamaan kepada fungsi ruang dan keselesaan penghuni.
Dan sekiranya rumah anda mempunyai balkoni, anda juga boleh menerapkan konsep Jepun di mana berbaring atau duduk bersila serta bertimpuh sudah jadi kebiasaan.
Ditambah pula dengan penggunaan warna sinonim dengan warna negara mahatahari terbit itu seperti kuning, putih, krim dan kelabu pasti menambah seri rumah kampung anda.
Apa-apa Pun, Tepuk Dada Tanya Selera!
Kalau anda fikir yang perancangan adalah aspek terpenting dalam ubah suai rumah, betulah tu!
Tetapkan dahulu pendirian sama ada ingin membina rumah sendiri atau membeli dari pemaju atau ejen. Kemudian fikirkan konsep yang diinginkan.
Setelah anda yakin dengan keputusan anda, tetapkan bajet. Tetapi ingat, jangan berlebihan dan ikutlah kemampuan.
Semak dengan pihak bank berapa jumlah maksimum pinjaman yang boleh kita buat jika kita ingin membuat pinjaman serta dokumen-dokumen yang diperlukan.
Kemudian, cari idea-idea binaan rumah dengan lakukan sedikit kajian. Dan langkah terakhir, cari pelukis pelan atau arkitek termasuk kontraktor bagi merealisasikan konsep binaan yang kita mahukan.
Selamat membina rumah kampung moden idaman!
Kami mempunyai profesional perunding hartanah yang sedia membantu. Sila isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]