Golongan Pendapatan Isi Rumah di Malaysia: B40, M40, T20?
Golongan B40, M40 dan T20 merupakan takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Department of Statistics atau Jabatan Perangkaan Malaysia telah bertanggungjawab untuk jalankan satu kajian atau survei terhadap julat pendapatan rakyat Malaysia.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kerajaan dapat mengenalpasti julat pendapatan rakyat di Malaysia secara menyeluruh.
B40 (Bottom 40%)
Kumpulan isi rumah b40 berpendapatan 40% rendah dengan bawah RM4,849 sebulan serta isi rumah miskin yang pendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan.
M40 (Middle 40%)
Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan di antara RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.
T20 (Top 20%)
Kumpulan isi rumah T20 di Malaysia berpendapatan 20% tertinggi sebanyak RM10,959 ke atas, merupakan penggerak ekonomi serta majikan golongan B40 dan M40.
Golongan Pendapatan Perumahan di Malaysia: Maksud Golongan B50?
Golongan B50 dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah bawah 50 peratus.
Pada masa ini, masih belum ada berita rasmi mengenai tentang pendapatan untuk menentukan kumpulan B50, tetapi sebagai tambahan, lihat skema URUS di bawah.
B50: Skim Pengurusan Kewangan (Urus)
Secara ringkasnya, Skim Pengurusan Kewangan Urus bertujuan untuk membantu kumpulan B50 Malaysia. Laporan Bernama menyatakan bahawa skema baru ini terdiri daripada pengecualian cukai hingga tiga bulan, ansuran yang lebih kecil hingga 24 bulan dan suku bunga yang lebih rendah.
Inisiatif bantuan kewangan komprehensif ini juga akan disasarkan kepada kumpulan B40 dan B50 di Malaysia yang pendapatannya berada di bawah RM5,880. Skim Urus Kewangan Urus pada mulanya dikembangkan oleh industri perbankan, bersama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Pengurusan Kaunseling dan Kredit (AKPK).
Senarai Bantuan Kerajaan
Selain URUS, ada juga beberapa pakej yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sebelumnya seperti yang disenaraikan di bawah.
1. PEMULIH
Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin, kerajaan akan menumpukan bantuan kepada rakyat melalui PEMULIH atau Pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi.
Kepada rakyat, terdapat dua fokus yang akan bantu meringankan beban mereka sewaktu saat sukar ini.
1. Meneruskan agenda prihatin rakyat
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Bantuan Tunai langsung ini merangkumi:
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- RM500 pada bulan Julai, bermula 29 Jun. Manakala RM100 – RM1,400 akan diagihkan pada bulan September.
Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Miskin tegar:
- Isi rumah bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
- Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
Golongan B40:
- Isi rumah kategori golongan B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember.
- Golongan B40 bujang akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.
Golongan M40:
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 pada bulan Ogos.
- Bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos.
Bantuan Kehilangan Pendapatan
- Pada bulan Oktober, sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO.
2. Menyokong Perniagaan
Kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh itu, kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam kedua–dua fasa ini.
Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0)
- Penerima yang layak akan menerima sebanyak RM500 pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November. Pendaftaran pada pertengahan Julai.
Program Subsidi Upah (PSU 4.0)
- Untuk membantu 500 pekerja oleh semua majikan. Majikan boleh memohon bantuan untuk pekerja dan tanpa had gaji RM600 setiap pekerja sepanjang 4 bulan.
i-Citra
- Pengeluaran KWSP RM5,000. RM1,000 sebulan. Permohonan dibuka pada 15 Julai di icitra.kwsp.gov.my. Bayaran pertama diterima pada bulan Ogos.
Moratorium
- Moratorium enam bulan bagi mereka di B40, M40 atau T20, dan perniagaan mikro. Pohon dan dapatkan kelulusan yang dijamin. Permohonan dibuka pada 7 Julai di semua bank.
2. PEMERKASA TAMBAHAN
Pemerkasa Plus akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama, iaitu:
- mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam;
- meneruskan agenda prihatin rakyat; dan
- menyokong kelangsungan perniagaan.
Kerajaan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memastikan kelangsungan perniagaan dan menyokong pemulihan ekonomi. Dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa bantuan; PEMERKASA, PERMAI, BPR, Skim mySalam, Lanjutan Moratorium & i-Sinar KWSP.
3. PEMERKASA
Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA yang menumpukan kepada 20 inisiatif.
4. PERMAI
- Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
- Mempercepatkan Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
- Memperkukuh Program Kebajikan
- Pengurangan Ansuran Pinjaman
- Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma
- Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN
- Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas
- Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA
- Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik
5. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
BPR ialah bantuan kewangan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang daripada RM5,000 serta bujang berpendapatan kurang RM2,500 dan diberikan dalam dua fasa.
- Pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM2,500
- Tiada atau seorang anak akan terima RM1,200
- 2 anak dan ke atas akan terima RM1,800
- Pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,501 – RM4,000
- Tiada atau seorang anak akan terima RM800
- 2 anak dan ke atas akan terima RM1,200
- Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 – RM5,000
- Tiada atau seorang anak akan terima RM500
- 2 anak dan ke atas akan terima RM750
- Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500
- Akan terima RM350
- Had umur kelayakan bermula dari 21 tahun
Bantuan Kanak-Kanak
Bertujuan untuk membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Bantuan Orang Tua
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
- RM500 sebulan seorang
6. Skim mySalam
mySalam merupakan Skim bantuan rakyat yang diperkenalkan kerajaan dengan harapan golongan B40 yang berjumlah 3.69 juta dan juga golongan M40 yang berjumlah 4.3 juta dibantu pada ketika mereka menghadapi penyakit kritikal. Siapakah yang layak untuk mySalam?
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
7. Lanjutan Moratorium
Bagi golongan B40; penerima Bantuan Sara Hidup / Bantuan Prihatin Rakyat yang membuat pinjaman bank, akan mendapat lanjutan moratorium secara automatik tanpa permohonan. Terdapat dua pilihan:
- Penangguhan ansuran selama 3 bulan
- Pengurangan ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
Bagi peminjam M40, hanya perlu mohon tanpa sebarang dokumen dan kelulusan dalam 1 sehingga 5 hari. Permohonan harus dibuat di bank peminjam.
8. i-Sinar KWSP
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada akaun 1 tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.
Berminat untuk menjadi ejen hartanah? Serlahkan potensi anda! Sertai kami di IQI Global dan kami akan bantu anda untuk capai impian anda. Sertai kami sekarang!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]