Pernahkah anda mendengar tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku (SRP) sebelum ini?
Jika belum, di sini kami kongsikan dengan lebih lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku ini, khususnya bagi individu yang belum pernah memiliki rumah, ini merupakan langkah terbaik yang boleh anda ambil untuk memiliki rumah idaman anda, atau paling tidak pun ia memberi peluang untuk anda memiliki sebuah rumah.
Pada masa kini terdapat pelbagai kemudahan dan skim yang disediakan untuk seseorang membeli rumah. Membeli rumah pertama merupakan satu perkara yang agak menakutkan atau merenyahkan buat kebanyakan daripada kita. Bagi seseorang yang baru nak bermula, kita mungkin tidak biasa dengan proses dan prosedur serta hak, keistimewaan, dan faedah yang kita boleh dapat.
Apa itu Skim Rumah Pertamaku?
Skim Rumah Pertamaku (SRP) ini telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2011. Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyatnya dapat memiliki sebuah rumah untuk setiap satu keluarga.
Skim ini bertujuan membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang memperoleh pendapatan kasar tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk semua isi rumah.
Skim ini juga membolehkan pembeli rumah pertama mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini kerana Cagamas SRP Berhad (CSRP) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar kerugian pertama.
Pada tahun 2022 pula, Kerajaan telah melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia “i-Biaya” di mana SRP disenaraikan sebagai salah satu daripada skim pembiayaan yang ditawarkan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah memiliki rumah. I-Biaya adalah salah satu komponen di bawah Home Ownership Programme yang memberi tumpuan kepada ekosistem perumahan termasuk penyediaan rumah serta dasar lain yang berkaitan.
Untuk tujuan tersebut, sejumlah dana dan peruntukan telah diberikan kepada yang layak untuk memiliki skim My First Home Scheme ini. Skim yang ditawarkan ini tidak mempunyai tarikh tutup permohonan. Ini membolehkan anda memohon selagi dana RM1 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan tersebut masih ada.
Selain itu, kadar faedah yang dikenakan juga sangat rendah. Anda juga tidak perlu membayar wang pendahuluan terlebih dahulu.
Antara bank yang terlibat dan mengambil bahagian dalam skim ini ialah Maybank, Alliance, Affin Bank, Public Bank, MBSB Bank, daftar Hong Leong connect. Bukan itu sahaja, Standard Chartered, UOB Bank, OCBC Bank, Bank Muamalat, Bank Islam, RHB, CIMB, Ambank Online Login dan BSN juga antara bank yang terlibat.
Siapa yang layak untuk skim rumah pertamaku?
Skim rumah pertamaku ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM10,000 untuk isi rumahnya. Bagi had umur pemohon pula adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan yang dipersetujui.
Syarat-syarat untuk skim rumah pertamaku
-
Taraf Kewangan
Perkara pertama yang wajib di patuhi ialah taraf kewarganegaraan. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku srp. Sila pastikan anda mempunyai dokumen berkaitan yang lengkap dan sah yang membuktikan bahawa anda warganegara yang diperakui sebelum mengisi borang permohonan.
-
Pembeli Rumah Pertama
Anda perlu memastikan bahawa ini adalah rumah pertama yang ingin anda beli. Selain itu, pastikan nama anda tiada dalam senarai orang yang sudah memiliki rumah. Ini kerana jika anda mempuyai rumah lain yang telah didaftarkan atas nama anda, contohnya jika anda ada menerima rumah pusaka atau sebarang pemberian rumah sebagai hadiah atau lain-lain, maka anda tidak dikategorikan sebagai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku atau my first home scheme ini.
-
Pekerja Bergaji Atau Individu Yang Bekerja Sendiri
Untuk memohon Skim Rumah Pertamaku srp anda mestilah seorang yang bekerja yakni mempunyai pendapatan. Tidak kira lah samada anda bekerja sendiri atau makan gaji. Apa yang penting anda mempunyai rekod pendapatan atau bukti yang mengesahkan bahawa anda mempunyai pendapatan tersebut.
-
Tiada Rekod Pembiayaan Yang Terjejas Bagi Tempoh 12 Bulan Lepas
Bagi anda yang mempunyai sebarang pembiayaan samada pinjaman peribadi, pembiayaan kenderaan atau lain-lain, anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang tunggakan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Jika berlaku demikian anda tidak layak untuk memohon Skim Rumah Pertamaku ini.
Bolehkah buat permohonan bersama untuk program skim rumah pertamaku?
Ya boleh, Skim Rumah Pertamaku ini boleh dimohon secara sendiri ataupun bersama. Walau bagaimanapun permohonan bersama hanya dibenarkan hanya dengan ahli keluarga iaitu isteri atau suami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik kandung yang akan tinggal bersama dalam rumah yang dibeli tersebut.
Tidak ada jumlah maksimum untuk pemohon bersama.
Jika anda pemohon tunggal, jumlah pendapatan setiap pemohon adalah tidak lebih dari RM5000 sebulan manakala jika anda bercadang untung memohon Skim Rumah Pertamaku ini secara bersama, had pendapatan bulanan setiap pemohon dan pasangan atau pemohon bersama tidak boleh melebihi RM10,000.
Apakah jenis hartanah yang layak untuk skim rumah pertamaku?
Bukan sahaja diri anda atau pasangan yang perlu disemak kelayakan, hartanah yang hendak anda beli juga perlu meneepati beberapa kriteria tertentu, selepas itu barulah ia boleh memperolehi pembiayaan di bawah Skim Rumah Pertamaku ini. Antara kriteria-kriteria tersebut ialah harta kediaman di pasaran utama dan sekunder di Malaysia.
Harga maksimum bagi sebuah rumah yang dibenarkan adalah sehingga RM500,000 sahaja. Seterusnya hartanah tersebut mesti dihuni oleh pemilik sendri yakni tidak boleh didiami oleh orang lain ataupun rumah itu disewakan kepada kepada orang lain.
Bagi nilai hartanah pula ia bergantung pada polisi bank yang menyertai Skim Rumah pertamaku ni. kebiasaannya bank akan menilai harga belian atau harga pasaran terlebih dahulu untuk melihat mana yang lebih rendah. Nilai yang rendah itulah yang akan dikira pakai oleh pihak bank yang terlibat.
Anda tidak perlu risau kerana kini terdapat banyak bank yang terlibat berkolobrasi dengan Skim Rumah Pertamaku. Anda hanya perlu memilih bank yang anda rasa sesuai dengan kehendak anda bagi mendapat pembiayaan. Setiap bank menawarkan perkhidmatan yang berbeza-beza. Anda cuma perlu rajin meneroka faedah yang setiap bank sediakan sebelum membuat keputusan bank mana yang ingin anda pilih.
Cara memohon skim rumah pertamaku
- Pertama, cari rumah idaman yang anda inginkan dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan dan lain-lain.
- Kedua, anda perlu semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.
- Ketiga, anda perlu sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan kasar bulanan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.
- Ke-empat, setelah semua lengkap, hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.
Panduan Membeli Rumah
Terdapat beberapa aspek penting sebagai panduan kepada bakal pembeli atau pemohon yang ingin membeli rumah
1. peringkat pra pembelian
-
penilaian kendiri:
Kemampuan Kewangan
Pembeli rumah pertama melibatkan pelbagai jenis kos seperti bayaran deposit, yuran guaman, duti setem, kos dokumentasi dan lain- lain. Semua kos ini tertakluk kepada harga rumah yang ingin dimiliki. Sekiranya harga rumah tinggi, maka semakin tinggi kos yang terlibat termasuk wang pendahuluan.
Maklumat Kewangan Peribadi yang diperlukan ialah Senarai pendapatan bulanan (Income), senarai potongan bulanan (Deduction), senarai komitmen bulanan, senarai pelaburan yang disertai, senarai simpanan, dan senarai cukai.
Dokumen-dokumen berkaitan pendapatan iaitu Slip Gaji, Komitmen (Pembiayaan) Offer Letter, Pelaburan (Penyata yang dikemas kini), Penyata Cukai, Penyata Akaun, dan Laporan Kredit.
-
Penilaian awal iaitu kelayakan pinjaman perumahan dengan institusi kewangan/bank atau agensi kaunseling dan pengurusan kredit (akpk).
Anda boleh membuat semakan penilaian kelayakan pinjaman perumahan di institusi kewangan atau bank di mana pihak bank akan memberi nasihat kepada pemohon berkenaan jumlah pinjaman yang layak berdasarkan pendapatan bulanan pemohon serta tempoh pembiayaan. Seandainya pemohon kurang berkelayakan, pemohon boleh membuat semakan semula dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu dari segi Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan, Program Pengurusan Kredit.
-
Kepentingan insurans
Fungsi pelan Insurans Pinjaman Perumahan adalah bagi melindungi rumah sekiranya berlaku kematian atau kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal (Total Permanent Disability) yang menyebabkan anda tidak lagi mempunyai keupayaan untuk membayar semula pinjaman perumahan tersebut. Insurans ini bertujuan untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada mengalami masalah untuk kediaman isi rumah seperti rumah ditarik balik oleh pihak institusi kewangan atau bank apabila anda meninggal dunia.
-
Pemilihan lokasi, ciri-ciri rumah, semakan status projek dan pemaju perumahan berlesen yang bersesuaian
Menentukan lokasi rumah yang anda inginkan seperti mengambil kira jarak anda ke tempat kerjak, kemudahan pengangkutan awam dan infrastruktur yang ada, suasana masyarakat dan keadaan perserkitaran, ciri-ciri rumah yang bersesuaian, spesifikasi, keluasan, jenis rumah dan lain-lain lagi yang difikirkan perlu.
-
Mengenalpasti dan membuat semakan peguam yang akan mewakili anda sebagai pembeli
Bagi proses pembelian rumah baharu, kebiasaannya khidmat guaman akan disediakan oleh pihak pemaju dimana kos khidmat guaman bagi Perjanjian Jual Beli (PJB) akan ditanggung oleh pihak pemaju sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin melantik peguam anda sendiri, maka kos tersebut adalah di bawah tanggungan anda sendiri.
2) Peringkat pembelian rumah (sebelum menandatangani PJB)
-
Pengesahan maklumat dan semakan perjanjian jual dan beli (PJB) rumah yang ingin dibeli.
Sila dapatkan maklumat dari pemaju perumahan sebelum anda menandatangani borang tempahan (Registration/Sales Form) seperti, Nombor Kelulusan Projek (APDL) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara, KPKT.
Selidik maklumat di risalah projek perumahan, teliti spesifikasi rumah dan bahan pembinaan. Lihat keluasan bangunan atau rumah kedudukan unit lot rumah yang dibina, tarikh rumah di jangka siap, keadaan tapak binaan sama ada berbukit, bekas lombong, paya, dan Rujukan No. Kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Hak Milik Tanah
Hakmilik (perseorangan, perkongsian atau syarikat), Jenis rumah (Rumah berstrata & gated & guarded), Status Tanah (Hakmilik Kekal atau Pajakan), Rezab Melayu dan lain-lain status tanah.
Ambil tahu tentang rancangan pembangunan sekitar projek atau rumah yang ingin anda beli.
Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami kandungan Perjanjian Jual dan Beli (PJB) serta dokumen-dokumen lain bagi memastikan maklumat yang terkandung adalah betul dan tepat sebelum anda menandatangani PJB tersebut.
Selain itu pastikan anda menyemak nombor lot yang dibeli, Harga pembelian, Kedudukan dan keluasan petak atau tapak, status tanah, petak aksesori, jenis kelengkapan rumah, jangka masa penyerahan milikan kosong, jadual pembayaran, dan butiran pemaju dan pembeli.
-
Mendapatkan pinjaman perumahan institusi kewangan atau bank sebelum menandantagani (PJB)
Permohonan pinjaman boleh dibuat di institusi kewangan atau bank yang mengambil bahagian atau panel bank projek perumahan yang anda beli dan ia tertakluk kepada syarat kelulusan dan penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak Institusi Kewangan atau Bank ke atas pemohon.
-
Larangan kutipan sebarang pembayaran (booking fee) oleh pemaju sebelum (PJB)
Semua pemaju perumahan adalah sama sekali tidak dibenarkan mengutip apa-apa bayaran (booking fee) sebelum PJB ditandatangani. Larangan ini bertepatan dengan Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
3) Peringkat pembelian rumah (selepas menandatangani PJB)
Anda atau pemohon individu perlu membuat bayaran pendahuluan (deposit) 10% kepada pemaju (tertakluk kepada persetujuan pemaju dan pembeli) semasa menandatangani PJB jika pembiayaan tidak melalui Skim rumah pertamaku. Anda juga perlu menandatangani Perjanjian Pinjaman dalam tempoh 30 hari (tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan pembiaya) selepas menandatangani PJB
4) Peringkat akhir (pemilikan)
Anda perlu pastikan bahawa anda mendapat surat serahan kunci atau notis VP daripada pemaju, Geran Hak Milik (individu atau strata). Pemaju juga perlu menyerahkan semua kunci pintu rumah termasuklah pintu utama, pintu dapur, dan semua pintu bilik dan lain-lain yang berkaitan. Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (Certificate of Completion & Compliance (CCC).
Selepas menerima kunci rumah atau penyerahan milikan kosong (vacant possession (vp) jangn lupa periksa keadaan rumah, ini bagi memastikan tiada kecacatan mutu kerja dan pelencongan daripada apa yang tertera dalam PJB (Semakan boleh dibuat dengan melantik House Inspection Agensi atas tanggungan pembeli).
Kesimpulan Mengenai Skim Rumah Pertamaku
Justeru, anda tidak perlu risau tentang kewujudan skim ini, untuk kepastian anda boleh semak melalui laman web rasmi http://www.srp.com.my/bm/ untuk kesahihannya. Skim ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Cagamas serta i-Biaya
Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan dan bantuan ini melalui pelbagai platform untuk membantu rakyat memiliki kediaman. Selagi masih ada peruntukan, rebutlah peluang ini sebaiknya kerana kita tidak tahu bila lagi kerajaan akan melanjutkan atau memberikan kemudahan seperti ini pada masa akan datang.
Harapan kami artikel ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada pembeli untuk rumah pertama mereka tentang hak, keistimewaan, serta faedah yang tersedia untuk mereka, dan kami berharap anda sebagai pemohon individu serta ketua isi rumah mampu untuk membuat keputusan yang bijak dalam membeli rumah pertama tanpa perlu ragu-ragu lagi.
Kami mempunyai profesional perunding hartanah yang sedia membantu. Sila isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!
[hubspot type=form portal=5699703 id=85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948]