Version: EN
Pendapatan ejen hartanah di Malaysia
Memilih kerjaya perunding hartanah sebagai mata pencarian merupakan satu langkah yang berani. Namun, selalunya gaji merupakan antara faktor utama seseorang memilih sesebuah kerjaya.
Seperti yang anda tahu, jarang sekali perunding hartanah akan berkongsi kadar pendapatan mereka secara tetap. Demi membuat keputusan yang terbaik, bukan sahaja gaji, malah lokasi, keupayaan syarikat dan faedah juga secara tidak langsung menyumbang kepada keputusan anda untuk menjadi seorang perunding hartanah.
Dalam industri ini, persoalan tentang purata gaji sebagi seorang ejen hartanah dan perunding hartanah bukanlah sesuatu benda yang asing. Masyarakat kita sudah biasa dengan konsep gaji tetap, apabila mendengar tentang konsep komisen, pelbagai tanggapan diberikan.
Untuk anda yang berminat untuk menceburi industri hartanah sebagai perunding ataupun ejen hartanah, artikel ini yang anda perlukan! Segala persoalan yang kerap ditanya tentang gaji sebagai perunding dan ejen hartanah akan kami jawab melalui artikel ini.
Tetapi sebelum masuk mendalam ke topik gaji, kita perlu bincangkan persoalan utama ini.
Apakah kriteria yang anda perlu miliki untuk menjadi perunding hartanah?
- Anda suka berjumpa orang dan melakukan lawatan rumah?
- Anda suka cara kerja yang fleksibel?
- Anda berasa seronok dapat membantu ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat untuk merealisasikan impian mereka?
- Anda teringin menjadi bos sendiri?
- Anda mahukan lebih banyak peluang untuk tingkatkan kemahiran anda?
Jika anda menepati semua ciri ini, TAHNIAH!
Anda sememangnya berjiwa seorang perunding hartanah! Semangat dan keinginan anda untuk berjaya dalam industri hartanah mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya. Serlahkan potensi anda dalam industri hartanah dengan IQI!
>> Daftar menjadi perunding hartanah dengan kami di sini.<<
Dan kini, pastinya anda tertanya-tanya bagaimana pula dengan pendapatan anda sebagai seorang perunding hartanah, betul? Mestilah anda juga mahukan pendapatan yang sesuai dengan kerja anda. Baiklah, mari kembali ke topik utama!
1. Berapakah pendapatan perunding hartanah sebenarnya?
Mungkin anda akan agak kecewa dengan jawapan standard ini, tetapi hakikatnya inilah jawapan yang anda akan terima jika anda bertanya kepada mana-mana agensi hartanah di Malaysia ini. Pertama sekali…
Sebagai perunding atau ejen hartanah, anda TIDAK mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Untuk menikmati pendapatan yang tinggi, anda perlu berjaya membuat jualan pada secara berterusan. Namun, anda boleh jadikan ini kelebihan kerjaya anda. Dapatkan ganjaran dan pendapatan yang tinggi setiap kali anda berjaya menandatangani perjanjian jual beli dengan klien anda.
Jadi, adakah anda sanggup menceburi kerjaya ini? Setiap pekerjaan pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Fikirkan tentang pilihan anda sekali lagi sebelum anda membuat keputusan untuk menceburi industri hartanah.
Tetapi, tidak perlu terlalu risau. Sekiranya anda benar-benar berminat dan ingin menceburi kerjaya ini, sertai kami di IQI. Kami di IQI menyediakan latihan, bimbingan dan sentiasa menyokong perkembangan kerjaya anda!
2. Apakah kadar komisen untuk subjualan dan sewa rumah?
Kadar komisen berbeza mengikut jenis projek yang anda telah jual. Kadar komisen untuk subjualan adalah berdasarkan tahap peringkat yang dicapai oleh ejen. Apabila ejen bermula dalam syarikat baharu dan tidak mempunyai sejarah jualan yang terbukti, mereka bermula di tahap 1. Ejen mesti telah mencapai jumlah “komisen yang dikumpul” tertentu dan akan dinaikkan ke peringkat seterusnya dibenarkan sehingga 40% untuk bergerak ke peringkat seterusnya.
Bagaimana pula dengan sewa rumah?
Bergantung kepada tempoh kontrak sewa, semakin lama semakin tinggi komisen anda. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.
Sehingga 3 tahun | 1.25 bulan sewa |
Melebihi 3 tahun sehingga 4 tahun | 1.5 bulan sewa |
Melebihi 4 tahun sehingga 5 tahun | 1.75 bulan sewa |
Melebihi 5 tahun | 1.75 bulan sewa + 0.25 bulan sewa untuk setiap tambahan tahun |
3. Adakah terdapat peringkat kadar komisen/pendapatan perunding hartanah?
Ya, terdapat peringkat komisen ejen hartanah, seperti yang dijelaskan di atas.
Baca artikel lagi:
5 Taktik Pemasaran untuk Ejen Hartanah Tahun 2022
5 Kelebihan Kerja Berasaskan Komisen
4. Adakah terdapat target jualan/pendapatan bulanan?
TIADA target jualan bulanan yang akan menjejaskan kadar komisen sedia ada bagi perunding hartanah. Walau bagaimanapun, terdapat insentif berasaskan target jualan.
5. Apakah Pecahan Kadar Komisen Hartanah?
Kadar komisen ejen hartanah adalah 3% mengikut kelulusan Lembaga.
Sebagai contoh;
Anda menjual seunit dengan harga RM500,000. Jadi, RM500,000 X 3% = RM 15,000.
6. Apakah insentif/anugerah yang ejen akan dapat apabila mereka mencapai target jualan?
Banyak insentif dan anugerah tersedia dan berbeza-beza mengikut projek, lokasi dan peringkat syarikat secara keseluruhan.
Di IQI, kami memastikan para perunding hartanah kami mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perniagaan dan peribadi. Dengan bekerja keras setiap hari, Perunding ditawarkan ganjaran/insentif yang menarik agar dapat memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja keras.
Terdapat beberapa kategori insentif yang disediakan oleh IQI Global, termasuk tajaan untuk melancong ke luar negara seperti ke Norway melalui pakej mewah dan tajaan kereta mewah seperti BMW!
Masih mencari agensi hartanah yang mampu membimbing anda sehingga berjaya? Mencari agensi hartanah yang menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran anda?
Rebut peluang untuk sertai IQI Global pada hari ini!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]