Sempena bulan mulia Ramadhan yang menjelang tidak lama lagi, inilah masanya bagi semua umat Islam untuk kerapkan amalan ibadah seperti mengeluarkan zakat dan amalkan perkara-perkara yang baik seperti bersedekah.
Salah satu cara kami dapat bersedekah adalah dengan secara sukarela kepada mana-mana sahaja golongan atau individu yang memerlukan.
Tidak dinafikan bahawa sedekah sebegini adalah sesuatu yang sangat dipuji dan patut diamalkan oleh setiap individu yang berkemampuan, tetapi ramai umat islam menganggap bahawa sedekah sebegini adalah sama seperti menunaikan zakat.
Tapi apakah sebenarnya zakat dan bukankah ia serupa dengan sedekah? Marilah kita bersama-sama mengupas nuansa tentang konsep zakat!
Apakah Itu Zakat?
Pengeluaran zakat merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang memenuhi syaratnya.
Hukum zakat juga dikira wajib kerana ia adalah salah satu ilmu Fardhu Ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang menemui syarat-syarat wajibnya.
Oleh sebab itu, ia mampu mengakibatkan dosa besar jika tidak mengeluarkannya (dengan beberapa pengecualian). Tetapi mengapakah ramai umat Islam di Malaysia masih kabur akan pengamalannya?
Menurut Lembaga Zakat Selangor, zakat dari istilah Hukum Syarak (atau Hukum Allah) bermaksud pengagihan harta tertentu dengan kadar yang tertentu kepada golongan yang tertentu sambil mengikuti syarat-syarat yang tertentu.
Jika kita kaji semula definisi di atas, pengeluaran Zakat dihitung sebagai amalan yang wajib ditunaikan manakala sedekah hanya dihutung sebagai amalan sunat dari sudut Syarak.
Maka bukan nak kata bersedekah itu kurang penting dalam Islam mahupun dari sudut sivik, tetapi amalan sedekah dan Zakat harus diasingkan supaya kami dapat melaksanakan perintah Allah S.W.T. dengan sempurna tanpa sebarang keraguan yang mampu menjejas kemutlakan amalan kita.
Syarat-Syarat Zakat
Walaupun hukum zakat ialah wajib, pembayar zakat haruslah memenuhi syarat-syarat wajibnya dahulu, iaitu:
Islam – Pembayaran zakat hanya melibatkan pihak yang beragama Islam, maka ia tidak wajib untuk golongan bukan Islam. |
Merdeka – Pembayaran zakat hanya diwajibkan kepada mana yang bebas dirinya daripada segala bentuk penindasan seperti perhambaan ataupun peperangan, maka golongan hamba atau yang ditindas, termasuklah juga banduan, tidak diwajibkan membayarnya. |
Pemilikan Harta Sempurna – Harta yang dimiliki haruslah dikekalkan untuk diri sendiri tanpa pelibatan pihak lain, dengan niat untuk memilikinya dan bertujuan untuk memperoleh faedah daripadanya. |
Nisab – Sesetengah harta yang dikerjakan sebgai zakat harus sama atau lebih nilainya berbanding dengan 85 gram emas; harta bersifat rikaz seperti tembaga atau batu-batu berharga menggunakan kadarnya yang tersendiri. Kadar tersebut adalah had minima yang ditetapkan Syarak bagi mewajibkan zakat. |
Haul – Selepas tempoh setahun atau — secara Syaraknya — 354/355 hari sejak pemilikan harta, maka zakat wajib dibayar sebaik sahaja tempoh Haul tersebut tamat. |
4 Jenis Zakat Utama
1. Zakat Fitrah
Zakat Fitrah merupakan satu-satunya zakat yang wajib dibayar oleh setiap individu termasuk juga kanak-kanak. Jumlah zakat Fitrah di Malaysia ditetapkan oleh Lembaga Zakat di setiap negeri dan biasanya dihitung berdasarkan harga beras lokal.
Waktu pembayarannya juga berbeza kerana ia wajib dibayar sebaik sahaja matahari mula terbenam pada hari terakhir Ramadan. Jika zakat dikeluarkan selepas waktu ini tetapi sebelum solat Aidilfitri, maka hukumnya adalah sunat manakala pembayaran luar dari tempoh-tempoh tersebut mengakibatkan dosa besar.
2. Zakat Pendapatan
Zakat pendapatan dikenakan ke setiap sumber pendapatan yang menyumbang serta menampung hidup seseorang individu dari segi kewangan.
3. Zakat Emas & Perak
Zakat emas dan perak dihitung berdasarkan berat emas dan perak yang dimiliki pada saat haul (hari ke-354/355). Jumlah zakat yang harus dikeluarkan adalah 2,5% jika berat emas sama atau melebihi nisabnya yakni 85 gram untuk emas dan 595 gram untuk Perak.
4. Zakat Perniagaan
Zakat Perniagaan adalah zakat yang dikeluarkan dari keuntungan yang diperolehi daripada usaha perniagaan, tidak kira sama ada transaksi atau perkongsian berlaku antara pihak Islam atau bukan Islam, serta merangkumi setiap jenis entiti perniagaan.
Di Manakah Saya Boleh Membayar Zakat?
Kesemua jenis zakat kecuali zakat fitrah boleh dibayari di pusat kutipan zakat yang berada di setiap negeri.
Ia digalakkan bahawa anda seharusnya membayar zakat di negeri anda sedang bekerja dan bukan negeri asal anda.
Inilah senarai pusat kutipan zakat mengikut negeri:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | PPZ-MAIWP Taman Shamelin Perkasa (Ibu Pejabat)
Wisma PPZ 68-1-6 13-7, Jalan P9 B/1,
Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel: 1-300-88-5757 Time Square, 87000 Labuan,
Labuan Federal Territory Tel: 087-413 699 |
Selangor | Lembaga Zakat Selangor (MAIS) – Shah Alam
Ibu Pejabat Zakat Selangor, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor |
Johor | Majlis Agama Islam Negeri Johor
Aras 5 Blok ‘B’ Pusat Islam Iskandar Johor, |
Melaka | Pusat Zakat Melaka
JC 1137, Jalan Bestari 1, |
Negeri Sembilan | Pusat Zakat Negeri Sembilan – MAINS
Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, |
Kedah | Lembaga Zakat Negeri Kedah
Menara Zakat, |
Kelantan |
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan, Kompleks Balai Islam,
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Tel: 09-748 1512
|
Pulau Pinang | Zakat Pulau Pinang
No. 4, Jalan Perda Selatan, |
Terengganu | Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Jalan Sultan Mohamad, |
Pahang | Pusat Kutipan Zakat Pahang
No. 111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, |
Perak |
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Tel: 05 208 4000 | Faks: 05 241 4257
|
Perlis | Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
A2, Jalan Tuanku Syed Putra, |
Sabah | Pusat Zakat Sabah
Tingkat 1, Blok A & B, |
Sarawak | Tabung Baitulmal Sarawak
Lot 3293, Blok 217, North Land District, |
Di Manakah Saya Boleh Bayar Zakat Fitrah?
Oleh kerana sikap pembayaran zakat fitrah yang terhad kepada tempoh yang khususnya dilaksanakan pada hari terakhir Ramadhan, ia tidak boleh dibayar sewenang-wenangnya seperti zakat jenis lain.
Secara fizikal, anda secara lazimnya dapat membayar zakat fitrah di masjid yang berdekatan pada waktu wajib dengan menyerahkan zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri anda.
Sebaliknya, Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia telah pun mengenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara online. Link–link ke portal pembayaran zakat fitrah adalah seperti yang berikut:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Selangor | Ezakatpay |
Johor | MAIJ |
Melaka | Pay2 Zakat Melaka |
Negeri Sembilan | Zakat NS |
Pulau Pinang | Zakat Penang |
Kedah | Zakat Kedah |
Kelantan | |
Terengganu | MAIDAM |
Pahang | eZakat MUIP |
Perak | eZakat MAIAMP |
Perlis | MAIPS |
Sabah | MUIS |
Sarawak | Baitulmal Sarawak |
Zakat dapat memupuk rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas segala yang diberinya kepada hidup kami, terutamanya harta duniawi yang diperolehi sebagai hasil kerjaya kami — segalanya dengan izin Allah SWT.
Untuk setiap keraihan rezeki untungan dan detik-detik kejayaan dalam pangkuan kemewahan, anda mampu menyumbang kemewahan demi ketabahan keagamaan serta keakhlakan.
Jadi sertailah keluarga ejen hartanah di IQI Global dan mulakan gaya hidup yang menjemput kekayaan, kerana kekayaan anda akan membawa kemakmuran seumat Islam dalam bentuk penyumbangan zakat yang lebih tinggi!
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]